Panduan Menaiki Pesawat Airasia Kali Pertama (Beginner)
"Panduan Naik Pesawat Airasia"
Mungkin nampak senang panduan kali ini, namun bagi yang kali pertama atau belum pernah menggunakan perkhidmatan pesawat agak susah.
Tips Menaiki Pesawat Airasia untuk Beginner |
Teringat akan mula-mula penulis menaiki pesawat seumpama pelanduk masuk kampung, tidak tahu hala tuju.
Ini penulis kongsikan cara dan panduan asas menaiki pesawat dari pembelian tiket sehingga berjaya duduk di kerusi pesawat sebelum anda berjaya dinobatkan sebagai "frequent flyer".
1. Tempahan Tiket Kapal Terbang
Membuat pilihan tempahan untuk ke destinasi yang anda mahu tuju.
Contohnya; dari KLIA/KLIA2 ke Langkawi atau mana-mana destinasi Air Asia.
Pilihlah untuk sehala (one way) atau dua hala (return).
Pilih waktu dan harga tiket yang diingini dan masukkan sekali promo code jika anda.
Pilih "add on" untuk makanan atau sebarang keinginan dalam pesawat
Isi maklumat diri dengan lengkap dan buat pembayaran.
Anda akan dapat 6 digit "booking number", jadikan rujukan untuk check in nanti.
*kaedah ini boleh digunakan untuk laman sesawang airasia.com dan aplikasi airasia di telefon pintar anda.
2. Check In (Semak Masuk)
Terdapat 3 pilihan tempat untuk anda check in,
-Laman web Airasia
-Aplikasi Airasia (telefon pintar)
-Kiosk di Lapangan Terbang
Bagi kebanyakan pesawat airasia masa yang diberikan untuk penumpang check in adalah dari 14 hari sebelum penerbangan sehingga satu jam sebelum penerbangan.
Untuk penerbangan antarabangsa, 14 hari sebelum penerbangan dan akan ditutup 4 jam sebelum penerbangan.
Namun, terdapat beberapa pengecualian kepada penumpang destinasi ini;
-AirAsia (AK, FD, Z2) flights from China open 14 days and close 2 hours before departure.
-All flights to and from Australia, Saudi Arabia, Myanmar and Thailand open 10 days and close 1 hour before departure for carrier code AK, FD, QZ, Z2 and 4 hours before departure for carrier code D7 and XJ.
-Self check-in is not available if you are travelling to or from the United States. Please check in at the airport counters.
Ketika check in ini anda berpeluang untuk memilih tempat duduk yang ada.
Bolehlah membuat pemilihan tempat duduk seperti yang anda inginkan seperti ditepi tingkap mungkin.
Untuk memilih tempat duduk tertentu anda akan dikenakan bayaran tambahan
3. Pemeriksaan 'Boarding Pass' dan Berat Bagasi Kabin
Sebelum mula masuk untuk ke pesawat, penumpang akan diperiksa 'boarding pass' dan berat bagasi/barangan yang ingin dibawa masuk ke pesawat.
Sediakan kad pengenalan atau passport (bukan warganegara) sekali dengan 'boarding pass' sentiasa bersama.
4. Pemeriksaan Imigresen/Polis/Penguatkuasa
Seterusnya penumpang akan diperiksa badan oleh pegawai. Meletakkan barangan memiliki besi (jam,dompet,tali pinggang,beg pinggang dan sebagainya) ke dalam bekas sebelum diimbas.
Tuan kepada barangan tadi akan diimbas dengan 'gerbang' imbasan selain dari pemeriksaan oleh pegawai terhadap badan anda.
Jika tiada apa-apa anda layak meneruskan perjalan menuju ke balai pelepasan.
5. Menunggu Giliran
Untuk lapangan terbang biasa tidak begitu rumit. Bagi KLIA/KLIA2 yang agak besar memerlukan anda periksa dimanakah pesawat anda.
Sebagai contoh di KLIA2, Jika di ruang menunggu J masih dekat namun jika ruangan menunggu K sangat jauh dengan pintu masuk.
Dinasihatkan untuk mereka yang kurang keupayaan berjalan jauh atau warga emas, boleh gunakan khidmat 'buggy' yang percuma.
6. Naik Pesawat
Apabila nombor penerbangan anda sudah menyala, contoh nombor penerbangan; AK6430, KUL - KBR. Pastikan betul dengan apa yang tertera di 'boarding pass' anda.
Jika sudah pasti, silalah menuju ke pesawat anda...dan selamat bercuti !
Boleh jadikan video di bawah sebagai panduan ringkas suasana apabila menaiki pesawat. Perjalanan dengan A320 Airasia dari KLIA2 ke Pulau Langkawi
0 Ulasan
Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.