Itinerary Pakej Percutian Day Trip ( Balik Hari ) dan Harga Pulau Perhentian Terengganu
Pulau Perhentian Terengganu sentiasa menjadi carian dan pilihan apabila ada yang ingin bercuti di pulau.
Pakej Day Trip Pulau Perhentian |
Terletak di utara Terengganu dan selatan Kelantan, merupakan pusat pelancongan strategik untuk percutian di pulau.
Terdiri dari dua buah pulau, iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar akan mula sibuk dengan pelancong ketika bulan Mac sehingga Oktober setiap tahun.
Day Trip Apabila Penginapan Penuh
Populariti percutian ke Pulau Perhentian juga merupakan salah satu faktor mengapa ramai yang mencari pakej Day Trip (Balik Hari) di Pulau Perhentian.
Terdapat pakej yang murah dan sesuai untuk mereka yang ingin bercuti di Pulau Perhentian tanpa bermalam.
Itinerary Day Trip Pulau Perhentian
Ini adalah contoh itinerary percutian Day Trip di Pulau Perhentian Terengganu.
Jam 8.00 a.m : Sampai Jeti Kuala Besut
Sudah sampai di Jeti Kuala Besut dengan segala persediaan. Dapatkan wakil agensi percutian dan buat bayaran selebihnya jika masih ada.
9.00 a.m : Menaiki Bot ke Pulau Perhentian
Menaiki bot ke Pulau Perhentian yang akan memakan masa sekitar 40 minit.
9.45 a.m : Check In dan Meletak Barang di Chalet/Resort
Daftar masuk ke tempat penginapan anda. Tidak perlu ke bilik, daftar dan letakkan barangan dan bagasi di tempat yang disediakan.
Tukar persalinan untuk snorkeling
10.00 a.m : Aktiviti Snorkeling
Tunggu bot untuk aktiviti snorkeling di pesisir pantai Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Bot tiba terus menuju ke point point snorkeling yang telah disediakan.
12.30 - 1.30 a.m : Makan Tengah Hari
Makan tengah hari sama ada di kedai makan dan restoren sekitar Kg Nelayan atau restoren sekitar Long Beach. Mengikut cadangan dari tekong bot.
2.00 p.m : Aktiviti Bebas
Sambung aktiviti snorkeling jika belum selesai lima 'check point' untuk snorkeling.
Jika sudah selesai snorkeling boleh lakukan aktiviti sendiri.
4.00 p.m : Naik Bot ke Jeti Kuala Besut
Bersiap untuk pulang. Naik bot di Jeti Kg Nelayan atau Jeti Long Beach untuk 40 minit perjalanan ke Jeti Kuala Besut.
*masa yang ditunjukan adalah sebagai rujukan bergantung kepada teknikal dan perubahan yang berlaku.
Tips dan Info Tambahan
Pastikan anda berada di Jeti Kuala Besut sebelum jam 8.00 a.m
Harga Pakej ( Belalang Holidays )
Dewasa
5 pax dan ke bawah : RM 85/pax
6 pax dan ke atas : RM 75/pax
Kanak Kanak
3 - 12 tahun : RM 35/pax
Bawah 3 tahun : Percuma
Hubungi
Jika berminat menggunakan khidmat day trip Pulau Perhentian dengan Belalang Holidays boleh hubungi Mr Akeem : 010-2471472
atau
Lawati instagram "Pakejperhentianmurah"
Penulis menggunakan khidmat dari agen ini dan layanan terbaik dari awal tempahan sehingga balik.
10 Ulasan
wah menaik juga ada info begini..
BalasPadamsenang nak target bila mahu pergi
bila rentas negeri dan boleh..apalagi teruskan melancong
PadamNice sharing :)
BalasPadamharap berguna
PadamMenarik sekali informasinya juga informatif untuk calon pelancong.
BalasPadamSalam.
salam..semoga membantu untuk umum...
Padamlama sungguh tak jalan ke mana2. naik jemu jelak dok rumah.. kira2 setahun dah tak ke mana2 ni.
BalasPadamtu la pasal...mengenang kenangan sajalah semoga dapat bercuti lagi
Padambole tahan murah jugak harga untuk day trip. haritu pegi pulau tak buat pun snorkeling
BalasPadammungkin akan berubah harga nanti memandangkan pengusaha tengah tersepit pandemik covid huhu
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.