Crystal Hill Resort Kundasang Dengan Panorama Cantik Gunung Kinabalu
Kundasang Sabah adalah salah satu tempat menarik yang jarang tiada dalam impian seseorang jika ingin bercuti.
Review Crystal Hill Resort Kundasang |
Malaysia memang secara semulajadinya memiliki iklim panas dan lembap setiap tahun. Cuaca sebegini terlalu biasa sejak dari lahir, maka apabila ada kawasan dengan iklim sejuk maka ia menjadi kawasan impian untuk dilawati.
Kundasang terletak di lembah kawasan pergunungan di Sabah yang turut terletaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.
Dengan cuaca dan panorama lain dari yang lain ini menerbitkan satu keunikan pada Kundasang Sabah.
Namun, bagi pelancong luar dari Sabah dimanakah mereka boleh singgah dan tinggal dalam masa menghabiskan 'itinerary' percutian di Sabah ?
Menginap Di Crystal Hill Resort Kundasang Sabah
Penulis boleh cadangkan satu penginapan yang boleh tahan popular juga di Kundasang iaitu Crystal Hill Resort Kundasang.
Welcome to Crystal Hill R Kundasang |
Crystal Hill Resort adalah sebuah resort yang berada di kawasan tanah tinggi sekitar pekan Kundasang ini berada di kedudukan yang penulis katakan agak strategik dari segi geografinya.
Bayangkan buka sahaja tingkap di pagi hari, terus terlihat susuk 'tagap' Gunung Kinabalu di hadapan retina mata anda.
Menghadap Gunung Kinabalu
Kedudukan resort ini adalah setentang dengan Gunung Kinabalu. Dengan meliar tumbuh pohon 'pine' yang subur tumbuh di kawasan tanah tinggi yang berhawa sejuk lagi memberikan panorama indah berada di Crystal Hill Resort ini.
Penulis sarankan supaya jika Crystal Hill Resort adalah pilihan penginapan anda, anda diharuskan memiliki kereta sewa, atau mungkin tumpang mana-mana warga tempatan yang memiliki kenderaan yang mampu mendaki.
Crystal Hill R Hadap Gunung Kinabalu |
Pendakian Mencabar ke Resort
Untuk sampai ke resort ini agak memerlukan pendakian yang agak tinggi. Jadi, dapatkan kereta sewa yang memiliki Cubic Capacity (CC) yang agak besar.
Dari Pekan Kundasang untuk ke pejabat urusan Crystal Hill Resort satu pendakian, untuk ke kawasan penginapan memerlukan pendakian juga.
Resort Terletak Atas Bukit |
Penulis tidak berapa yakin jika ada yang datang dengan berjalan kaki. Teknik ini kurang bijak.
Kotej Dua Tingkat
Crystal Hill menawarkan kediaman berupa kotej (cottage) yang memiliki dua bahagian tingkat.
Tingkat bawah lebih kepada ruang tamu dan tempat berkumpul, bahagian atasnya terdapat tiga buah bilik.
Cottage Crystal Hill Resort |
Di bahagian bawah, jubin sebagai lantai dan diruangan atas yang dihubungkan dengan tangga berbentuk 'spiral' dihiasi lantai kayu.
Chalet Dua Tingkat Kundasang |
Dengan suasana hawa dingin, lantai kayu adalah terbaik.
Bagi percutian kali ini penulis menginap di chalet dengan tiga bilik yang lebih kepada rekabentuk kotej, chaletnya.
3 Bedroom Chalet Room
Katil Jenis King Size |
Penulis syorkan untuk dapatkan bilik jenis ini jika datang melebihi 4 orang.
Bilik yang ditawarkan berpatutan dengan harganya. Bagi yang mencari keselesaan yang agak maksima, biliknya bukan padanan anda.
Jika anda jenis yang tidak kisah akan tidur yang biasa-biasa, anda akan selesa dengan biliknya.
Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz 'king'.
Panorama Gunung Kinabalu dan Kundasang Dari Resort
Pendakian untuk sampai ke chalet Crystal Hill ini berbaloi, apabila anda membuka langsir menuju ke balkoni luar.Seperti yang penulis katakan tadi, panoramanya memuaskan.
Balkoni Chalet |
Cukup cantik jika boleh mendapatkan permandangan dari balkoni ini. Dengan cuaca yang cukup sejuk ala ala eropah, dengan binaan chaletnya yang ke arah kawasan beriklim sejuk.
Gunung Kinabalu Waktu Pagi Kundasang |
Lebih menonjolkan suasana dalam hutan pine dengan permandangan Gunung Kinabalu dipayungi kabus dan awan memutih.
Boleh lihat time lapse Gunung Kinabalu di waktu pagi dari Crystal Hill R Kundasang Sabah.
Ulasan Penulis
Kelebihan
Panorama disini memang terbaik. Menghadap Gunung Kinabalu apabila berada di Kundasang adalah sesuai yang perlu kerana sebab inilah kita datang ke Kundasang.
Kekurangan
Apa yang menjadi permasalahan adalah jalan yang agak teruk untuk sampai ke resort ini. Dengan laluan masih belum diturap dengan kecondongan bukit yang agak memberikan cabaran.
Chaletnya juga agak jauh dengan bahagian pengurusan, sukar untuk berhubung secara terus.
Secara keseluruhan penulis memberikan markah : 4.5/5.0
Informasi Pengunjung
Lokasi Resort
Perjalanan masuk ke Crystal Hill Resort Kundasang bermula di Masjid Jamek Kundasang, disinilah bermulanya pendakian dengan mengambil Jalan Sinisian.
Lebih kurang 500 meter anda akan terlihat satu papan tanda kecil Crystal Hill Resort mengarahkan anda memasuki lorong berbatu tanpa turapan ini. Disini 'adventure' anda bermula.
Crystal Hill R
89308 Kundasang,
Sabah
Bilik Tidur dan Bilik Air
3 Bilik Tidur (lengkap bantal dan selimut)
3 Bilik Air
Balkoni
Kemudahan Lain
Almari
Sofa
TV Satelit
Telefon Rumah
Meja Makan
Meja Solek
Kelengkapan
Tuala
Peralatan Menggosok
Pengering Rambut
Cermin
Harga Chalet
RM 100/malam (bilik standard)
RM500/malam (bilik famili 3 bilik pilihan penulis)
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 4G
Celcom - 4G
Polisi/Peraturan
Check in : 3.00 p.m
Check Out : 12.00 p.m
Tempahan Online
Harga yang ditawarkan mungkin berbeza dengan harga yang penulis nyatakan di atas kerana bergantung kepada mata ganjaran dan promosi dari Agoda.
Klik pautan di bawah, mana tahu kena dengan masa anda akan mendapat harga penginapan termurah.
8 Ulasan
Nice :)
BalasPadamnice too =)
PadamCantiknya permandangan. Tak pernah sampai negeri di bawah bayu ni lagi.
BalasPadambila sudah boleh rentas negeri..bolehlah plan untuk ke kundasang hehe..pasti puas hati
Padampergh....Rasa nak ke sabah lagi saya selepas membaca artikel ini..
BalasPadamterima kasih bro
apa lagi jom la...jumpa kat sana
PadamK ret x pernah tido kundasang.. Selalu balik hari je hehhe.. Tp resort opis k ret ada je kat the pines resort tu..
BalasPadamwow...itu lagi terbaik..siap ada resort sendiri..nanti bolehlah nak try situ
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.