Cara dan Bajet untuk ke Koh Lipe Thailand Melalui Pulau Langkawi
Ingin rasa betul-betul percutian, semestinya pulau menjadi pilihan. Di Malaysia banyak pulau namun kadang-kadang ada juga rasa teringin untuk merasa untuk di'stamp' passport.
Dari Langkawi ke Koh Lipe Thailand |
Dengan kata lain melancong ke luar negara.
Untuk bercuti di luar negara banyak sebenarnya kekangan, seperti masa dan wang.
Apa kata cuba pergi melancong ke negara jiran, sebagai contohnya adalah yang ada di utara Malaysia, iaitu negara Thailand.
Pada hematnya, Thailand bukanlah sesuatu kawasan pelancongan yang asing bagi rakyat Malaysia, malahan mungkin menjadi tempat selalu rakyat Malaysia kunjungi.
Selain dari nilai matawang yang berbeza, makanan yang sedap-sedap apalagi untuk mencuci mata.
Untuk percutian dekat dan masih memerlukan passport merah digunakan jom ke Koh Lipe.
Koh Lipe adalah salah satu pulau yang paling dekat dengan Malaysia. Lebih senang ingat, dekat dengan Pulau Langkawi.
Namun, tahukah anda bagaimana untuk ke Koh Lipe ?
Boleh ke dengan bas ?
Boleh ke dengan kereta ? atau
Bolehkah dengan pesawat ?
Cara untuk ke Koh Lipe Melalui Langkawi
Laluan ini kebiasaanya adalah untuk rakyat Malaysia yang ingin ke Koh Lipe Thailand, semestinya dari pelusuk negara boleh berkumpul dan transit di KLIA/KLIA2.
Mungkin bagi pelancong asing yang sudah berada di Malaysia atau mereka yang datang dari Australia, New Zealand, Singapura dan Indonesia atau negara-negara yang dibawah negara Malaysia pada peta boleh menjadikan Malaysia sebagai transit untuk ke Koh Lipe.
Boleh digelarkan laluan ini untuk pelancong yang datang dari arah selatan hemisfera.
Cara untuk Ke Pulau Langkawi
1. Kapal Terbang
Di KLIA/KLIA2 dapatkan tiket penerbangan ke Pulau Langkawi. Terdapat dua syarikat penerbangan Malaysia yang ada penerbangan ke Langkawi (LGK)
- Airasia
-Malaysia Airlines
Bagi yang ingin ke Langkawi dengan tiket yang lagi murah boleh menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Skypark.
Dua jenis syarikat penerbangan untuk ke Langkawi (LGK) dari sini adalah;
-Fireflyz
-Malindo Air
Secara kesimpulannya ada 4 syarikat penerbangan Malaysia boleh terbang ke Pulau langkawi, Kedah.
2. Bas
Boleh dapatkan tiket bas dari mana-mana stesen bas menuju ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah.
[ Beli Tiket Bas Online ]
3. Kereta Api
Bagi jalan darat selain bas boleh juga menggunakan perkhidmatan kereta api dan turun di stesen Alor Setar,Kedah atau stesen Arau, Perlis.
Jeti untuk Ke Pulau Langkawi
Dapatkan grab atau teksi untuk ke jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah.
Jeti Kuala Kedah, Kedah
Gunakan feri ke Langkawi melalui jeti ini dengan harga tiket ;
Dewasa : RM 23/sehala
Kanak Kanak (3 - 12 tahun) : RM 17/sehala
Masa perjalanan adalah 1 jam 45 minit
Kawasan Parkir Berbayar
Bagi yang datang dengan kereta persendirian atau kenderaan sewa bawa sendiri boleh membuat parkir kenderaan anda secara berbayar,
Di bawah adalah senarai kawasan parkir berbayar dan harganya untuk sehari/semalam.
- Lokasi : Parkir di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang terletak di depan jeti dan juga sebelah kiri jeti.
- Harga Parkir : RM 15.00 per hari/malam
- Lokasi : Parking di luar kawasan MBAS.
Harga Parkir : RM 10.00 per hari/malam.
Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan 'ulat' parkir.
- Lokasi : kawasan Masjid India (masjib berwarna biru) sebelah jeti.
- Harga Parkir : RM 10.00 per hari/malam. Pintu pagar masjid akan ditutup pada waktu malam.
Tempahan Awal : Imam Sadiq di talian 012-4466869 / 017-5248386
- Lokasi : Projek Tempat Letak Kereta PIBG Sk Haji Ismail. Projek ini menawarkan tempat letak kereta di kawasan sekolah semasa musim cuti sekolah untuk pengunjung ke Langkawi.
- Harga Parkir : RM 10.00 tidak berbumbung dan RM 12.00 berbumbung, per hari/malam
Tempahan Awal : layari website rasmi Sk. Haji Ismail atau hubungi En. Azeman di talian 04-7621101.
Jeti Kuala Perlis, Perlis
Gunakan feri ke Langkawi melalui jeti ini dengan harga tiket ;
Dewasa : RM 18/sehala
Kanak Kanak (3 - 12 tahun) : RM 13/sehala
Masa perjalanan adalah 1 jam 10 minit
*perjalanan melalui jeti Kuala Perlis ke jeti Kuah lebih dekat dan cepat
Dari Langkawi ke Jeti untuk Koh Lipe, Thailand
Apabila sampai di Pulau Langkawi dapatkan dua buah jeti ini,
1. Jeti Pekan Kuah
2. Jeti Telaga Harbour (Marina)
Pemilihan Jeti untuk Ke Koh Lipe
Bagi yang datang dengan kapal terbang ke Langkawi, Jeti Telaga Harbour lebih dekat,
Bagi yang sampai dengan feri di Jeti Kuah tidak perlu lakukan apa-apa perjalanan lain, terus menuju ke perlepasan feri antarabangsa (dapatkan tiket pada mana-mana agen untuk ke Koh Lipe dahulu)
Pembelian Tiket ke Koh Lipe Secara 'Walk In'
Jika ada yang masih belum mendapatkan tiket melalui agen atau ingin melakukan secara walk-in di jeti kuah boleh naik ke tingkat 1 untuk pertanyaan dan pembelian tiket ke Koh Lipe, Thailand 'on the spot'.
0 Ulasan
Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.