Contoh Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Langkawi
Percutian ke Pulau Langkawi sebenarnya tidak cukup jika hanya dua atau tiga hari yang digunakan.
Itinerary Percutian di Langkawi 3D2N |
Namun, jika kekangan masa dan tenaga menjadi penghalang, tiga hari dan dua malam sudah cukup untuk melawat tempat tumpuan ramai di Langkawi.
Dalam itinerary 3 hari 2 malam ini, penulis senaraikan beberapa tempat menarik di Pulau Langkawi yang boleh dilakukan untuk tempoh tersebut.
Hari Pertama
Kuala Lumpur International Airport KLIA2 - Langkawi International Airport LGK
Bermula dengan penerbangan selama 45 minit dari KLIA2 ke lapangan terbang Langkawi.
Penerbangan yang cukup singkat ini hanya memerlukan anda menghabiskan satu hidangan makanan di dalam pesawat.
Nikmati permandangan darat untuk seketika dan permandangan laut serta rasai keterujaan melihat pulau-pulau sekitar lapangan terbang Langkawi
sebelum beberapa minit mendarat.
Laksa Ikan Sekoq, Pantai Hujung Airport Langkawi
Sebelum menuju ke hotel/resort/homestay singgah sebentar menghilangkan bunyi-bunyian di dalam gegendang teli dengan bunyian ombak sambil menghirup kuah laksa berlaukan ikan kembung bersaiz kecil seekor.
Selain laksa, penggemar passembur boleh mendapatkannya disini bersama pemanis mulut yang digelar cendol.
Opps! tak suka laksa dan passembur ? Bihun sup pun ada.
Hari Kedua
Nasi Dagang Pak Malau, Padang Matsirat
Bangun pagi gosok gigi dan jangan lupa mandi. Bagi sarapan tinggalkan dahulu sarapan biasa seperti nasi goreng berlaukkan sosej atau roti bersama jem.
Apa kata pagi yang indah ini kita makan sesuatu yang jarang iaitu nasi dagang.
Semestinya nasi dagang dengan resepi dari pantai timur.
Dengan hirupan teh tarik selepas kunyahan bergaya nasi dagang dengan lauk ikan tongkol (aya) gulai, lihatlah keindahan terbentang luas kehijauan sawah padi di waktu pagi.
Sky Cab (Cable Car) Langkawi
Kalau tak singgah sini tanpa kenangan tidak lengkap. Simpan gayat dan ketakutan pada tinggi ke dalam poket anda.
Walaupun tidak menaikinya untuk lebih dari sekali, sekali pun memadai sekadar untuk mencuba.
Pandang kiri, pandang kanan, semestinya indah, hilang kecut perut apabila gondola menaiki gunung yang curam.
Sampai di platform apalagi dapatkan kenangan, swafoto atau ramai ramai foto.
Habiskan kesemua tempat untuk 'dijajah'. Dengan panorama 360 darjah pasti anda akan lupa untuk turun ke bawah kembali.
Habiskan masa anda disini dengan permandangan dan cuaca ala-ala eropah menyapa kulit dan bulu roma anda.
Berbaloi datang.
Sky Bridge Langkawi
Alang-alang sudah berada di puncak Gunung Mat Chincang, jangan lepaskan peluang merasai berjalan sepanjang jambatan merentasi dua puncak di Skybridge.
Dengan lintasan angin yang mampu menerbangkan 'snapback' anda atau menerangkatkan kain-kain cukup hebat pengalaman disini.
Pandang kiri, pandang kanan, jangan pula pandang bawah, kerana sekeliling selain dengan angin yang sepoi-sepoi membelai pipi, boleh merasai berada di atas awan jika beruntung, boleh berada di dalam awan sekali.
Apalagi menyentuh awan.
Nusantara Gamat
Memandangkan kedai berasaskan gamat ini berada di antara Skycab dan Pekan Kuah.
Singgahlah, apa lagi. Boleh tenangkan kembali minda apalagi minum-minum dulu.
Hasil gamat jarang ada di tempat lain, singgah, apalagi beli untuk ole ole di bawa pulang.
Selain dari ilmu yang banyak disini mengenai proses hasil gamat.
Dataran Lang, Langkawi
Apa yang ada disini ? Wow...semestinyalah mercu tanda Langkawi. Datang Langkawi tapi tidak ke Dataran Lang, hmmm...agak penipuan disitu.
Dengan tertegaknya seekor burung helang dengan warna batu kawi, disinilah nama Langkawi tercipta.
Ambil beberapa gambar bersama keluarga, rakan dan yang tercinta dengan aksi-aksi menarik anda sendiri.
Hari ketiga
Beli Belah Pekan Kuah
Hari terakhir di Langkawi untuk percutian 3 hari 2 malam. Apalagi, tidak membeli belah di kawasan bebas cukai memang rugi.
Di Pekan Kuah terdapat beberapa kedai makanan, snek dan ole ole untuk di bawa pulang.
Cari sahaja Jalan Pandah Mayah, berderet kedai yang ada di sekitar sini.
Mengikut keperluan dan kehendak anda untuk membeli belah.
Jangan lupa rantai kunci dan baju untuk di jadikan kenangan.
Langkawi International Airport LGK - Kuala Lumpur International Airport KLIA2
Sudah sampai masanya untuk pulang semua ke dalam hiruk pikuk dunia sebelumnya.
Terus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Jika waktu penerbangan masih ada, apakata minum-minum dulu di Pantai Hujung Airport.
Jadikan Panduan untuk Itinerary Percutian Langkawi
Ini adalah contoh percutian 3 hari 2 malam yang penulis pernah alami ketika ke Pulau Langkawi.
Boleh dijadikan sebagai panduan dan rangka untuk yang ingin membuat itinerary sendiri nanti untuk bercuti ke Pulau Langkawi.
Sudah yakin akan aktiviti dan itinerary percutian anda di Langkawi ? Apa yang penting dapatkan penginapan dengan bajet dan keselesaan anda.
Ada
yang tidak tahu mana mahu pergi sekitar Langkawi, boleh rujuk Klook
Travel, untuk cadangan itinerary, aktiviti dan tempat menarik yang
'recommended' oleh Klook Travel.
0 Ulasan
Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.