Pulau Perhentian adalah antara pulau yang akan sentiasa menjadi sebutan jika ingin menyenaraikan pulau percutian di Terengganu.

Pengalaman 2H1M Di Pulau Perhentian
Pengalaman 2H1M Di Pulau Perhentian
 

Terletak di antara dua buah negeri iaitu Terengganu dan Kelantan, ia mudah untuk dilawati. Dengan layanan penduduk lokal yang penuh dengan kesopanan adat melayu asli.

 

Perbelanjaan juga cukup murah dan berpatutan.

Pakej Percutian 2 Hari 1 Malam Dengan Belalang Holidays

Penulis berpeluang untuk bercuti dua hari dan satu malam di Pulau Perhentian dengan menggunakan agensi Belalang Holidays.

Bermula dengan kajian (survey) di laman sesawang untuk pakej sehinggalah tempahan melalui aplikasi WhatsApp.

Persoalan dijawab tenang dan secara mesra oleh agen Belalang Holidays. Menambahkan lagi semangat untuk meneruskan pakej percutian.

Kali ini penulis memilih pakej 2 Days 1 Night.

Hari Pertama (Day 1)

Menaiki Bot di Jeti Kuala Besut

Menuju ke Jeti Kuala Besut, setelah disarankan untuk berada di sana sekitar 8-9 pagi untuk bot paling awal ke Pulau Perhentian.

Bot ke Pulau Perhentian
Bot ke Pulau Perhentian
 

Terdapat wakil dari Belalang Holidays yang ditugaskan untuk urusan menaiki bot. Buat bayaran selebihnya kepada wakil berkenaan.

Menunggu ketibaan bot dan mula bergerak ke Jeti Pulau Perhentian sekitar 9 pagi.

[Beli Tiket Jeti Kuala Besut - Pulau Perhentian Sini]

Ketibaan Di Jeti Pulau Perhentian

Perjalanan sekitar 45 minit, tiba di Jeti Pulau Perhentian dalam 9.45 pagi. (untuk harga tiket bot boleh rujuk bahagian informasi pengunjung di bawah)

Daftar Masuk Chalet

Belalang Holidays ada membuat pakej sekali dengan penginapan, oleh kerana sudah penuh, penulis terpaksa membuat carian sendiri dan berjaya mendapatkan penginapan di D'Rock Garden Resort.

Check In Chalet D'rock
Check In Chalet D'rock

 

Daftar masuk dan meletakan barangan dan bagasi untuk aktiviti selanjutnya. Disediakan rak untuk simpanan di bahagian 'receiption'. Tukar pakaian di bilik air yang disediakan.

Terus menuju ke tepi pantai untuk aktiviti snorkeling.

Aktiviti Snorkeling

Aktiviti ini sudah termasuk dalam pakej dan sekadar menunggu untuk snorkeling. Pemandu bot juga 'friendly', akan menghubungi anda untuk mengetahui keberadaan anda.

Snorkeling Pulau Perhentian
Snorkeling Pulau Perhentian
 

Snorkeling di Pulau Perhentian terdapat 5 points;

1. Pulau Tiga Ruang (Training point)

2. Turtle Point

3. Fish Point

4. Shark Point

5. Lata Air Berani (Bilas Badan) 

[ Baca Juga : 5 Point Snorkeling Ketika Di Pulau Perhentian ]

Kami diberikan tekong dan 'guidance' terbaik dari Belalang Holidays. Dari 'briefing' waktu, penerangan alatan, penerangan kawasan dan bantuan seperti cadangan gambar menarik dan lebih menarik ketika di Turtle point, tekong bot sendiri tolong tangkapkan gambar penyu di dasar laut.

Bermula sekitar jam 10 pagi dan berakhir sekitar 2 petang. Sehingga makan tengah hari. Pemandu bot atau guide menghantar kami ke Long Beach untuk makan di kedai makan yang ada.

Masuk ke Chalet

Bagi percutian kali ini penulis menginap di D'Rock Garden Resort Pulau Perhentian. Salah sebuah resort yang memiliki permandangan dari bilik terbaik.

Masuk Chalet D'rock Perhentian
Masuk Chalet D'rock Perhentian

 

Terus menuju ke bilik atau chalet yang terletak di atas bukit dengan laluan pohon pohon hiasan renek. Apa yang terbaik adalah chalet yang menghadap laut yang berjaya menghilangkan rasa penat snorkeling.

[ Baca Juga : Review D'Rock Garden Resort Pulau Perhentian ]

Aktiviti Bebas

Aktiviti melibatkan tentatif dari pihak Belalang Holidays hanya snorkeling pada paginya. Untuk waktu selebihnya penulis diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri.

Aktiviti petang penulis gunakan peluang untuk berjalan-jalan sekitar pantai Long Beach sambil menangkap beberapa gambar sambil menikmati udara bayu dari laut.

Jalan Jalan Tepi Pantai Long Beach
Jalan Jalan Tepi Pantai Long Beach

Boleh rujuk pautan di bawah untuk aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian.

Makan Malam Di Long Beach

Malam mula menjelma, menghadap Laut China Selatan bukan boleh melihat 'sunset' namun suasananya tetap ada.

Usai maghrib di bilik chalet, sudah kedengaran dari jauh bunyian petanda bermulanya aktiviti malam di Long Beach.

Penulis memilih untuk makan malam.

Chicken Chop Pulau Perhentian
Chicken Chop Pulau Perhentian

 

Deretan kedai makan yang seumpama restoran yang ada di pesisir pantai cukup terbaik. Pilih sahaja menu yang diinginkan makanan laut, masakan panas, makanan barat (western food) dan pelbagai menu lain tidak kira menu tempatan atau lain lain.

Sotong Bakar Sambal Pulau Perhentian
Sotong Bakar Sambal Pulau Perhentian

 

Setiap restoran memiliki tarikan tersendiri, dengan alunan lembut sayup sayup lagu yang dipasang dengan tema pantai, ditemani bayu lembut menyapa kulit dan apalagi suasana malap dengan lampu 'dim' untuk menambahkan lagi keindahan makan malam di Pulau Perhentian.

Pertunjukan Api Di Long Beach

Biasanya kedai makan atau restoran yang mengadakan pertunjukan ini. Ketika penulis keberadaan penulis, kedai 'shisa' yang mengadakan pertunjukan kanak kanak.

Fire Show Long Beach Perhentian
Fire Show Long Beach Perhentian

 

Warga asing juga ada yang menjadi ahli pertunjukan, itu dikedai lain.

Pusing pusing kayu berapi dan menyembur minyak tanah dengan keadaan berapi. Mungkin indah untuk dilihat.

Jalan Jalan Tepi Pantai

Bosan dengan pertunjukan boleh lah jalan jalan tepian pantai lebih romantik dengan pasangan atau kemeriahan bersama keluarga.

Namun, hati hati dengan sauh bot dan perahu yang ada disekitar pantai, itu tajam.

Tidur di Chalet

Mengantuk mengantuk nak tidur mana ? Tidurlah di chalet. Dengan bayu laut yang menyejukan apalagi baru sahaja hujan di pulau, tidur nyenyak lah jawabnya.

Hari Kedua ( Day 2 )

Melihat Matahari Terbit

Bangun selesai solat bolehlah ke beranda melihat suasana matahari terbit di timur, betul betul menghadap Long Beach Perhentian.

Sunrise D'rock Pulau Perhentian
Sunrise D'rock Pulau Perhentian
  

Sarapan Pagi Di Chalet

Selesai menyaksikan keindahan alam, bolehlah turun ke kafe atau kantin chalet untuk sarapan. Bagi yang sekalikan pakej sarapan dalam bayaran penginapan turun sahaja dan makanlah sarapan anda.

Bagi yang 'walk in' dan tiada pakej sarapan dalam pakej penginapan boleh sahaja membuat bayaran ketika makan.

Aktiviti Bebas Hari Kedua

Lebih kurang jam 9-10 pagi aktivitinya adalah masih bebas, tidak terikat dengan mana-mana aktiviti lain.

 Bolehlah sempurnakan aktiviti yang masih belum diselesaikan seperti yang belum 'hiking' ke Kincir Angin terbaik waktu ini untuk lakukan aktiviti ini.

Makan Tengah Hari

Bolehlah makan tengah hari di tempat makan di tepian pantai Long Beach atau makan di chalet yang anda menginap. Penulis memilih untuk makan di tepi pantai, alang alang di pantai rugi jika tidak menikmati laut sepuas-puasnya.

Daftar Keluar Chalet

Jam 12 tengah hari adalah waktu untuk check out chalet. Bolehlah buat persiapan untuk terus ke jeti. 

Naik Bot ke Jeti Kuala Besut

Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut
Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut
  

Tunggu panggilan dari Belalang Holidays untuk masa manaikit bot ke Jeti Kuala Besut. Tunggu di Jeti Long Beach Pulau Perhentian yang terletak di hujung pantai untuk menaiki bot.

Sampai Di Jeti Kuala Besut

Dalam kira kira 40-45 minit dengan menikmati alunan 'roller coaster' dari ombak yang menerujakan sampailah di Jeti Kuala Besut.

Informasi Pengunjung

Harga Pakej Keseluruhan

Pakej 2H1M Belalang Holidays : RM200 termasuk tiket feri pergi-balik

(tanpa penginapan)

Harga Chalet Semalam

D'rock Garden Chalet Pulau Perhentian : RM150/malam

(Hubungi : 013-928 9619)

*segala harga adalah dari pengalaman penulis, mungkin deposit bergantung kepada anda

Alternatif Tempat Penginapan

Bagi yang mencari penginapan jika sudah penuh, boleh membuat carian tempat penginapan melalui pautan (link) di bawah dengan Agoda, jika bernasib baik dapat diskaun yang berbaloi.

2 Ulasan

  1. rindunya nak travel..nak travel sekarang rasa macam takot pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah lebih separuh penduduk Malaysia dah divaksin...
      inshaAllah..kehidupan kembali normal

      dan bolehlah bercuti ke Pulau Perhentian sebagai contoh

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.