Pulau Koh Lipe adalah salah satu pulau milik Thailand yang cukup dekat dengan Malaysia.
Berbanding dengan Krabi dan Phuket yang memerlukan pengunjung dari Malaysia memasuki Bukit Kayu Hitam untuk ke kedua-dua pusat peranginan popular di Thailand ini.

Koh Lipe Dari Jeti Pak Bara
Koh Lipe Dari Jeti Pak Bara

Untuk sampai ke Koh Lipe tanpa melalui Padang Besar atau melepasi Bukit Kayu Hitam ada caranya.

Untuk artikel kali ini, penulis akan senaraikan beberapa cara untuk ke Pulau Koh Lipe dan pulau-pulau sekitara Lautan Andaman serta bajet tiket dan beberapa perbelanjaan yang diperlukan sepanjang perjalanan.


Cara untuk Ke Koh Lipe

Bolehkah ke Koh Lipe menggunakan pesawat ?
Adakah airport di Koh Lipe Thailand ?
Kenderaan apakah yang perlu untuk ke Koh Lipe ?
Berapa pula harga tiket ke Koh Lipe ?

Itu adalah antara pertanyaan yang akan sering ditanya mereka yang kali pertama untuk menjejakkan kaki ke pulau yang digelarkan 'Little Maldives' ini.
 

Sebelum ini penulis ada menulis artikel cara untuk ke Koh Lipe Thailand melalui Pulau Langkawi Malaysia.

Ini adalah laluan alternatif lain untuk ke Koh Lipe.

Koh Lipe Melalui Pak Bara

Route atau laluan dari Pak Bara ini lebih kepada mereka yang sudah ada di negara Thailand, atau ada pelancong yang ingin melawat sekitar Hatyai, Krabi, Phuket atau Koh Samui sebelum memasukkan Koh Lipe sebagai destinasi seterusnya.
 

Untuk laluan Pak Bara ini penulis cadangkan untuk pelancong menggunakan transit dari Hatyai, Thailand. Lebih disukai ramai route ini.

1. Kapal Terbang

Di KLIA/KLIA2 dapatkan tiket penerbangan untuk ke Koh Samui, Phuket dan Krabi.
Untuk penerbangan Phuket, terdapat penerbangan dengan Airasia dan Malaysia Airlines. Bagi penerbangan Krabi hanya untuk Airasia.
 

Bagi penerbangan Koh Samui pula Airasia (3 kali seminggu sahaja) dan Berjaya Air (Charter) yang ke destinasi ini.

Hatyai terdapat juga lapangan terbang, Malindo Air ada membuat laluan ke destinasi nanti tetapi mengikut musim.

Terbaik adalah memilih perkhidmatan penerbangan dari Thailand seperti Thai Airways dan Bangkok Airways.

Koh Lipe Melalui Hatyai, Thailand

2. Bas ke Hatyai

Jika dari Malaysia dicadangkan untuk menaiki bas menuju ke Hatyai. Di stesen bas Hatyai ada destinasi untuk ke Jeti Pak Bara, Satun.
 

Harga tiket bas ke Hatyai bergantung kepada destinasi permulaan anda.

Contoh, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Hatyai : bermula RM 55.00

3. Kereta Api (Tren) ke Hatyai

Harga Tiket ETS Train dari Kuala Lumpur ke Padang Besar

ETS Gold Services:

Dewasa : RM 76
Kanak Kanak : RM 42

ETS Platinum Services:

Dewasa : RM 102
Kanak Kanak : RM 55

Shuttle Train dari Padang Besar ke Hat Yai

50 Thai Baht (THB).

The local bus from Padang Besar Thailand to Hat Yai costs 44 THB / minivan 50 THB.

4. Teksi/Van Charter ke Hatyai

Penulis tidak begitu mencadangkan teksi memandangkan jarak dari Kuala Lumpur ke Hatyai sekitar 600km. Caj mungkin mahal.

5. Kenderaan Persendirian / Sewa ke Hatyai

Semestinya ada yang ingin datang dengan kenderaan persendirian atau kenderaan sewa.
Boleh parkir di tempat letak kenderaan selepas kawasan imigresen Thailand di pintu sempadan.

Perkhidmatan van mini untuk ke Hatyai ada disediakan di sekitar sini. Untuk jarak sekitar 55km ke Hatyai.
 

Bayaran 60 baht untuk seorang untuk ke Bandar Hatyai. Ini untuk yang tidak mahu bawa terus kenderaan melepasi sempadan Malaysia - Thailand.

Bagi yang mahu masuk, masuk sahajalah terus menuju ke Jeti Pak Bara. janji dokumen lengkap.

Cara ke Jeti Pak Bara

Van/Mini Van/Charter Van ke Jeti Pak Bara dari Hatyai

Harga Tiket : RM33-RM40/seorang (Hatyai Bus Station/Hatyai Airport/Hatyai Railway/Hatyai City)
 

Masa Perjalanan : 1 jam 30 minit - 2 jam

Teksi ke Jeti Pak Bara dari Hatyai

Harga Tiket : RM200-RM270/seorang (Hatyai Bus Station/Hatyai Airport/Hatyai Railway/Hatyai City)
 

Masa Perjalanan : 2 jam - 3 jam

Untuk perjalanan dari Hatyai ke Jeti Pak Bara, penulis cadangkan menggunakan perkhidmatan mini van/van berbanding teksi dan grab.

Bas ke Jeti Pak Bara

Pelancong boleh menaiki bas dari Hatyai, Satun, dan Trang.
Harga tiket sekitar 50 -100 baht.Turun di Lungu dan naik bas ke Jeti Pak Bara untuk 30 minit seterusnya dengan harga 20 baht.

Jeti Pak Bara ke Jeti Koh Lipe

Harga tiket feri/bot : RM 53 - RM67 (bergantung kepada agen bot anda)
Masa Perjalanan : 1 jam 30 minit

[ TICKET : Shared Van Transfers for Hat Yai City, Pak Bara Pier, and Hat Yai International Airport ]


Rujukan Destinasi, Harga dan Masa Perjalanan
 

Info harga tiket dan masa perjalanan yang penulis berikan di atas adalah untuk rujukan dan perbandingan. 

Kebiasaannya, setiap trip dan pakej untuk ke Koh Lipe terdapat agensi dan agen pelancongan.

Pilih yang terbaik. Penulis pernah menggunakan perkhidmatan dari Bundhaya Resort untuk charter dan trip untuk sampai ke Koh Lipe.
 

Ini salah satu dari agen yang dipercayai untuk ke Koh Lipe.

Rancang Bajet, Itinerary dan Aktiviti

Info yang penulis senarai kan sebagai rujukan untuk anda bandingkan dengan mana-mana agensi, untuk backpacking sendirian atau gunakan sebagai untuk tidak ditipu 'ulat' dan 'ular'.
Selain dari memudahkan anda membuat bajet kasar dan rancangan itinerary untuk ke Koh Lipe Thailand.

Pilih sebarang aktiviti melalui Klook Travel di Koh Lipe. Lebih dipercayai dan memiliki review (ulasan) terbaik dari pelancong yang pernah menggunakan Klook Travel untuk aktiviti di Koh Lipe Thailand.

Sebagai contoh;

Aktiviti Scuba Diving Di Koh Lipe
Aktiviti Trekking dan Snorkeling Di Koh Lipe

Tempah Penginapan Di Koh Lipe, Thailand

Koh Lipe, Thailand memiliki banyak tempat penginapan mengikut bajet dan keperluan traveler.
Jom mudahkan carian anda dengan pilihan chalet, resort dan hotel dengan pakej serta harga diskaun jauh lebih murah selain boleh melihat ulasan dari pelancong terdahulu.

2 Ulasan

  1. macam best jer nak pergi Thailand...

    mungkin suatu hari nanti..

    sekarang masih kalut dengan Covid-19

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila pintu sempadan di buka boleh terus ke thailand untuk bercuti

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.