Tinggal di Lembah Klang dan Selangor seringkali diselorohkan dengan pertanyaan 'mana pantai?'
 

Pantai Peranginan Di Selangor
Pantai Peranginan Di Selangor
 

Biasanya akan dijawab Pantai Dalam di Kerinchi.

Namun, tahukah anda, orang Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang boleh sahaja ke pantai. Di Selangor terdapat pantai yang terbentuk di pesisir Selat Melaka.

Senarai Pantai Popular Sekitar Selangor dan Lembah Klang

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu, bagi yang belum tahu dan ingin ke pantai sekitar negeri Selangor,. 
Penulis senaraikan pantai-pantai yang pernah penulis kunjungi di Selangor.


Pantai Jeram, Kuala Selangor

Terletak di dalam kawasan Kuala Selangor. Nun jauh di utara Selangor terletaknya pantai ini.Pantai dengan muka bumi yang landai dan berpasir sesuai untuk aktiviti perkelahan.

Kuala Selangor banyak hasil lautnya. Pantai Jeram tidak popular untuk mandi manda namun bagi penggemar makanan laut, inilah kawasannya.
 

Banyak kedai makan ikan bakar dan hasil laut disini, sambil diiringi alunan ombak yang mendayu dan dijamah dengan suasana matahari terbenam, makanan laut disini lebih sedap.


Lautnya tidak begitu deras melainkan musim air pasang. Terdapat pasir dan kerang kerangan cukup mendamaikan. 

  [ Ticket : Sky Mirror & Sekinchan Paddy Field Day Tour ]

Pantai Remis, Kuala Selangor

Masih di sekitar Kuala Selangor, tetapi lokasinya ke bahagian selatan sedikit.
Tidak jauh dari pantai jeram, hanya beberapa kilometer sahaja.

Bagi penulis, pantai remis lebih meriah berbanding pantai jeram. Banyak tempat penginapan seperti homestay, chalet dan resort disini.
 

Tidak kurang juga kedai makan yang masih lagi menyediakan hidangan makanan laut di sekitar. Ada satu kedai asam pedas ikan sembilang claypot yang pernah penulis cuba, sedap.


Keadaan pantainya tidak begitu landai seperti pantai jeram, batu batu diletakan bagi elak air pasang besar.Pantai Remis ini lebih kepada 'port' memancing untuk kaki pancing pesisir pantai.

[ Ticket : Eagle Feeding, Fireflies & Blue Tears Watching Experience in Kuala Selangor with Seafood Hotpot ]

Pantai Aceh, Klang

Sunyi itu adalah ekspresi pertama yang mengingatkan penulis kepada pantai ini. Masih menghadap Selat Melaka dan lokasinya bawah kepada Pelabuhan Klang yang sibuk dengan kapal.

Namun, suasananya menarik, terletak di Pulau Indah yang popular dengan 'port memancing'. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kawasan ini.
 

Bagi penulis ia terbaik untuk famili, abah-abah boleh memancing, ibu dan anak boleh santai berkelah.

Jalan untuk ke Pantai Aceh masih daif dan mungkin ini menyebabkan ia suram. Terdapat satu resort untuk pemancing disini juga.
 

 

Pantai Tanjung Piai, Klang

Sebenarnya pantai ini tidaklah jauh dengan Pantai Aceh, merangkak pun boleh sampai.
Bersebelahan sahaja. Jika Pantai Aceh 'port'nya agak tersudut dan tidak luas. Pantai Tanjung Piai cukup luas dan panjang. Sesuailah mahu hampar tikar untuk berkelah.
 

 

Pantai Kelanang, Banting

Pantai Kelanang Ketika Surut
Pantai Kelanang Ketika Surut

Kebanyakan penduduk tempatan mengenali Kelanang sebagai jeti nelayan. Namun, ada terdapat satu tarikan disini iaitu Pantai Kelanang. 

Dengan latar belakang lautnya kapal-kapal dagang dan pohon bakau yang tenggelam ketika air pasang.

Ketika air surut pula, pengunjung boleh meneroka ke kawasan rimbunan bakau ini dan mungkin boleh menuju ke arah laut.
 

Mercu Tanda Pantai Kelanang
Mercu Tanda Pantai Kelanang

Aktiviti yang biasa dilakukan selain mandi (mandi selut) adalah mencari pepahat, yang guna lidi dan kapur tu.

Memang sesuai untuk aktiviti barbeku, berkelah, mandi manda di pantainya kerana ia tiada sebarang tembok atau batuan.
 

Pasir Di Pantai Kelanang
Pasir Di Pantai Kelanang

Pohon tepian pantai juga redup. Dengan adanya kedai kedai makan dan gerai jualan. Apalagi terdapat taman permainan untuk kanak-kanak.

Paling penting, pihak pengawal pantai ada ditempatkan disini.
 

 

Pantai Morib, Banting

Pantai Morib mungkin tidak perlu penulis jelaskan panjang lebar. Kebanyakan sudah kenal.
Tidak kira anda seorang yang gemarkan riadah laut apalagi seorang pencinta automotif dan aktiviti berupa pesta.

Sering menjadi 'venue' acara, Pantai Morib cukup dikenali.

Namun, Pantai Morib agak terhad untuk aktiviti airnya. Dengan benteng penahan air pasang yang agak tinggi.
 

Pantai New Morib Banting
Pantai New Morib Banting

Pengunjung boleh menunggu ketika air surut untuk menyentuh pasirnya.

Namun, ada juga yang berkhemah disini. Selain aktiviti laut lain seperti memancing dan mencari pepahat.
 

Bagi aktiviti air dalam versi riadah, mungkin agak terhad. Namun, angin bayu dari laut dengan bau masin airnya masih ada.

Cup! Penulis belum habis lagi, sebenarnya ada satu kawasan 'New Morib Beach' bersebelahan yang memiliki pasir dan air laut bertemu untuk dinikmati para pengunjung.


[Baca Juga: Homestay Singgahan Rahmat Morib Review]
 

Seumpama dibahagikan kepada dua bahagian, Pantai Morib Lama dan Pantai Morib Baharu.
 


Pantai Batu Laut 

Sebelum terlajak ke Pantai Cunang menuju ke Bagan Lalang selepas Pantai Morib, jangan terlepas pandang dengan satu pantai yang baharu sahaja menjadi pilihan pengunjung.

Pantai Batu Laut Sepang
Pantai Batu Laut Sepang

Iaitu Pantai Batu Laut.

Sebuah pantai yang percuma sahaja tanpa bayaran diperlukan untuk berkelah dan menimati laut. Lengkap dengan teduhan yang panjang sesuai untuk berada disini seharian.

Tandas dan kedai runcit juga disediakan untuk pengunjung, apalagi kedai makan yang banyak disekitarnya. Bagi informasi lanjut boleh rujuk pautan di bawah;


Pantai Cunang, Tanjung Sepat

Tidak begitu popular dan memang terjaga, itulah Pantai Cunang. Penulis pun terserempak dengan pantai ini ketika menuju ke arah Bagan Lalang.


 

Panorama Pantai Cunang
Panorama Pantai Cunang

Pernah diberikan gelaran pemenang pantai angkat Selangor 2015 ini, memang cantik.

Dengan insfrastruktur buatan manusia yang bertemakan alam semulajadi. Pasir pantai yang memutih, ditambah kebiruan laut dan langit.
 

Inilah pantai terbaik setakat ini sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Memang dijaga rapi dengan pohon rhu yang ditanam di pesisir pantai dan pohon bakau di dalam air.


 

Signboard Pantai Cunang
Signboard Pantai Cunang

Jika anda meminati fotografi, rugi jika tidak jadikan suasana disini sebagai panorama anda.

Apa yang terjaga rapi semestinya ada bayaran, bayaran masuk, bayaran aktiviti dan bayaran barbeku diperlukan.
 

Namun, berbaloi.
 

 

Pantai Bagan Lalang, Sepang

Pantai Bagan Lalang Gold Coast View
Pantai Bagan Lalang Gold Coast View

 
Sama popular dengan Pantai Morib walaupun terletak nun jauh di selatan Selangor.
Pantai Bagan Lalang memang gah namanya terkenal dengan aktiviti melibatkan pantai.

Kedai makan berderet, apalagi kedai kedai cenderamata. Terbinanya pula Avani Sepang Gold Coast maka lagilah naik 'rating' Pantai Bagan Lalang.
 

Banyak tempat penginapan dari bajet marhaen sehinggalah bangsawan.

Pantainya cukup panjang dan luas, memang puas jika berada di sini. Boleh dikatakan dalam Selangor, Pantai Bagan Lalang adalah tumpuan untuk menikmati laut.
 

Penulis pernah berkhemah satu malam di sini, suasananya masih hidup mestipun waktu aktif manusia sudah tamat.
 

Banyak homestay, resort dan chalet sekitar Pantai Bagan Lalang. Tidak lupa juga 'port mancing' untuk kaki pancing disekitar pantai ini.

 

Kawasan Pantai Terdekat Lembah Klang


Boleh dikatakan banyak juga pantai di Selangor dan boleh juga untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang. 

Kadang-kadang perlu juga tenangkan fikiran dan lapangkan minda melihat laut.

Datang ke pantai dapatkan barangan dan 'equipment' dari HyperGear Malaysia atau PTT Outdoor, mudah untuk melakukan aktiviti di pantai dan laut.

[Baca Juga : Tempat Menarik Di Kuala Selangor]

Bagi yang ingin menginap sekitar pantai-pantai ini, boleh lakukannya dengan membuat carian melalui pautan carian penginapan sekitar pantai di Selangor di bawah;

Mungkin ada lagi kawasan pantai dan menarik di Selangor yang penulis belum kunjungi, bolehlah berikan cadangan pada ruangan komen.

4 Ulasan

  1. mmg teringin nak g pantai2 sekitar selangor ni... tp tu laa cuaca skrg panas sgt... biarlah reda semuanya dulu... kan... br syok nk jln2 ;-) thanks 4 sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengah tengah tahun mungkin cuaca dah mula stabil sebelum kembali...berkelah dan lari lari tepian pantai

      Padam
  2. kalau sudah banyak duit saya memang nak round satu semenanjung

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah..nanti ade bajet lebih dan masa lebih..tenangkan minda hirup udara segar tepi laut..

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.