D'Rock Garden Resort Pulau Perhentian Permandangan Laut Aerial View
Permandangan pertama jika anda ingin ke Jeti Long Beach, Pulau Perhentian adalah gugusan chalet bewarna kayu menghiasi bukit di bahagian kiri pelancong.
D'Rock Garden Resort Pulau Perhentian |
Sungguh cantik panorama tersebut, mungkin bagi yang tidak tahu akan chalet terbabit maka berimpian untuk menginap di chalet yang terletak di atas bukit berkenaan.
Menginap Di D'Rock Garden Resort Pulau Perhentian
Nama tempat penginapan berkenaan adalah D'rock Garden Resort Pulau Perhentian, Besut Terengganu.
Penulis berpeluang menginap disini ketika kunjungan penulis untuk pakej dua hari dan satu malam di Pulau Perhentian.
Itupun kerana gagal menemui tempat penginapan kerana plan percutian saat akhir. Sepatutnya penulis mengambil pakej 2 hari 1 malam termasuk penginapan tetapi tempat penginapan dalam pakej sudah penuh.
Penulis hampir untuk mendapatkan pakej day trip di Pulau Perhentian.
[ Baca Juga : Pakej Day Trip Pulau Perhentian ]
Namun, dengan semangat untuk bermalam di Pulau Perhentian, penulis membuat carian di Google Maps untuk mendapatkan tempat penginapan.
Jika boleh mahu dapatkan chalet dekat dengan jeti atau tempat feri menurunkan penumpang namun kebanyak sudah penuh.
Alhamdulillah, penulis berjaya mendapatkan satu bilik chalet di D'rock Garden Resort Pulau Perhentian.
Resort Di Atas Bukit
Pandangan pertama penulis tidak meleset apabila dengan yakin penulis perlu membuat pendakian untuk ke D'rock Garden Resort.
Paling hujung sebelah kiri dari pantai dan menaiki anak tangga ditemani batuan besar disebelah kirinya sebelum sampai ke kawasan 'lounge' dan 'receptionist'.
D'rock yang Berbatu |
Buat pengesahan tempahan dan ambil kunci bilik, seterusnya buat pendakian seterusnya untuk ke bilik. Penulis diberikan bilik B-4.
Papan Tanda ke Chalet |
Lanskap Sekitar Cukup Indah
Laluan yang didekorasi cantik lanskapnya walaupun dalam 'mode' pendakian. Laluan diteduhi pohon besar dan dipagari pohon renek yang membuatkan kita lupa bahawa kita sedang mendaki bukit.
Lanskap Laluan ke Chalet |
Melepasi pohon pisang dan laluan pejalan kaki penulis berjaya tiba di chalet yang penulis akan inap.
Sejuk Mata Memandang Kehijauan |
Bilik Standard Dengan Kipas
Chalet D'Rock Garden Resort |
Di D'rock Garden Resort ini terdapat beberapa pakej bilik. Penulis memilih untuk mendapatkan bilik yang dalam kategori sederhana yang tidak begitu murah dah tidak begitu mahal, cukup untuk dua orang menginap.
DIberikan nama Standard Twin Room with Balcony and Sea View (Fan), itulah jenis bilik yang penulis tempah dan duduk.
Persekitaran Dalaman Bilik Chalet
Buka sahaja kunci, terus terlihat bilik air di bahagian kiri dan almari pakaian di sebalik pintu. Biliknya tidak begitu besar, selesa untuk dua orang, agak sesak bila melebihi empat orang.
Katil Single Dua |
Katil bersaiz single dua buah diceruk kiri dan setentang dengannya adalah set televisyen dengan pautan kipas dinding di atasnya.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah balkoni hadapan yang masih dilitupi dengan langsir separa lutsinar. Terus dibuka ala ala tipikal biasa membuka langsir di chalet atau resort.
Balkoni Menghadap Laut China Selatan
Permandangan Dari Balkoni Chalet |
Nah! terbaik permandangan, menghadap laut, memang teruja. Ketinggian yang cukup sesuai dengan redupan dan teduhan terbaik. Sudah terbayang matahari terbit dari arah timur pada keesokan harinya kerana balkoni ini menghadap arah timur.
Santai Di Balkoni Chalet |
Bagi yang tidak mahu akan rasa kesunyian atau ulitan ketika mahu tidur.
Kemudahan Lain chalet
Bilik Air
Bilik airnya tidaklah begitu besar namun boleh memuatkan dua orang dalam satu masa. Terdapat satu salur udara yang digunakan untuk pengudaraan. Ada pemanas air disediakan. Cukup kuat airnya mampu membersihkan pasir pantai pada pakaian.
Televisyen
Jangan risau jika terasa mungkin krik krik, terdapat sebuah televisyen dengan pilihan siaran yang terhad yang mungkin boleh membantu anda diulit sebelum tidur, atau untuk mendapatkan berita semasa walaupun berada di pulau.
Barangan Lain
Almari untuk simpanan pakaian cukup besar dan terdapat penyangkut baju, bolehlah simpan bagasi dan barangan anda.
Bagi yang sukakan kopi atau teh 3 dalam 1 ada disediakan. Jangan risau cerek dan cawan turut disediaka.
Ulasan Penulis
Kelebihan
Permandangan menghadap laut memang terbaik. Apalagi ketika matahari terbit. Boleh merasai angin laut terus memasuki bilik.
Memang terbaik untuk mengambil gambar dan lanskapnya cukup cantik. Cukup tenang, tiada sebarang pencemaran mata atau telinga.
Tempat makan atau kafe yang luas dan juga permandangannya menarik.
Kekurangan
Ketika kedatangan penulis tiada sebarang tuala disediakan, cukup menghampakan. Layanan receiptionist juga agak tidak friendly, jika anda kawan mereka atau famili mereka inshaAllah layanan terbaik.
Selenggaraan peralatan seperti kipas atau barangan lain tidak begitu dipeduli. Kipas bilik penulis tidak berada pada aras yang betul.
Ampaian tiada, jemur pakaian basah dibalkoni.
Penilaian yang boleh penulis ulaskan secara keseluruhan adalah ia hanyalah bilik chalet biasa dengan permandangan yang cantik. Secara keseluruhan penulis berikan 3.5/5.0
Informasi Pengunjung
Lokasi Resort
Jika anda turun di Jeti Long Beach, agak jauh untuk berjalan kaki kerana berada dihujung bertentangan. Namun, jika anda diturunkan di pantai Long Beach, tidak begitu jauh.
D'Rock Garden Resort,
Pulau Perhentian Kecil,
Besut, 22300
Terengganu
Bilik Tidur dan Bilik Air
2 Katil Single
1 Bilik Air
Kemudahan Lain
Balkoni
Almari
TV
Telefon Rumah
Meja Makan
Kelengkapan
Penyangkut Baju
Sabun dan sampu segera
Cerek
Kopi dan Teh 3 dalam 1
Cawan
Meja Ringkas |
Harga Chalet
RM 165/malam (bilik standard)
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 4G
Celcom - 4G
Polisi/Peraturan
Check in : 2.00 p.m - 8.00 p.m
Check Out : 11.00 a.m - 12.00 p.m
Tempahan Online
Harga yang ditawarkan mungkin berbeza dengan harga yang penulis nyatakan di atas kerana bergantung kepada mata ganjaran dan promosi dari Agoda. Klik pautan di bawah, mana tahu kena dengan masa anda akan mendapat harga penginapan termurah.
2 Ulasan
akan saya pergi nanti semasa berbulan madu
BalasPadamterbaik...amat sesuai untuk yang baharu menyemai cinta hehe
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.