Aktiviti dan Pakej Menarik Di Paradise 101 Island Langkawi
Paradise 101 Island Langkawi adalah satu pulau buatan manusia yang menjadi antara tarikan di Pulau Langkawi.
Aktiviti dan Pakej Di Paradise 101 Island Langkawi |
Selain panorama dan permandangan yang menarik dengan pohon rhu dan marina, pelbagai aktiviti menarik dan terbaik untuk dilakukan.
Play, Relax and Refres di Paradise 101 Island
Dari permainan air sehinggalah aktiviti berupa hiking dan merasai pengalaman baharu.
Kena dengan temanya, play, relax dan refresh. Bagi yang ingin melihat review serba sedikit mengenai pulau ini boleh rujuk video di bawah;
Di bawah adalah senarai aktiviti yang terdapat di Paradise 101 Island Langkawi beserta harga yang ditawarkan.
1. Jet Ski Ride (Tunggang Jet Ski)
Sunset Jet Ski Experience
Pelancong boleh mengelilingi pulau Paradise 101 Langkawi dalam suasana matahari terbenam.
Boleh lakukan aktiviti ini seorang diri dan dengan pasangan dan rakan. Bawa jet ski keliling pulau dan abadikan kenangan melihat matahari terbenam atas air.
Terhad masa adalah selama 30 minit (setengah jam)
Harga Aktiviti : RM 299
Jet Ski Experience (30 Minutes)
Aktiviti berseorangan atau berpasangan ini tiada sebarang masa tertentu. Bila pulau di buka, boleh dapatkan aktiviti ini.
Durasi adalah sekitar 30 minit (setengah jam) untuk anda menikmati keindahan sekitar pulau buatan terbaik ini.
Harga Aktiviti : RM 269
Jet Ski Experience (15 Minutes)
ktiviti berseorangan atau berpasangan ini tiada sebarang masa tertentu. Bila pulau di buka, boleh dapatkan aktiviti ini.
Durasi adalah sekitar 15 minit untuk mengelilingi Paradise 101 Island Langkawi
Harga Aktiviti : RM 216
2. Parasailing
Pernah kan anda terlihat payung terjun yang ditarik bot ? Inilah parasailing.
Terdapat tiga pakej untuk parasailing yang ditawarkan di Paradise 101 Island Langkawi.
Ketinggian adalah sekitar 500 kaki di udara. Dengan permandangan Langkawi setinggi ini pasti akan hilang rasa gayat.
Durasi adalah sekitar 10 minit
Parasailing Sensation Single Flyer
Dikhaskan untus seorang sahaja. Boleh relakskan minda dengan angin laut berseorangan.
Harga : RM 296
Parasailing Sensation Double Flyer
Sesuai untuk mereka sedang dilamun cinta, ingin merasakan kehidupan di langit.
Harga : RM 480
Parasailing Sensation Triple Flyer
Anda sukakan terbang di langit tapi gayat jika bersendirian ? Nah, bawa rakan atau ahli keluarga anda dalam dua orang lagi.
Termasuk anda menjadi 3 orang.
Harga : RM 720
3. Boat Ride
Dengan cuaca yang cerah dan matahari memancar lembut. Apalagi dengan bayu laut dengan percikan air laut yang menyegarkan.
Rugi jika tidak menaiki bot untuk mengelilingi pulau ini.
Durasi adalah sekitar 20 minit dengan deruan enjin bunyi percikan air dilambung ombak terbaik untuk aktiviti agak mencabar.
Bersama keluarga dan rakan rakan pasti menghiburkan.
Harga : RM 105
4. Kayaking
Bagi yang gemarkan ketenangan sambil berkayuh dengan irama yang rileks dan santai. Jom berkayak.
Keliling sekitar kawasan Paradise 101 Island Langkawi dengan 'denyutan' lembut angin dan gelombang laut.
Berkayaklah selama 30 minit.
Harga : RM 35
5. Jungle Trekking/ Walking Tour
Pelancong yang sukakan aktiviti trekking dan hiking, jangan risau, untuk anda ada. Dengan kawasan yang telah dikhaskan untuk hiking dan trekking.
Pastinya akan menemukan anda dengan flora dan fauna tropika yang jarang ditemui. Hutan hujan tropika memang kaya dengan habitat flora dan fauna yang terbaik.
Masa untuk trekking dan hiking adalah 2 jam
Harga : RM 205
6. Mangrove Adventure & Swimming by Boat
Paya bakau adalah antara kawasan dengan unsur alam semulajadi yang ada di Langkawi. Pengunjung akan dibawa ke Jeti Kubang Badak untuk aktiviti ini.
Pengunjung akan dibawa menelusuri sekitar laluan air dicelahan hutan paya bakau.
Rileks sahaja di dalam bot, anda akan dibawa melihat permandangan kehidupan pelbagai jenis hidupan di paya bakau.
Durasi di sini adalah 3-4 jam
Harga : RM 310
7. Mangrove Adventure & Swimming by Kayak
Eksplorasi secara sendiri di hutan paya bakau dengan kayak. Lebih mendekatkan anda dengan alam hutan bakau.
Lain bila lakukan aktiviti eksplorasi di hutan paya bakau sendiri dengan kayak.
Durasi untuk aktiviti ini adalah 3-4 jam
Harga : RM 310
8. Unesco Geopark Mangrove Cruise
Geopark ini adalah bawah selian Unesco iaitu badan dunia yang menjaga khazanah dunia.
Memandangkan kawasan ini tersenarai sebagai khazanah, ia semestinya kawasan wajib singgah untuk melihat sendiri dengan lebih dekat hutan paya bakau.
Semestinya ia kekal terpelihara dan belum lagi tercemar oleh manusia.
Aktiviti ini mengambil masa sekitar 150 minit ( 2 jam 30 minit)
Boleh lakukan aktiviti ini dalam dua kategori:
Private
Lebih kepada privasi dan semestinya layanan terbaik diberikan
Harga : RM 1250
Public
Lebih kepada aktiviti rawak bersama pelancong lain.
Harga : RM 265
9. Birdwatching
Peminat burung ? Yeah, ada aktiviti menarik untuk anda. Mengenal dan melihat burung-burung yang ada di sini dan mungkin berpeluang melihat burung-burung hijrah.
Dianggarkan Langkawi dihuni lebih 267 spesis burung yang ada di dunia
Bulan november hingga april boleh dilihat burung hijrah dari luar dan di luar musim boleh menyaksikan burung burung tempatan
Durasi untuk melihat burung adalah 4 jam
Harga : RM 300
10. Aqua Park
Di Aqua Park ini pelancong akan boleh bermain permainan air bersama sama keluarga dan rakan. Tidak jauh beza dengan taman air. Namun, ia lebih unik, bermain dalam laut.
Bermain sehingga penat sehingga sukar untuk bezakan masin air laut atau masin peluh anda.
Bermain di sini dalam 2 jam
Harga : RM 42
13. Banana Boat Ride
Ditarik dengan jet ski di atas sebuah bot pelampung berbentuk pisang, pasti ada yang tahu mengenai banana bot.
Boleh memuatkan 6 orang dalam satu masa. Rasai lambungan dan pusingan bersama ombak di air. Mengelilingi kawasan Paradise 101 Island Langkawi.
Durasi bersama banana bot adalah 10 minit
Harga : RM 47
14. Zipline
Pernah melakukan aktiviti flying fox ? Zipline adalah sama juga. Bagi yang inginkan rasa adrenalin ketika menuruni secara gliding dengan tali, ini untuk anda.
Boleh melihat keindahan Laut Andaman ketika melakukan aktiviti ini.
Boleh dilakukan dalam masa 1 hari
Harga : RM 39
15. Sofa Boat at Paradise 101
Inginkan ditarik dengan jet ski atau bot secara santai sambil makan pop corn ? Tidaklah perlu makan pop corn.
Boleh cuba bot seumpama banana bot ini tetapi bentuk sofa. Rasai pengalaman dipercik air laut sambil rileks di atas sofa angin.
Durasi untuk aktiviti ini adalah 10 minit
Harga : RM 55
Ini adalah antara aktiviti yang terdapat dalam pakej aktiviti yang ada di Paradise 101 Island Langkawi. Semestinya penuh dengan aktiviti air selain dari menguji diri dalam masa bersukaria.
Harga Tiket Masuk dan Waktu Tanpa Sebarang Aktiviti
Di atas adalah senarai harga untuk aktiviti yang ingin anda lakukan. Jika hanya mahu bersiar-siar dan makan makan sekitar Paradise 101 Island Langkawi.
Kali terakhir penulis datang adalah dengan bayaran RM30 sekali masuk.
Waktu adalah tiada had masa iaitu sehingga Paradise 101 Island di tutup.
[ Beli Tiket Pakej Paradise 101 Island Harga Promosi : KLIK SINI ]
Walk Through Sekitar Paradise 101 Island Langkawi
Bagi yang kekurangan masa dan bajet boleh sahaja bersiar siar di sekitar Paradise 101 Langkawi ini.
Sambil bergambar dengan segala kemudahan dan dekorasi yang menarik seperti sarang burung buatan dan lanskap menarik.
Boleh saksikan walk through di bawah;
Pakej Aktiviti dan Bajet Percutian
Segala harga yang dipaparkan adalah tertakluk kepada perubahan. Harga yang dinyatakan adalah harga dari Paradise 101 Island Langkawi sendiri. Jika ingin pakej menarik dan murah, boleh hubungi agen pelancongan yang mungkin lebih murah harganya berbanding harga asal.
Semoga bermanfaat untuk anda merancangan itinerary dan bajet untuk ke Paradise 101 Island Langkawi
Masih sukar memikirkan aktiviti menarik yang ingin dilakukan, boleh cuba lihat tawaran dengan harga diskaun untuk aktiviti di Paradise 101 Island Langkawi dengan Klook Travel.
Paradise Island Klook Travel |
Jom dapatkan pakej aktiviti menarik di Paradise 101 Island dengan Klook | Pakej Murah Paradise 101 Island
Cara Untuk Ke Paradise 101 Island Langkawi
Bagi yang ingin mencuba aktiviti aktiviti ini boleh ke pulau taman tema ini.
Kurang pasti mana lokasinya ? Boleh rujuk pautan di bawah untuk ke Paradise 101 Island Langkawi.
[Baca : Cara Untuk ke Jeti Paradise 101 Island Langkwi]
Penginapan Sekitar Paradise 101 Island Langkawi
Paradise 101 Island Langkawi masih belum memiliki penginapan mereka lagi.Banyak tempat penginapan yang tidak jauh dari Paradise 101 Island Langkawi.
Boleh 'survey' dan pilih tempat penginapan terdekat dengan Pardise 101 Island Langkawi dengan link di bawah;
0 Ulasan
Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.