Paradise 101 Island adalah satu lagi 'signature' dan produk pelancongan Pulau Langkawi.
Merupakan satu pulau buatan manusia yang sememangnya untuk traveler dan pelancong.

Cara Untuk Ke Paradise 101 Island Langkawi
Cara Untuk Ke Paradise 101 Island Langkawi

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini, banyak juga aktiviti air yang disediakan.
Dari sekadar bergambar dan mengambil kenangan dengan permandangan yang indah.

Paradise 101 Island Langkawi memiliki pelbagai aktiviti air seperti sukan taman tema, jet ski, banana boat dan pusing-pusing pulau.

Boleh rujuk artikel di bawah untuk review penuh mengenai Paradise 101 island.

Sukar Mencari Lokasi Jeti ke Paradise 101 Island

Ketika artikel ini sedang ditulis, dan melalui pengalaman penulis mencari untuk menaiki bot menuju ke pulau, sebenarnya agak sukar untuk ke jeti.



Tiada sebarang penunjuk arah atau 'signboard' mengarahkan ke jeti untuk ke pulau Paradise 101 Island.

Jika berpandukan google maps atau aplikasi 'waze', dua aplikasi ini akan menuju ke arah yang bukan sepatutnya dituju.

 

Lokasi Paradise 101 Island
Lokasi Paradise 101 Island

Penemuan Jalan Mati Guna Google Maps dan Waze

Ketika penulis datang dahulu, aplikasi carian tempat memberikan destinasi kedai makan dengan jalan mati.

Seterusnya memerlukan penulis membuat pembacaan peta google maps sendiri dan mencari sendiri jalan ke jeti Paradise 101 Island sebagaimana permainan 'pacman'.

Untuk artikel ini penulis akan berikan panduan untuk sampai ke jeti untuk ke Paradise 101 Island Langkawi.

Boleh rujuk artikel di bawah untuk cara dan bajet serta harga tiket untuk ke Pulau Langkawi.

Kedudukan Lokasi Jeti ke Paradise 101 Island

Pelancong boleh terus membuat carian 'Pantai Kok'. Pantai Kok terletak dalam perjalanan dari Pekan Kuah, atau lapangan terbang Langkawi untuk ke SKyCab Langkawi. 

Beberapa kilometer selepas Telaga Harbour Bay dan sebelum kepada bulatan kecil untuk ke SkyCab Langkawi.

Lebih mudah buat carian 'Perdana Quay' pada aplikasi carian seperti Google Maps atau Waze. Anda perlu masuk ke Perdana Quay ini, mungkin nampak tidak begitu relevan, namun inilah jalan yang penulis lalui.

Pintu Masuk Perdana Quay
Pintu Masuk Perdana Quay
  

Masuk Melalui Perdana Quay

Sesudah memasuki Perdana Quay, terus ambil lorong paling kanan lorong belakang paling hujung sehingga kelihatan satu lagun dengan kapal layar di sebelah kiri anda, dan teruskan perjalanan. Jalannya adalah sekadar lorong belakang. 


Lorong Perdana Quay Harbour
Lorong Perdana Quay Harbour

Di penghujung pagar Perdana Quay ini memerlukan anda untuk ke kiri sebelum anda melihat pohon-pohon kelapa dan pesisir pantai.

Sampai Di Jeti Ke Paradise 101 Island
Sampai Di Jeti Ke Paradise 101 Island

Dari sini sudah boleh dilihat terdapat khemah (tahun 2019), dan pelantar kecil seumpama sebuah jeti bot.

Direction ke Jeti Paradise 101 Island
Direction ke Jeti Paradise 101 Island
 

Lebih memudahkan anda, buat carian "Perdana Quay Light House" pada waze atau aplikasi carian anda.

Maka, itulah jetinya. Di bawah adalah lokasi jeti ke Paradise 101 Island pada Google Maps

 

(mungkin ini adalah jeti sementara, penulis tidak pasti, penulis datang ke sini pada 2019)

Kenderaan Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)

Kereta Sewa

Boleh dapatkan khidmat sewa dengan pandu sendiri, cara ini lebih mudah kerana anda akan eksplorasi sendiri tempat yang akan di tuju.
 

Jika anda sesat tiada sebarang caj lebih melainkan duit minyak.

Dengan kereta mengambil masa 15 minit untuk sampai. Dalam 10km lebih jaraknya.

Dari Pekan Kuah dalam 30 minit perjalanan kereta.

Teksi/Grab

Boleh menggunakan dua khidmat ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Beritahu mahu ke 'Perdana Quay' atau mungkin kerana sudah ramai yang ke sana pemandu Grab dan teksi sudah tahu jalannya.

Info ini lebih kepada yang menyewa kereta/motorsikal sendiri sebagai bantuan untuk ke Jeti ke Paradise 101 Island Langkawi.

Naik Bot ke Paradise 101 Island Langkawi

Sudah sampai di kaunter, dapatkan pakej dan tiket untuk ke pulau di kaunter yang ada.

Terus menuju ke jeti dan alami keseronokan di Paradise 101 Island Langkawi.

Aktiviti Di Paradise 101 Island Langkawi

Apa pakej dan aktiviti yang boleh dilakukan di disini ?
Semestinya aktiviti melibatkan air dan riadah yang boleh merehatkan jiwa.

Untuk lebih lanjut boleh rujuk pautan di bawah

Senarai aktiviti dan harga yang boleh anda lakukan di Paradise 101 Island langkawi ini bolehlah masukkan dalam itinerary percutian anda.

Sukar membuat pilihan untuk bercuti di Paradise 101 Island Langkawi ?
 

Boleh klik pautan ini untuk pilihan aktiviti, harga dan promosi bercuti di Paradise 101 Langkawi.

[Pakej Murah Paradise 101 Island Langkawi]


Tempah Penginapan Sekitar Paradise 101 Island

Boleh 'survey' dan pilih tempat penginapan terdekat dengan Pardise 101 Island Langkawi dengan link di bawah;

2 Ulasan

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.