Homestay Singgahan Rahmat Pantai Morib Banting 'Friendly' Penginap
Pantai Morib adalah antara pantai di Selangor yang cukup popular. Bukan hanya untuk penganjuran aktiviti dan acara tertentu, riadah pantai adalah faktor utama kehadiran pengunjung di Pantai Morib, Banting.
Homestay Singgahan Rahmat Banting |
Dengan pasang surut air lautnya, pokok pokok rhu yang meneduhi sepanjang pantai dengan hembusan angin yang menyamankan Pantai Morib adalah pilihan terbaik penduduk tempatan melakukan aktiviti riadah
Kawasan Morib sebenarnya cukup strategik dan banyak tempat yang boleh dilawati. Di utara terdapat Bukit Jugra dan bahagian selatannya banyak tempat makan dan pantai yang boleh disinggahi.
Jadi, tidak hairanlah jika kawasan Morib Banting ini banyak inap desa atau homestay yang ada.
Homestay Singgahan Rahmat Pantai Morib
Salah satu yang pernah penulis inap adalah Homestay Singgahan Rahmat.
719 Singgahan Rahmat Homestay |
Homestay ini terletak di dalam kawasan perkampungan yang tidak jauh dari Pantai Morib.
Terletak di dalam Kampung Endah, Morib. Cukup mudah untuk ditemui kerana hanya beberapa ratus meter dari jalan utama.
Selepas memasuki simpang ke Kampung Endah, anda akan disapa oleh satu pintu gerbang yang menandakan anda dalam kawasan Kampung Endah.
Homestay Jenis Banglo Dua Tingkat
Homestay ini adalah sebuah rumah dua tingkat dengan rekabentuk luaran dalaman moden.
Rekabentuk moden dengan kehidupan kampung, cukup sesuai untuk dijadikan sebuah singgahan homestay.
Banglo Dua Tingkat Homestay |
Laman yang luas mampu memuatkan tiga buah kereta sedan. Dengan latar tanahnya dihampari dengan rumput karpet lembut menampakan bahawa ia sebuah homestay terjaga.
Laman Depan Homestay |
Dari luar banglo ini memang cantik rekabentuknya.
Hiasan Lanskap Luar Homestay
Hiasan lanskap luaran sudah menyenangkan mata memandang. Dengan pohon nyiur pandan sebagai teduhan dengan hiasan pokok-pokok bunga kecil menggelilingi papan tanda homestay ini.
Lanskap Laman Depan |
Pemilik homestay memang mengambil tema alam semulajadi sebagai hiasan luaran.
Keadaan Dalaman Homestay
Bahagian dalamannya pula lebih menarik. Mula-mula sekali penginap akan memasuki ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa dan televisyen.
Ruang Tamu Homestay |
Apa yang boleh dilihat rekaan dalaman memiliki idea sebuah rumah banglo moden.
View dari Ruang Makan |
Bilik yang Disediakan Dalam Homestay
Homestay ini memiliki tiga buah bilik. Masing-masing dilengkapi dengan satu katil bersaiz 'queen'. Ada juga bilik yang memiliki katil tambahan. Dianggarkan satu bilik kapasiti maksima adalah sekitar empat orang.
Bilik Pertama |
Bilik Kedua |
Bilik Ketiga |
Bilik dipasangkan dengan dua elemen penyejukan iaitu kipas siling dan pendingin hawa (aircond). Dua bilik hadapan berkongsi satu bilik air.
Bilik belakang lebih susunaturnya lain sedikit kerana bilik belakang dilengkapi sekali dengan dapur dan bilik air.
Kemudahan Kolam Renang
Kawasan paling digemari oleh penginap di homestay ini ialah kolam renang. Kolam renang yang bersaiz sederhana ini juga cantik hiasannya.
Kolam Renang Dalam Homestay |
Dengan kolam tipikal warna biru dengan dinding penghadang bewarna koko kayu sekitarnya dialasi dengan rumput tiruan dengan pohon melur yang memberikan permandangan dan haruman seumpama taman.
Kolam Renang |
Ada kolam renang jika tiada 'bakar-bakar' atau barbecue memang agak janggal percutian tersebut.
Tempat untuk Barbeku
Tempat bbq juga disediakan. Cukup luas tempat panggangannya. Pengunjung perlu mendapatkan sendiri makanan yang ingin diperap dan dibakar serta jangan lupa bawa arang dan pemetik api sekali.
Pit Barbecue Homestay |
Apa yang menarik perhatian penulis adalah layanan pemilik homestay. Memang terbaik.
BBQ Di Homestay |
Sepanjang berada di homestay ini, kami dilayan dengan baik, sehinggakan ketika sedang asyik berbeku, pemilik homestay sempat menghulurkan satu pengibas untuk digunakan.
Layanan Pemilik Homestay
Apabila bertemu tidak pernah tidak senyum kepada penginap. Hal ini membuatkan hati penginap akan lebih tenang dan menikmati percutian di homestay ini dengan rasa lebih yakin.
Malahan pada paginya pemilik ada memberikan sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi kerabu dan bihun.
Terasa seolah olah kami datang berkunjung ke rumah saudara sendiri. Pemilik memang nampak seperti seorang yang suka berkebun. Di hadapan terdapat pohon serai, pokok ciku dan belakangnya terdapat pokok jambu batu yang lebat berbuah.
Jika ada penginap yang inginkannya boleh sahaja ambil, sebagaimana penulis diberi kebenaran untuk mengambil beberapa batang serai ketika sedang barbeku.
Boleh rujuk video ringkas dalaman homestay ini, sebagai panduan anda.
Ulasan Penulis
Kelebihan
Mana lagi mahu temui sebuah homestay yang memiliki kolam 'indoor yang cukup terbaik untuk famili dan rakan.
Layanan terbaik oleh pemilik seumpama 'kenangan' dan 'trademark' disini. Bila mengingatkan homestay singgah rahmat, pengunjung akan terus mengingati perkataan 'friendly'.
Nak serai boleh ambil, nak buah jambu ambillah.
Kekurangan
Malangnya sekitar sini liputan telekomunikasi agak terhad. Kebanyakan liputan gagal melepasi 3G disini.
Secara keseluruhan penulis berikan rating : 4.0/5.0
Informasi Pengunjung
Lokasi Homestay
Dari pekan Banting mengambil masa sekitar 15-20 minit untuk sampai. Mengambil masa sekitar 5 minit sahaja ke Pantai Morib.
Boleh rujuk Google Maps di bawah;
Homestay Singgahan Rahmat
PT 719, Jalan Perdana 2 lndah Perdana,
Kampung Endah,
42700 Banting,
Selangor
Bilangan Bilik Tidur dan Bilik Air
3 Bilik Tidur
5 Katil (termasuk katil 'spare' diluar)
2 Bilik Air
Kemudahan Lain
Sofa
Meja Makan
1 Televisen (dengan NJOI)
2 Dapur Memasak
1 Pit Barbeku
1 Kolam Renang
2 Peti Sejuk
1 Dapur Gas
Kelengkapan
Peralatan Menggosok
Sabun dan Peralatan Mandi
Tong Sampah
Tuala
2 Rak Bacaan (dengan buku)
Sejadah
Buku Bacaan |
Harga Homestay
RM650/malam (3 Bilik)
RM550/malam (2 bilik) - kemungkinan bilik belakang akan dikunci
Deposit : RM200
Polisi/Peraturan
Check in : 3.00 p.m
Check Out : 12.00 p.m
Penalti satu malam (harga satu malam) jika gagal daftar masuk atau cancel kurang dari 7 hari. Pembatalan percuma jika 'cancel' sebelum 7 hari dari tarikh check in.
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 4G (dengan 3 bar)
Maxis - 3G
Celcom - 3G
Digi - 3G atau No Service
Tempahan Online
Bagi yang ingin membuat tempahan boleh buat tempahan melalui link agoda di bawah untuk harga promosi dan 'happy hour reservation'.Mungkin harga disini berlainan dan lebih murah kerana terdapat kod 'voucher' dan promosi dari agoda.
4 Ulasan
menarik ada kolam renang....
BalasPadamkolam indoor pulak lagi la best..privacy hehe
Padamwahhh ada kolam tuuu syok arrr
BalasPadamtu la...lepas bbq atau makan makan terjun kolam..fuhhh...hilang segala stress
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.