Senarai Kawasan (Point) Aktiviti Snorkeling Di Pulau Perhentian Terengganu
Datang ke Pulau Perhentian Terengganu jika tidak melakukan aktiviti air ini memang kerugian percutian anda.
Point Untuk Snorkeling Di Pulau Perhentian |
Apakah aktiviti tersebut ?
Ya! Snorkeling. Mana-mana percutian membabitkan pulau jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling.
Dalam itinerary percutian anda perlu isikan snorkeling sebagai satu aktiviti utama.
Walaupun tidak sehebat yang menyelam ( diving ), snorkeling cukup terbaik untuk dilakukan beramai ramai.
Lima Point Snorkeling Di Pulau Perhentian Terengganu
Di Pulau Perhentian terdapat lima 'spot' atau 'point' untuk anda snorkeling. Masing masing memiliki nama, gelaran dan keisitmewaan tersendiri.
Jom lihat apakah yang ada pada lima point snorkeling yang terdapat di Pulau Perhentian Terengganu ini.
1. Pantai Tiga Ruang (Tempat Permulaan Snorkeling)
Lebih kepada tempat permulaan untuk 'snorkeling'. Ia adalah sebuah pantai yang landai dan cantik panoramanya.
Pantai Tiga Ruang Pulau Perhentian |
Dengan 'contrast' panorama yang menarik hasil dari paduan warna biru langit, hijau hutan bukit, air laut biru muda kehijauan (turquoise) dengan hamparan pasir pantai memutih, meningkatkan semangat untuk 'snorkeling'.
Disini pengunjung akan diberikan peluang untuk membiasakan diri dengan peralatan 'snorkeling', mana tahu ada peralatan yang tidak sesuai seperti longgar, terlalu ketat dan kurang keselesaan bila dipakai.
Signboard Pulau Tiga Ruang |
Bolehlah membuat penukaran.
Di 'point' ini juga pengunjung boleh berlatih 'snorkeling' bagi yang masih pemula atau yang sudah lupa untuk bermain air.
Testing Snorkeling Gear |
Bukan sekadar tempat latihan snorkeling, disini terdapat juga ikan ikan dan batuan karangan.
Boleh saja melihat aksi hidupan laut dan susunatur yang ada di dasar air.
Masih cantik pandangannya.
2. Turtle Point (Kawasan Penyu)
Apabila anda sudah betul betul bersedia, ini adalah kawasan pertama untuk anda snorkeling.
Kawasan ini dinamakan 'Turtle Point'. Pastinya anda akan menemui penyu yang cukup popular dengan Terengganu.
Turtle Point Snorkeling |
Terjun terus dari bot, kerana 'spot' penyu berada agak jauh dari pantai. Salah terjun boleh tertelan air masin laut.
Penulis bernasib baik menemui penyu disini, walaupun cuma beberapa ekor. Penyu yang ditemui adalah penyu belimbing yang agak besar saiznya.
Penyu Tengah Makan |
Apa yang pasti, ketika itu, penyu tersebut sedang makan rumpai yang ada didasar hanya kelibatnya kelihatan jika tidak menyelam.
Close Up Penyu Pulau Perhentian |
Terima kasih kepada abang tekong bot kami, yang menawarkan diri untuk menyelam dan mendekati penyu tersebut serta membuat rakaman menggunakan action camera Gopro Hero 7 Black milik penulis.
Tanpa abang tekong tersebut, tiadalah 'footage' dibawah;
3. Fish Point (Kawasan Ikan Nemo)
Tujuan utama 'snorkeling' di kawasan ini adalah pencarian spesis ikan nemo. Ya! Kawasan ini penulis boleh berikan gelaran sebagai "Finding Nemo" point.
Fish Point Snorkeling Perhentian |
Disini adalah simpanan terumbu karang yang bewarna warni yang menjadi kawasan permainan ikan ikan laut yang bewarna warni.
Tidak hairan jika boleh menemui ikan nemo, dory dan sebagainya disini.
Sergeant Fish Swimming |
Kali ini penulis gagal menemui nemo, namun pelbagai spesis ikan dan haiwan laut yang ditemui dan sempat direkod dan dirakam.
Ikan Blur |
Memang cukup cantik seumpama lukisan alam, berlatar belakangkan terumbu karangan yang unik serta melihat ikan dengan pelbagai jenis berenang-renang mengelilingi karangan.
Penulis cadangkan bawa roti dan makanan yang sesuai untuk menarik perhatian ikan.
4. Shark Point (Kawasan Ikan Jerung)
Point seterusnya ini agak dalam juga, jika kamera atau telefon terjatuh sememangnya boleh dikatakan selamat tinggal.
Shark Point Snorkeling |
Tarikan di sini adalah taman permainan ikan jerung (ikan yu). Dari penceritaan, ikan jerung yang jinak dengan pelancong.
Penemuan Spesis Selain Jerung |
Sebenarnya, ia bergantung kepada musim. Pada kali ini penulis gagal menemui kelibat ikan jerung, akan tetapi banyak juga ikan dan hidupan laut yang lain boleh dirakam.
Snorkeling Laut Dalam |
Bagi yang 'gayat' mungkin akan meremangkan juga memandangkan dasarnya agak dalam.
5. Lata Air Berani (Kawasan Mandi/Bilas Badan)
Setelah penat menjelajah empat kawasan 'snorkeling' tiba masa untuk isi semula tenaga dan kesegaran (refresh).
Lata Air Berani Pulau Perhentian |
Di sini bukanlah aktiviti snorkeling menjadi keutamaan, masih boleh snorkeling di sini, memandangkan ia adalah sebuah pantai.
Namun, yang menarik di sini adalah air terjunnya. Mungkin gelaran 'air berani' adalah menjurus kepada nama air terjun.
Ceduk Air Terjun Sejuk |
Memang sejuk airnya, air yang datang dari celahan batuan bukit menuju ke laut. Dibina satu kolam untuk takungan airnya, setiap bot telah dilengkapi dengan satu 'gayung' untuk pelancong yang ada.
Sekadar Menjirus dan Membilas |
Cuba bilas dan rasai kesejukan air semulajadinya ke badan, memang rasa melekit air laut dan kepenatan 'snorkeling' tadi hilang bersama jirusan air berani.
Pengalaman Snorkeling Di Pulau Perhentian Terengganu
Lima point yang disenaraikan lebih kepada apakah aktiviti yang akan dilakukan ketika 'snorkeling' di Pulau Perhentian Terengganu.
Pengalaman Snorkeling Pulau Perhentian |
Secara serius, pengalaman 'snorkeling' di Pulau Perhentian memang terbaik. Rugi jika tidak merasai ke lima-lima 'checkpoint' untuk aktiviti 'snorkeling' di Pulau Perhentian ini.
Tempah Penginapan Di Pulau Perhentian
Berminat untuk snorkeling di Pulau Perhentian namun risau sukar nak jumpa tempat penginapan ? Jangan risau, jika kena dengan waktu dan tarikh sesuai Agoda dapat sediakan penginapan dengan harga diskaun dan voucher.
Cuba 'survey' tempat penginapan sekitar Pulau Perhentian melalui pautan dibawah;
Mungkin gambar agak kurang dari segi resolusi, tidak sempat untuk mengambil gambar secara terus.Gambar di 'snapshot' dari video footage menggunakan Gopro Hero 7 Black | Klik Sini untuk pembelian.
8 Ulasan
bro, gopro buat video dlm air leh rakam sound erk? ohsemm., ;p
BalasPadamboleh bang...ambil video...masuk editing software...snapshot...dapatlah gambar haha
PadamBila la nak bebas dan boleh merentas ni..
BalasPadamvaksin dah ada...inshaAllah dua tiga tahun ni semua kembali normal..amin
PadamPerhentian eh?? Belum sempat sampai..hehe..kita tunggu on rentas negeri :P
BalasPadamdah boleh rentas negeri...terus buat booking hahaha...
Padamantara aktiiviti yang menarik...saya suka
BalasPadamsarawak pun ada laut, best tinggal dekat dengan laut
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.