Pulau Langkawi merupakan destinasi yang selalu menjadi pilihan ketikan bercuti untuk percutian domestik Malaysia.  

Alia Residence Business Resort Langkawi Review
Alia Residence Business Resort Langkawi Review
 

Banyak tempat penginapan seperti homestay, chalet, resort dan hotel. Oleh kerana itu, sukar untuk pengunjung membuat pilihan.


Kali ini penulis akan mengulas satu resort yang agak diminati di Pulau Langkawi oleh pelancong.

Alia Residence Resort Langkawi

Sebuah resort yang fokusnya kepada pelancong untuk aktiviti sosial dan mungkin urusan bisnes. Salah sebuah resort yang boleh memberikan pengalaman baharu kepada pelancong.

Lokasi dan Kedudukan Resort

Terletak di Jalan Kuala Muda. Jalan menuju ke Gunung Machincang.

Dari segi kedudukan bagi penulis kawasannya cukup strategik. Cukup mudah diakses jika anda datang ke Pulau Langkawi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).

Jika anda datang melalui jalan laut, turun feri di Pekan Kuah ia agak jauh.

Kedudukan lokasinya berada diantara lapangan terbang dan Skycab Langkawi (aktiviti popular di Langkawi). Penulis boleh katakan kedudukannya berada di kawasan tempat menarik popular yang biasa pelancong singgah. Dengan Paradise 101 Island Langkawi juga dekat,satu jalan yang sama.

Bilik Standard Dengan Kelengkapan Asas

Dari segi bilik, biasa sahaja seperti kebanyakan bilik resort dan hotel. Dilengkapi dengan katil bersaiz 'queen', dan beberapa kelengkapan lain seperti almari, set meja solek, dan meja yang memiliki lampu meja di atasnya.

Katil Saiz Queen
Katil Saiz Queen

 

Bilik disejukkan hawanya dengan penghawa dingin bersaiz biasa. Sesuai dengan selimut yang tebal disediakan sepertimana kebiasaan hotel dan penginapan lain.

Hiasan Dindind Bilik
Hiasan Dindind Bilik
 

Apa yang menarik adalah akses keluar pada sebelah tepi bilik dengan disempadani dengan pintu 'sliding door'. Menghubungkan bilik dengan balkoni luar.

Ruang Rehat Balkoni Luar
Ruang Rehat Balkoni Luar

 

Pintu ini secara hakikatnya adalah pintu untuk ke kolam mandi awam di pertengahan bangunan resort.

Kolam Mandi Awam Resort

Kemudahan yang sentiasa menjadi pilihan jika berkunjung ke satu satu penginapan adalah kolam mandi.

Kolam Mandi Alia Resort
Kolam Mandi Alia Resort
 

Kolam mandi disini agak besar dan mampu menampung ramai penghuni dalam satu masa. Kedudukan kolam yang menghadap laut (walaupun tiada kelihatan laut) memenuhi kriteria sebagai percutian di Langkawi.

Santai Di Tepi Kolam
Santai Di Tepi Kolam
 

Boleh berjemur apabila disediakan kerusi jemuran ketika sedang mandi di kolam. Pekena buah buahan di ketika musim panas di tepi kolam, memang terbaik. 

Taman Mini Beriadah

Pihak resort tidak mensia siakan ruangan antara bangunan penginapan dengan pagar belakang yang dibataskan oleh laut.

Taman Mini Resort
Taman Mini Resort
 

Terdapat beberapa pangkin dan pohon kelapa sebagai lanskap jika ada yang ingin bersantai santai dan beriadah.

Juga boleh dijadikan tempat berehat seketika ketika mandi di dalam kolam. 

Kawasan Parkir Agak Terhad

Agak mendukacitakan sedikit adalah berkenaan parkir yang agak terhad. Jika hari cuti umum atau waktu puncak memang akan berebut untuk mendapatkan parkir. Ada juga masa penulis terpaksa parkir kereta yang disewa di bahu jalan luar.

Setakat penginapan penulis masih tiada sebarang kes atau aktiviti kurang menyenangkan.

Ulasan Penulis

Kelebihan

Kawasannya cukup strategik, memudahkan penginap untuk ke tempat menarik di Langkawi seperti Panorama Langkawi, Paradise 101 Island atau Pantai Cenang.
 

Persekitaran yang cukup tenang dan nyaman dengan suasana harmoni dan tiada hiruk pikuk kebisingan.

Kekurangan

Dari segi tempat parkir yang agak terhad. Risau juga apabila terpaksa parkir di bahu jalan di luar resort. Sebarang perkara tak diingini.

Secara keseluruhan penulis berikan : 4.0/5.0
 

Informasi Pengunjung

Lokasi Resort

Terletak diantara Gunung Machincang dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Dari Jeti Pekan Kuah mengambil masa sekitar 30-35 minit dengan kereta. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi 5-10 minit dengan kereta.

Boleh rujuk alamat dan Google Maps  dibawah;

Alia Residence Business Resort

 Lot 954, Mukim Padang Matsirat Kampung Padang Masirat, 

Jalan Kuala Muda, 

07100 Langkawi, 

Kedah

Kelengkapan Bilik Resort

Set Mandian
Set Mandian
 

1 Katil Bersaiz Queen

1 Televisyen (dilengkapi NJOI)

1 Bilik Air

1 Almari

1 Meja Solek

Peti Sejuk Mini
Peti Sejuk Mini
 1 Peti Sejuk Mini

Minuman
Minuman
 

1 Meja Biasa (dilengkapi cerek bersama teh dan kopi)

Kemudahan Lain

Kolam Mandi

Wi-Fi Percuma

Meja Balkoni

Harga Bilik Resort

Bilik Standard : RM200

Polisi/Peraturan

Check In : 2.00 p.m

Check Out : 12.00 p.m

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 4G

Maxis - 4G

Celcom - 4G

Digi - 4G

Tempahan Online

Bagi yang ingin membuat tempahan boleh buat tempahan melalui link agoda di bawah untuk harga promosi dan 'happy hour reservation'. Terdapat 'voucher' dengan diskaun terbaik jika menggunakan pautan ini.

4 Ulasan

  1. lama nya x pegi langkawi...
    bila bole rentas negeri ni oiii?? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tak lama dah nk boleh tu...
      pm dah bagi hint...jom melancong ramai ramai

      Padam
  2. Memmang nak pi Langkawi tapi nak enjoy the scenery bukan nak pi shopping

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula mula layan panorama..layan makan makan..eh ade duit lebih..shopping la terus..langkawi barang murah hehe

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.