Pulau Kapas adalah antara pulau-pulau yang ada di Terengganu. Ketika kali pertama penulis ke Pulau Kapas, Pulau Kapas tidak se gah dan se popular dengan pulau seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Tips Percutian Day Trip Pulau Kapas
Tips Percutian Day Trip Di Pulau Kapas Terengganu

Sebenarnya banyak chalet, resort dan hotel di Pulau Kapas. Malah bagi mereka yang kehabisan tempahan penginapan di resort dan chalet sekitar Pulau Kapas, boleh datang melakukan aktiviti menarik di Pulau Kapas secara balik hari (Day Trip).

 

Day Trip ke Pulau Bajet

Day Trip di Pulau Kapas lebih kepada day trip bajet kerana dengan serendah bawah RM50, pelancong sudah boleh melalukan aktiviti di sekitar Pulau Kapas.

Semestinyalah tidak rugi, dengan batuan hitam jarang ditemui apalagi sesampai di jeti pelancong di sambut oleh ikan yang bewarna-warni yang bermain di tiang-tiang jeti.

Pakej Day Trip Pulau Kapas

Kejernihan airnya usahlah ditakwil lagi memang nampak dasarnya apalagi kehijauan airnya sukar ditemui di mana-mana. Masih berbaloi jika melakukan aktiviti secara pakej 'day trip' di Pulau Kapas Terengganu

Kali ini penulis akan kongsikan contoh tentatif day trip di Pulau Kapas termasuk beberapa info bagi memudahkan antiviti anda.

 

Waktu Day Trip

Pelancong akan bermula dari jam 9 pagi untuk memulakan hari anda di Pulau Kapas.
Dianggarkan segala aktiviti dan perjalanan pulang, pada 5.30 petang.

Gunakan masa ini dengan terbaik.

Panduan dan Tips Day Trip Pulau Kapas

Parkir Kenderaan

Terdapat tempat parkir khas untuk mereka yang akan ke Pulau Kapas.
Bayaran sebanyak RM 5/hari akan dikenakan untuk parkir di sini.

Apabila sudah parkir terus menuju ke kiosk/booth agen yang anda gunakan.
Pastikan nombor telefon agen/agensi ada dengan anda dan dapat dihubungi.

Waktu Bot/Feri ke Pulau Kapas dari Jeti Marang

Sabtu hingga Khamis : 9 a.m, 11 a.m, 1 p.m, 3 p.m, dan 5 p.m
Jumaat : 9 a.m, 11 a.m, 2.30 p.m, 3.30 p.m, dan 5 p.m

Menaiki Bot/Feri ke Pulau Kapas

Dinasihatkan pelancong menaiki bot pada jam 9 pagi (pelepasan pertama) dari Jeti Marang, supaya tiada sebarang kelewatan dalam aktiviti nanti.

Banyak sebenarnya operasi feri menuju ke Pulau Kapas, antara yang popular adalah MGH Boat Services.

Perjalanan akan mengambil masa sekitar 30 minit hingga 40 minit.

Tiba Di Pulau Kapas

Sampai sahaja terus ke kaunter pakej yang anda gunakan. Bagi mendapatkan pengesahan waktu aktiviti dan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Aktiviti Day Trip Pulau Kapas

Hiking Bukit Singa

Aktiviti ini adalah lebih baik dilakukan ketika awal pagi. Aktiviti hiking dan trekkin sebegini agak memenatkan jika apabila cuaca panas.
Selepas lapor diri di kaunter pakej percutian anda, boleh lah terus lakukan aktiviti ini.

Kebiasaanya, aktiviti sesuai dimulakan pada jam 10 a.m dan 2 p.m

Sediakan pakaian dan kasut sesuai untuk aktiviti ini memandangkan jalannya yang berbatu dan agak berbahaya tanpa pemakaian yang sesuai.

Trip Bukit Singa ini adalah satu sahaja tujuannya selain melihat permandangan tanah tinggi dan lautan, iaitu sampai ke satu titik untuk bergambar.

Aktiviti daki Bukit Singa ini mungkin memakan masa dua atau tiga jam pergi, duduk seketika dan balik.

Snorkeling Taman Laut

Pelancong akan diberikan alatan snorkeling seperti jaket keselatan (life jacket), gogel (underwater google) dan mask and snorkel. Kehilangan akan di caj RM 10/equipment.

Waktu untuk snorkeling adalah antara : 9 a.m, 11 a.m, 1 p.m, 3 p.m.

Biasanya aktiviti snorkeling akan diberikan masa selama dua jam. Memandangkan satu point sahaja untuk trip snorkeling day trip ini.

Waktu Bot/Feri dari Pulau Kapas ke Jeti Marang

Sabtu hingga Khamis : 9.30 a.m, 11.30 a.m, 1.30 p.m, 3.30 p.m, dan 5.30 p.m
Jumaat : 9.30 a.m, 11.30 a.m, 3 p.m, 4 p.m, dan 5.30 p.m






0 Ulasan