Datang Kundasang tidak singgah di Desa Diary Farm mungkin anda tertinggal untuk taipkannya di dalam itinerary anda.

Apa yang Best Di Desa Dairy Farm Kundasang
Apa yang Best Di Desa Dairy Farm Kundasang
 

Apabila bercerita mengenai ladang ini, tergambar lembu tompok tompok hitam putih yang sedang meragut rumput segar yang menghijau dengan latar belakang Gunung Kinabalu.

Ya! Anda akan menemuinya disini.

 

Bermula di bahagian pintu masuk sudah kelihatan suasana ladangnya, dengan pagar kayu dan suasana persekitaran ala ala perkampungan 'cow boy'.

Pintu Masuk Desa Dairy Farm
Pintu Masuk Desa Dairy Farm
 

Mungkin pernah melihat klip video lagu 'Original Sabahan', dengan cuaca terbaik, begitulah suasananya ditambah dengan suhu sekitar 19-20 darjah celcius.

Apa yang Ada Di Desa Diary Farm Kundasang ?

Apa lagi yang menarik di Desa Diary Farm Kundasang Sabah ? Penulis senaraikan di bawah;


1. Lembu

Pastinya lembu banyak disini. Beberapa meter selepas melepasi pagar Diary Farm ini sudah nampak kelihat lembu.


 

Lembu Kundasang
Lembu Kundasang
 

Memang sudah ditakdirkan kawasan ini adalah ladang lembu. Jika bayangan anda yang anda akan bertemu dengan lembu disini, memang tepat daya taakulan anda.

Terdapat ladang lembu yang luas. Pengunjung boleh melihat serta mengenali pelbagai spesis lembu yang pernah dan tidak pernah dikatahui pengunjung.


Lembu Hitam Putih Kundasang
Lembu Hitam Putih Kundasang

Malah, terdapat aktiviti yang menarik bersama lembu lembu yang lebih kepada sesi pembelajaran.

2. Permandangan Latar Gunung Kinabalu

Ini adalah antaranya mengapa ramai pelancong datang ke Diary Farm ini. Memang ia terletak di kaki Gunung Kinabalu.
 

Jika hari yang cerah dan tiada sebarang awan yang menyelubungi Gunung Kinabalu, cukup cantik untuk bergambar. Lebih dekat sebenarnya dari sini untuk mendapatkan gambar latar Gunung Kinabalu yang luas.

3. Permandangan New Zealand

Belum berpeluang untuk ke negara New Zealand dan sekadar berjalan-jalan di Kg New Zealand Pahang, datang sini semua yang diperlukan ada.


 

Ala Ala Kawasan New Zealand
Ala Ala Kawasan New Zealand

Suasana sejuk, berkabus, rumput yang tinggi kepekatan warna hijaunya, apalagi dengan latar lembu-lembu bertompok hitam dan putih menghiasi latar belakang.

Sudah seperti gambar yang ada pada gambar produk susu uht. Tidak perlu berhabis masa dan wang yang banyak, di Diary Farm Kundasang ada.


Ladang Lembu Menghijau
Ladang Lembu Menghijau


Bergambar dan terus bergambar

4. Pokok Hiasan Unik

Dengan cuaca yang memang ideal untuk pokok dan tumbuhan tidak kira jenis, dari paling senang ditemui dan dijaga sehinggalah kepada tumbuhan yang memerlukan hawa sejuk seperti di Kundasang dan Cameron Highland.


 

Pokok Hiasan Kundasang
Pokok Hiasan Kundasang
 

Apa motif tumbuhan ini ? Ya, semestinyalah amat terbaik untuk dijadikan latar belakang gambar kenangan anda disini.

5. Proses dan Hasil Produk Lembu

Alang alang sudah sampai di ladang ini boleh la pelajari sedikit sebanyak tentang penjagaan dan proses ternakan lembu secara professional.

Aktiviti Bersama Lembu
Aktiviti Bersama Lembu
 

Dapat juga info dan pengetahuan baharu mana tahu nanti akan mula membuka bisnes ternakan lembu sendiri.

Maklumat yang dikongsikan amat berguna kepada mereka yang sememangnya gemar akan ternakan lembu.

Beri Lembu Minum Susu
Beri Lembu Minum Susu
 

Boleh belai dan usap lembu juga, anak lembu yang comel. Ada jadual untuk pengunjung melakukan sendiri proses memerah susu dan memproses untuk diminum.

6. Barangan Hasil Susu Lembu

Jika kita melalui laluan yang sudah disediakan ini adalah singgahan terakhir sebelum meninggalkan Desa Diary Farm Kundasang.

Susu Segar Dairy Farm Kundasang
Susu Segar Dairy Farm Kundasang
 

Pelbagai jenis hasil tenusu dan produk dari lembu-lembu di sini.

Penulis tidak lupa untuk membeli susu uht yang original dan coklat. Memang segar dari ladang, tidak perlu beli di pasaraya, ada dijual  terus.

Banyak Jenis Susu Segar
Banyak Jenis Susu Segar
 

Bukan itu sahaja, ole ole dan barangan cenderamata dari Desa Diary Farm rugi jika tidak dibeli untuk dibawa pulang. Rantai kunci, figura, patung apalagi t-shirt dan pelbagai aksesori diri bertemakan Desa Diary Farm Kundasang yang pelancong boleh beli.

Tempat Wajib Singgah Di Kundasang

Desa Dairy Farm adalah antara kawasan 'hot spot' jika anda berkunjung ke Kundasang, Sabah. Mungkin tidak lengkap percutian di Kundasang jika tidak cuba untuk  masuk ke sini.

Lokasi Desa Dairy Farm Kundasang 

Desa Dairy farm,
Jalan Cinta Mata Mesilou,
89308 Kundasang, Sabah


Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang 

Aktiviti Di Desa Diary Farm

Waktu Memerah/Memproses Susu

Memerah : 3.00 petang – 5.00 petang setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10.00 pagi– 2.00 petang 

Harga Tiket Masuk

Tiket Masuk Dairy Farm Kundasang
Tiket Masuk Dairy Farm Kundasang
 Warganegara : RM 5 (Dewasa)    RM4  (Kanak Kanak)
Pelancong Asing
: RM 5 (Dewasa)    RM4  (Kanak Kanak)


Aktiviti Sekitar Desa Dairy Farm | Mount Kinabalu Farm Day Tour

2 Ulasan

  1. Teringin gak pergi sana. Sbb view tu cantik ala2 New Zealand. Bila adik hntr video kat New Zealand memang nampak lebih kurang sama je. Kita kalau dpt pegi dekat pon dah syukur

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau cuaca cantik dan cerah serta panas...boleh nampak background Gunung Kinabalu...

      terbaik bergambar

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.