Hak dan Ganti Rugi Penumpang Apabila Penerbangan Lewat (Delayed) dan Dibatalkan (Cancelled)
Hari ini kita akan bercerita mengenai penumpang kapal terbang dan perkhidmatan kapal terbang.
Hak Penumpang Flight Delayed dan Flight Cancelled |
Antara servis penerbangan yang ada di Malaysia adalah Malaysia Airlines, Airasia, Fireflyz dan Malindo Air dan juga MasWings di Borneo.
Itu adalah syarikat penerbangan terbesar di Malaysia.
Itu di Malaysia sahaja, tidak termasuk dari luar negara yang singgah dan transit di lapangan terbang antarabangsa yang ada di Malaysia.
Tiket Kapal Terbang Promosi Murah
Dengan kebanjiran banyak syarikat penerbangan di Malaysia, berlakulah persaingan. Persaingan ini menghadirkan banyak promosi dan tiket ke destinasi tertentu dengan harga yang murah.
Maka, dengan promosi harga tiket yang murah menjadikan menggunakan servis kapal terbang bukan sesuatu yang mahal.
Masalah Kelewatan dan Pembatalan Penerbangan
Oleh itu ramai yang akan menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan untuk ke destinasi yang ingin dituju.
Dengan pertambahan penumpang dan faktor-faktor lain maka terdapat satu masalah yang timbul, iaitu masalah kelewatan dan pembatalan penerbangan.
Di lapangan terbang antarabangsa seperti Kuala Lumpur International Airport (KLIA & KLIA 2) akan selalu berlaku kelewatan (delayed) dan pembatalan (cancelled) penerbangan.
Pampasan dan Ganti Rugi Flight Delayed dan Cancelled Flight
Jadi sebagai penumpang, adakah pampasan dan ganti rugi jika berlaku kelewatan dan pembatalan penerbangan ?
Ada.
Hak Hak Penumpang Kelewatan Penerbangan (Delayed Flight)
Jika kelewatan 2 jam dari waktu penerbangan pada tiket :
- Makanan dan minuman
- Panggilan telefon (unlimited)
- Akses Internet (unlimited)
secara percuma oleh syarikat penerbangan tersebut.
Jika kelewatan 5 jam dari waktu penerbangan pada tiket :
Anda perlu diberikan penginapan (hotel/rumah tumpangan) apabila perlu termasuk penghantaran pergi dan balik dari hotel ke airport secara percuma.
Contoh Situasi Flight Delay
Naruto ada tiket penerbangan Penang ke London transit di KLIA dengan penerbangan Konoha Airlines.
Penerbangan dari Penang ke Kuala Lumpur lewat 3 jam. Kelewatan tersebut telah menyebabkan dia terlepas penerbangan untuk ke London.
Apakah ganti rugi yang Naruto boleh dapatkan ?
Konoha Airlines perlu memberikan secara percuma tiket untuk Naruto ke London. Konoha airlines juga perlu menyediakan tempat tinggal, makanan dan sistem perhubungan kepada Naruto, sehinggalah Naruto menaiki pesawat ke London.
Hak Hak Penumpang Pembatalan Penerbangan (Cancelled Flight)
Anda sepatutnya diberikan pemberian semula wang anda (refund) atau;
Tiket penerbangan alternatif lain dan peluang untuk ke destinasi pada masa tersebut atau keesokan harinya secara percuma.
Anda perlu membuat rungutan dan aduan mengenai pampasan kelewatan dan pembatalan penerbangan anda kepada bahagian syarikat penerbangan berkenaan.
Apabila Aduan Anda Tidak Di Layan Syarikat Penerbangan
Namun, jika sebarang aduan dan masalah anda
tidak dilayan oleh syarikat penerbangan tersebut atau;
masalah anda tidak selesai dalam masa 30 hari.
anda boleh membuat aduan dan laporan kepada Malaysian Aviation Commission (MAVCOM) untuk tindakan lanjut.
Boleh membuat rujukan; Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016 (MACPC) – Part III, Paragraph 12: Air Passenger’s Rights – Flight Delay and Cancellation.
Fahami dan ketahui segala hak anda apabila berlakunya kelewatan (flight delay) dan pembatalan penerbangan (flight cancel) yang berpunca dari syarikat penerbangan
untuk mendapatkan pampasan dan keistimewaan percuma sebagai ganti rugi.
4 Ulasan
saya pernah alami pengalaman flight delay dua tahun yang lepas..
BalasPadamtidak lama...cuma dua jam sahaja.
memang bosan juga menunggu di airport dalam keadaan tak boleh pergi mana-mana
bila delayed atau canceled ni..kalau di airport tiada kemudahan asas dan kemudahan teknologi...
Padammemang memenatkan walaupun sekadar sejam dua..apalagi mereka yang terkandas untuk masa yang lama
penah delayed lbh 2 jam. tersadai jap kt klia2. tp ms tu pegi dgn travel agent ke Da Nang. x tau laa apa travel agent buat disebabkan kelewatan tu. tp bla g sendiri so far Alhamdulillah xde kelewatan lg...
BalasPadamkadang kadang agent juga ada masalah...untuk pertama kali ok la kot follow agensi..dah tahu itinerary dan tentative bolehlah rancang sendiri
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.