Aktiviti dan Bajet Percutian Di Pulau Perhentian Terengganu
Pulau Perhentian terletak di pesisir laut Terengganu. Terletak di kawasan Laut China Selatan secara lokasinya.
Aktiviti Menarik Ketika Di Pulau perhentian |
Pulau Perhentian dikelaskan kepada dua buah pulau, Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Pulau ini bukan semata-mata untuk mereka yang ingin datang untuk bercuti sahaja, namun, terdapat penduduk yang tinggal di sini.
Jadi, terdapat pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang sememangnya kekal dan menjadi kelebihan kepada pengunjung.
Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Pulau Perhentian Terengganu
Setiap pulau untuk percutian ada aktiviti dan benda yang boleh dilakukan.
Apa Aktiviti yang Boleh Dilakukan Di Pulau Perhentian ?
1. Snorkeling
Pasti yang datang ke kawasan pulau seperti Pulau Perhentian ini semestinya dalam kepala ada perkataan 'snorkeling'.
Datang pulau tidak lakukan aktiviti snorkeling seumpama makan nasi tanpa lauk.
Apa yang best snorkeling di Pulau Perhentian adalah banyak tempat khas atau 'snorkeling point' disini.
Antara checkpoint untuk snorkeling adalah;
-Pantai Tiga Ruang
-Turtle Point
- Fish Point
- Shark Point
- Lata Air Berani
Banyak juga point untuk anda snorkeling. Pastinya banyak gambar dan kenangan yang dapat dikaut untuk aktiviti ini.
[Baca Juga: Senarai Point Snorkeling Di Pulau Perhentian]
Harga Snorkeling : RM 85 termasuk pakej
2. Hiking Kincir Angin
Tarikan untuk mereka yang inginkan sedikit cabaran untuk otot otot dan mental.
Jom hiking ke kincir angin yang terdapat di Pulau Perhentian ini.
Semestinya kawasan yang tinggi dan penuh batuan serta hutan hujan tropika.
Perjalanan pergi sekitar 30 hingga 45 minit berjalan kaki. Dipuncak bukit ini terdapat satu kincir angin yang menjadi alternatif elektrik untuk pulau ini.
Pada tersiratnya, kincir angin ini bukanlah tarikan utama, kerana ia adalah satu mercu tanda ke sini sahaja.
Apa yang menarik adalah tangga dari kincir angin ini ke yang menjadi panorama untuk dilihat.
Tangga menuju ke laut, turun ke permukaan air.
Malangnya, ketika penulis datang ke sini, tangga ini tidak diselenggara dan mungkin mengundang kemalangan. Mungkin, tangga ini akan diselenggara pulih semula untuk tarikan yang unik ini.
Harga : Free (bergantung kepada air dan makanan yang dibawa)
3. Kayak
Suka akan terapung tanpa membasahkan badan secara total inilah jawapannya.
Boleh menyewa kayak dengan dua tempat duduk selama setengah hari.
Dengan adanya 'pengangkutan' ini bolehlah bersiar-siar mengelilingi pantai (yang telah dihadkan) melihat keindahan sambil bersenam lengan.
Harga : RM35/setengah hari
4. Banana Boat
Malu terpekik sendirian, apa kata terpekik dan menjeritlah secara beramai-ramai di tengah laut.
Banana boat adalah aktiviti keluarga dan aktiviti ramai-ramai yang pasti menyeronokkan.
Anda akan dibawa melawan arus, mengikut arus sekitar kawasan pantai, pastinya ia sesuatu yang akan meniggalkan kenangan.
Harga : RM25/seorang
5. Mandi Laut
Kalau ke pulau semestinyalah ada pantai, ada pantai apa lagi. Mandi laut. Meskipun matahari tegak kesejukan air laut tiada tandingan.
Mandi laut dengan mandi biasa lain perasaannya. Jika ada peralatan snorkel lagi terbaik. Lebih menarik bermain air beramai-ramai. Pastinya percuma kerana pantainya adalah pantai awam.
6. Makan Makan
Pulau Perhentian bukan sekadar air laut dan lakukan aktiviti air. Makan-makan di sini tidak kurang menariknya.
Di Kg Nelayan banyak restoran dan kedai makan dengan suasana kampung.
Mahukan kehidupan makan-makan di pantai boleh ke Long Beach, makan di tepi pantai. Banyak kedai makan dan restoran menyediakan menu tempatan dan luar.
Nak makan makanan laut pesan sahaja, harganya tidaklah mahal mana. Apalagi hidangan lain. Memang lain suasana makan di pesisir pantai di pulau.
7. Fotografi
Ada gajet meskipun hanya telefon pintar semestinya ada kamera. Kamera tugasnya adalah menangkap gambar, bukan.
Pulau Perhentian banyak suasana, panorama dan tarikan yang cantik untuk diabadikan melalui kamera.
Buat kenangan, atau anda memiliki darah pro atau amatur boleh muat naik di media sosial mana tahu bakat terpendam dalam fotografi.
Pastikan ruang simpanan dalam gajet anda mencukupi kerana banyak keindahan boleh ditangkap momennya.
8. Melihat Pertunjukan
Untuk aktiviti ini melalui pengalaman penulis, hanya berlaku ketika malam. Namun, satu sahaja aktiviti iaitu pertunjukan bermain api.
Ala pertunjukan main baling baling kayu ada api dihujungnya. Bukan satu atau dua tempat ada aktiviti sebegini, ada banyak kedai dengan 'performer' berlainan.
Panduan Sebelum Bercuti Di Pulau Perhentian
Ok, aktiviti yang penulis senaraikan di atas adalah antara aktiviti yang pernah penulis lakukan di Pulau Perhentian ketika bercuti di sana.
Jika diikutkan jika bercuti di Pulau Perhentian untuk dua tiga hari pasti tidak cukup untuk menghabiskan semua aktiviti yang ada.
Diharap boleh dijadikan pra-pengalaman untuk yang ingin ke Pulau Perhentian untuk bercuti.
Bagi yang sukar membuat keputusan untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan anda.
Klook Travel mungkin boleh membantu anda membuat pilihan bersama harga tawaran yang menarik.
Tempahan Online Penginapan Pulau Perhentian
Jom dapatkan penginapan di Pulau Perhentian dengan harga yang menarik. Harga penginapan di Agoda berubah-ubah kerana pelbagai promosi dan tawaran potongan harga yang mengikut masa tertentu.
2 Ulasan
kayak best jugak tuh boss.. penat main dekat pantai sebab ombak dgan tengok faktor lain jugaklah, kalau main dekat tasik ok airnya tenang.
BalasPadamkalau ambil day trip tak sempat...kena 2 atau 3 hari lagi mantap
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.