Masbro Village Homestay Melaka Warna Warni Ala Gamcheon Culture Village
Pernah terlihat kawasan perumahan dengan permandangan warna warni? Tidak kiralah dalam cerita atau dokumentari, banyak rumah sebegini menjadi tarikan pelancong untuk datang.
Masbro Village Homestay Melaka |
Sebagai contoh yang biasa dilihat adalah kawasan di Korea Selatan iaitu Gamcheon Culture Village.
Perkampungan Rumah Warna Warni
Mengambil gambar dan menikmati kawasan sekitar dengan permandangan rumah bewarna warni, antara kawasan dengan rumah warna warni di dunia ialah;
Jodphur, India
Bo-Kaap, Afrika Selatan
St. John's, Kanada
Chefchaouen, Morocco
Brighton Beach, Australia
Penulis senaraikan diatas beberapa kawasan dan perkampungan warna warni yang menjadi tarikan pelancongan untuk kawasan terbabit.
Rumah Warna Warni Di Malaysia
Adakah kawasan perkampungan sebegini di Malaysia ?
Ada sebenarnya, namun ia adalah perkampungan yang berupa chalet yang terletak di Melaka.
Lebih dikenali dengan nama Masbro Village Homestay.
Rumah Segitiga Warna Warni Masbro |
Masbro Village Homestay Melaka
Rumah warna warni Masbro Village Homestay ini terletak dalam kawasan bandar di Melaka.
Homestay ini lebih kepada rumah segitiga yang terdapat di Brighton Beach, Melbourne Australia.
Unit Chalet Masbro Village Melaka |
Nak dimasukan dalam kategori homestay, tetapi ia lebih kepada resort dan chalet kerana seumpama sebuah perkampungan menjadikan namanya diberikan gelaran homestay.
Resort Dengan Chalet Warna Warni
Warna untuk setiap unit chaletnya menjadi keunikan, yang dicat dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang terang. Ada kuning, merah jambu, biru dan pelbagai warna lain lagi.
Masbro Chalet Warna Warni |
Unit chalet ini dibahagikan kepada dua bahagian, ruangan bawah dan ruangan atas.
Tidak begitu besar ruangannya namun sesuai untuk 4 hingga 5 orang penginap dalam satu masa.
Jenis Bilik Masbro Village Melaka
Dekorasi Family Studio Masbro |
Bilik Tidur Masbro Village |
Faham sahajalah studio, dimana satu bilik tanpa partition, namun di sini dua bahagian dipisahkan dengan satu tangga.
Permandangan Tingkat Atas Chalet Masbro |
Di ruangan bawah juga terdapat katil dan tempat tidur selain dari ruang tamu dan dapur di bahagian paling jauh dari pintu.
Bilik dilengkapi dengan pendingin hawa dan disertakan juga kipas dinding.
Kolam Mandi Awam
Kolam Mandi Latar Rumah Warna Warni |
Kolam Mandi Masbro Village |
Untuk dewasa dan untuk kedalaman kanak-kanak dengan latar belakang nama homestay ini dibelakangnya.
Kemudahan Lain
Dapur
Memandangkan ia lebih kepada homestay, maka terdapat dapur untuk memasak. Bawa sahaja air fryer anda atau rice cooker untuk memasak. Dilengkapi dengan sinki dan dapur memasak. Sesuai dengan nama 'Family Studio'.
Dilengkapi juga dengan peti sejuk untuk penyimpanan makanan lebih lama.
Televisyen
Kemudahan Ruang Tamu Masbro |
Tidak akan sunyi suasana apabila berada di dalam chalet ini apabila disediakan hiburan berupa TV. Apalagi ketika sedang mengeringkan badan selepas mandi di kolam.
Bilik Air
Dua buah bilik air disediakan, kedua-dua bahagian disediakan bilik air.
Agak sederhana luas dengan kelengkapan mandi.
Kafe
Terdapat satu kafe atau kedai makan berdekatan dengan kolam dan ditengah perkampungan. Namun, sepanjang penginapan tiada sebarang kelibat petanda bahawa ia dibuka.
Pit Barbecue
Terdapat pit barbecue atau tempat untuk bbq, namun ia mungkin dikenakan bayaran tertentu.
Ulasan Penulis
Masbro Village Waktu Malam |
Semestinya kelebihan kawasan village ini adalah suasananya. Dengan warna warni dan dikelilingi belukar dan perkampungan penduduk sekeliling cukup indah apabila diabadikan dalam gambar.
Kemudahan dalam chalet juga lengkap walaupun tidak mewah. Kawasan parkir yang dekat dengan penginapan memudahkan memindahkan barangan dari kenderaan ke dalam chalet.
Masbro Village Melaka ini lebih kepada gabungan homestay dengan gaya hidup resort.
Kekurangan
Kafe yang ada tidak begitu beroperasi. Jika mahu mendapatkan makanan lain memerlukan penginap keluar dari kawasan village.
Kedudukan reception dan staf agak jauh dari kawasan penginapan, risau jika ada sebarang kecemasan yang berlaku, kelambatan pasti ada.
Bagi malamnya, cukup sunyi dan seumpama terbatas aktiviti malam melainkan aktiviti anda sendiri.
Boleh rujuk walktrough ringkas dengan video dibawah;
Informasi Pengunjung
Lokasi Homestay
Tidak begitu jauh dari exit Alor Gajah. Kedudukannya agak strategik kerana terletak di tengah negeri Melaka. A'famosa dan Pantai Klebang juga mudah untuk dikunjungi dari sini.
Masbro Village Homestay
Lot 291, Batu 7 ½,
Jalan Paya Rumput Perdana,
76450, Malacca
Bilik Tidur dan Bilik Air
2 Katil King
2 Bilik Air
Kemudahan Lain
Pendingin Hawa
Dapur Gas
TV
Ampaian
Private Parkir
Kawasan Parkir Masbro Village Melaka |
Kelengkapan
Penyangkut Baju
Sabun dan Sampu segera
Kopi dan Teh 3 dalam 1
Cerek
Gelas
Meja dan Kerusi
Peti Sejuk
Harga Homestay
RM268/malam
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 4G
Celcom - 4G
Polisi/Peraturan
Check In : 3.00 p.m
Check Out : 12.00 p.m
Tempat Menarik Terdekat
Bayou Lagoon Water Park
Tempahan Melalui Online
Boleh buat tempahan awal supaya senang berurusan. Dengan voucher dan diskaun kod promosi untuk tempahan melalui online. Boleh juga survey masa dan tarikh yang sesuai untuk membuat tempahan.
5 Ulasan
Dari sehari ke sehari nak cuba stay situ tp memanjang full...
BalasPadamtambah x leh rentas negeri dh.. alamat nya berkurun lagi ar nak jejak
ada masa nanti tu boleh merasa ambil gambar ala ala oversea kat sini..amin
PadamTeringin jugak nk stay. Cantik tmptnya
BalasPadamboleh la masukkan dalam senarai percutian akan datang..cantik bergambar
Padamteringin nk pegi sini tp x sempat lg.. cantikkk sgt
BalasPadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.