Senarai Tempat Parkir Kenderaan Sekitar Jeti Kuala Perlis
Cara untuk sampai ke Pulau Langkawi salah satunya adalah dengan menggunakan feri. Lebih jimat dan berbaloi. Lebih menjimatkan jika datang ke jeti dengan kenderaan sendiri atau sewa kereta/kenderaan untuk ke jeti.
Parkir Berbayar Jeti Kuala Perlis
Jeti Kuala Perlis di Perlis adalah jeti terdekat dengan Jeti Kuah di Pulau Langkawi. Dekat bermaksud tambang tiket ferinya juga murah.
Masalahnya sekarang selepas sampai di Jeti Kuala Perlis, mana mahu parkir kenderaan untuk semalaman atau lebih ?
Kawasan Parkir Berbayar Di Jeti Kuala Perlis untuk Ke Pulau Langkawi
Jangan risau, ada tempatnya. Disini penulis kongsikan beberapa tempat parkir kenderaan berbayar dan bermalam (kereta anda bermalam)
1. Yusof Bee Parking Enterprise
Dengan rating Google Maps Review 4.0 ke atas jarak antara parkir ini dengan Jeti Kuala Perlis adalah dalam 200 meter. Kawasan parkir adalah berpagar.
Harga Parkir/malam
Berbumbung : RM15 (harga biasa), RM20 (cuti sekolah)
Kawasan Terbuka : RM10 (harga biasa), RM15 (cuti sekolah)
Hubungi
+60124683560
2. Car Park (Langkawi Package Holidays)
Terletak 150 meter dari Jeti Terminal Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Kawasan parkir berpagar dengan 24 jam pengawasan. Laman sesawang disediakan untuk dihubungi.
Harga Parkir/malam
Berbumbung : RM15 (harga biasa), RM20 (cuti sekolah)
Kawasan Terbuka : RM10 (harga biasa), RM15 (cuti sekolah)
Hubungi
+6049851591
+60175030083
+60175148325
Jarak 500 meter membezakan perjalanan antara Jeti Kuala Perlis dengan tempat parkir ini. Memiliki laman sesawang sendiri yang memudahkan pengguna mengetahui mengenainya. Juga menawarkan khidmat sewa kereta.
Harga Parkir/malam
Berbumbung : RM15 (harga biasa), RM20 (cuti sekolah)
Kawasan Terbuka : RM10 (harga biasa), RM15 (cuti sekolah)
Hubungi
+6018408 6307
Alternatif Tempat Parkir Sekitar Kuala Perlis
Penulis letakkan di bahagian bawah memandangkan masih tiada review yang jelas. Boleh dijadikan pilihan jika kebanyakan kawasan parkir yang penulis senaraikan di atas sudah penuh.
4. Parkir Berbumbung Kuala Perlis
Sebaiknya buat tempahan awal, namun, perkara seumpama tempat parkir sebegini 'walk-in' lebih terjamin. Risau jika anda sudah menempah, tetapi tiada tempat kosong untuk parkir.
Harga Standard Parkir Kenderaan Jeti Kuala Perlis
Kebanyakan harga sewa parkir kenderaan sekitar Jeti Kuala Perlis dalam julat harga sama semuanya, sekitar RM10-RM20. Boleh gunakan untuk bajet itinerary anda untuk ke Pulau Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis dengan kenderaan sendiri.
Penulis sarankan datang ketika bukan waktu cuti sekolah atau cuti umum. Sekadar mencadang supaya tiada sebarang masalah bajet dan kekurangan tempat parkir.
Penulis hanya mencadangkan supaya mudah untuk anda mencari kawasan parkir berbayar di Jeti Kuala Perlis. Segala urusan dan masalah adalah tanggungjawab anda sendiri.
0 Ulasan
Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.