Percutian Menarik Di Bukit Keluang Besut Terengganu
"Bukit Keluang Besut"
Kedudukan Besut di Terengganu adalah unik sebenarnya. Terletak di dalam negeri Terengganu, namun, loghat dan dialek adalah Kelantan.
Percutian Di Bukit Keluang Besut |
Sebuah daerah yang menyempadani Kelantan dan Terengganu.
Daerah Besut ini boleh dikatakan sebagai kawasan perlancongan yang baru sahaja ingin 'berjinak-jinak' untuk tersenarai dalam 'bucket list' pelancongan Malaysia.
Masih baharu.
Tempat Pelancongan Baru Nak 'Up'
Dengan pantainya yang memiliki keindahan dan aktiviti sukan air, jika dahulunya kawasan ini sekadar hutan pokok gelam yang cukup terasing dengan dunia luar.
Kewujudan Bukit Keluang belum lagi dikenali ramai, apabila sudah diperkenalkan keunikannya.
Maka, ia muncul sebagai salah satu tempat tarikan di hujung utara Kuala Terengganu.
Ketinggian Bukit Keluang Besut
Dengan ketinggian 369 meter dari aras laut. Tempat tinggi ini masih dalam kategori bukit.
Jika dilihat dari jauh, ia seumpama bonggol unta yang sedang
Mendaki Bukit Keluang
Sudah dua kali sebenarnya penulis mendaki di Bukit Keluang. Bagi kali pertama, penulis hanya sekadar ingin berkenalan dan kini penulis akan ceritakan apa yang ada di Bukit Keluang, dari kaki bukit ke puncak.
Satu 'trail' yang telah disediakan melintasi bukit ini. Boleh bermula dari mana-mana bahagian.
Dua-dua permulaan pendakian agak memakan kalori sedikit. Namun, apabila sampai di puncak, berbaloi.
Melihat Matahari Terbit
Pada asasnya, puncak Bukit Keluang amat terbaik untuk menyaksikan matahari terbit memandangkan ia menghadap Laut China Selatan.
Ini adalah keunikan Bukit Keluang, betul-betul berada di gigi laut dan melintang menghadap laut.
Selepas subuh bolehlah mula membuat pendakian.
Apa yang Ada Di Sekitar Bukit Keluang ?
Kawasan rekreasi di dalam lingkaran Bukit Keluang Besut bukan semata-mata untuk datang 'hiking' dan 'trekking'.
Lokasinya yang ada pantai dan laut inilah kelebihannya.
Bagi yang hanya mahukan permandangan laut dengan bukit boleh sahaja menikmati Pantai Bukit Keluang.
Pelbagai kemudahan dan aktiviti yang ada. Gerai makan, tempat berkelah tersedia menanti pengunjung.
Bagaimana Cara Untuk Ke Bukit Keluang Besut Terengganu ?
Kenderaan Sendiri
Usah khuatir, senang hanya mengikut aplikasi 'waze' atau 'google maps'.
Buat carian lokasi Bukit Keluang.
Bas
Bagi yang datang dengan perkhidmatan bas. Boleh turun di Stesen Bas Kuala Besut.
Bas ekspress tidak akan masuk ke kawasan Bukit Keluang.
Teksi atau Grab
Mudah sahaja untuk datang melalui teksi dan grab kerana untuk sampai ke Bukit Keluang semua jalan terus ke destinasi.
Kapal Terbang
KLIA/KLIA2 boleh gunakan khidmat Airasia dan Malaysia Airlines. Bagi harga tiket lebih murah iaitu Fireflyz dan Malindo Air, boleh berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Subang, Skypark
Jika anda menggunakan khidmat kapal terbang, sebolehnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan kerana ia lebih dekat berbanding lapangan terbang Kuala Terengganu
0 Ulasan
Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.