Kelebihan dan Keburukan Travel Card Credit Ketika Melancong
Mungkin anda selalu mendapat panggilan dari pihak bank atau pengeluar kad kredit yang mahukan anda memiliki kad kredit dari mereka.
Pros Cons Travel Credit Card |
Sungguh menjengkelkan bukan ? Sudah diberitahu bahawa tidak mahu namun masih memaksa untuk mendapatkan anda sebagai pelanggan.
Jika tahun tahun di belakang mungkin kad kredit boleh dikategorikan sebagai 'voodoo' dan kad yang membawa kehancuran.
Dari segi tips travel yang bijak terutama travel atau trip ke luar negara, memiliki kad kredit salah satu kepada tips bijak ketika melancong.
Kurang Penggunaan Tunai Ketika Travel
Zaman sekarang boleh dikatakan penggunaan tunai sudah begitu berkurangan. Salah satunya adalah untuk mengelakan kehilangan wang tunai atau kerosakan wang tunai.
Ini adalah salah satu dari mengapa kad kredit penting ketika travel.
Bagi lebih menyakinkan lagi anda mengapa kad kredit (credit card) sangat berguna ketika travel tidak kira, domestik atau luar negara.
Kelebihan Travel Card Credit
Penulis senaraikan beberapa kelebihan menggunakan kad kredit ketika melancong.
Kadar Tukaran Matawang Asing
Foreign Exchange atau Forex atau nilai tukaran matawang sering berubah mengikut negara. Sebelum ke luar negara semestinya anda akan menukar matawang dengan nilai matawang negara destinasi.
Anda boleh membuat tukaran wang jika tunai di pengurup wang berlesen yang ada.Tidak kira kaunter bank, kiosk Western Union, pengurup wang berlesen persendirian atau di lapangan terbang.
Jika anda membuat bayaran melalui kad kredit ketika membuat sebarang pembelian, kadar (rates) tukaran nilai wang lebih rendah.
Lagipun, mengikut kadaran semasa anda membuat pembelian berbanding anda menukar kadar nilai matawang tunai yang mengikut harga sebelumnya.
Insuran Melancong (Travel Insurance)
Setiap polisi Travel Card Credit memiliki insurans ketika anda menggunakannya.
Bergantung kepada pengeluar kad kredit anda.
Sebagai contoh, jika anda ingin membatalkan tiket penerbangan atau penerbangan anda kelewatan (delayed).
Ada polisi kad kredit melancong yang akan 'cover' untuk anda. Pastikan anda bertanyakan hal ini ketika ingin mendapatkan travel credit card.
Selain dari kes penerbangan, terdapat juga kad kredit travel yang datang bersama polisi insurans lain seperti kemalangan, sewa kereta dan isu berkaitan kerugian lain.
Perlindungan Kehilangan Wang (Fraud Protection)
Ketika sedang menikmati permandangan atau makanan yang menarik tiba tiba anda perasan dompet/beg duit anda hilang.
Dicuri atau jatuh entah di mana. Semestinya menjadi kekalutan di fikiran tambahan pula berada di tempat asing.
Di situasi inilah penggunaan kad kredit ketika melancong nampak faedahnya.
Bila berlaku kehilangan kad kredit anda pastikan anda terus menghubungi pihak travel card credit anda untuk membuat laporan, sekurang-kurangnya masih tidak kerugian berganda-ganda berbanding kehilangan wang tunai.
Mungkin kad kredit anda memiliki polisi mendapat pampasan mana tahu.
Ganjaran (Rewards)
Benda berkaitan kad dalam dompet anda biasanya ada nilai ganjaran. Kad bayaran stesen minyak seperti Kad Petron Smile, Kad Mesra, Bonuslink, atau kad e-wallet seperti Touch n Go pasti ada mata ganjaran.
Pemegang kad 'frequent flyer' penerbangan pun ada rewards, jika ada pengeluar kad kredit tidak memberikan ganjaran atau reward ini agak pelik.
Setiap kali anda menggunakannya pasti akan mendapat mata, paling tidak 1 poin bersamaan 1 sen.
Bagi tujuan travel pasti anda menginginkan ganjaran untuk kemudahan travel anda seperti diskaun tiket penerbangan atau sebarang harga murah untuk akses tertentu.
Rancangan Bajet
Penggunaan kad kredit ketika travel lebih memudahkan anda membuat perancangan belanjawan bajet anda.
Semestinya akan ada resit dari setiap transaksi ketika pembelian melalui kad kredit travel.
Anda boleh rancang penggunaan bajet anda dengan had (limit) yang boleh diubah. Bayangkan anda ada tunai yang banyak, rambang mata memilih pakej pelancongan atau cenderamata, pasti terhakis juga beberapa tunai anda.
Selain itu, tidak perlu anda pening kepala untuk memikirkan nilai tukaran matawang terlalu kerap.
Itu adalah beberapa Pros atau faedah anda menggunakan kad kredit ketika travel dan melancong.
Keburukan Travel Credit Card
Tidak semua adalah 'syurga' pasti ada 'nerakanya'.
Penulis akan kongsikan juga keburukan penggunaan kad kredit, lebih kepada masalah yang sering timbul apabila menggunakan kad kredit ketika melancong.
Yuran dan Bayaran Tambahan
Ini adalah faktor yang jarang suka didengar oleh pelanggan atau bakal pelanggan.
Setiap pembukaan akaun travel credit card pasti akan dikenakan yuran dan fi untuk kad kredit tersebut.
Kebiasaannya fi 'on the spot' juga ada. Seperti setiap pembelian akan dikenakan caj sekitar 2 atau 3 peratus dari nilai pembelian dan penggunaan kad kredit travel anda.
Mungkin sedikit pada angka, bayangkan jika ia membabitkan masa yang lama dan harga yang mahal.
Penerimaan Kad atau Penolakan Kad Kredit
Bagi satu satu pembelian atau kedai tidak semestinya memerlukan kad kredit untuk bayaran.
Lebih mengharukan apabila kad tersebut tidak boleh digunakan maka keindahan travel anda boleh menjadi sebuah naskah malapetaka.
Bayangkan anda ingin makan corn dog di sebuah gerai, adakah anda fikir mereka menerima kad kredit sebagai bayaran ?
Lebih mengharukan apabila tiada sebarang akses internet yang membolehkan anda 'swap' dengan senyum lebarnya.
Mahukah anda mengadaikan jam tangan anda ?
Pengenalan Diri (Identification)
Faktor ini walau jarang namun agak bahaya. Apabila bercerita mengenai wang atas angin sebegini mendapatkan pengesahan cukup penting.
Jika berlaku sebarang penolakan dan gagal membuat pengesahan bahawa kad kredit tersebut milik anda ia mungkin merumitkan.
Silap hari bulan mungkin anda akan bermalam di dalam lokap berbanding tilam empuk di hotel 5 bintang.
Pilih Travel Credit Card Mengikut Keperluan Travel
Setiap barang/kemudahan ada pros dan cons nya. Travel credit card sesuai untuk mereka yang bijak dan sesuai menggunakannya.
Mereka yang sentiasa berfikiran selangkah jauh dari fizikalnya dan yang tidak begitu tamak dengan kesenangan.
Harap info ini dapat membantu anda sebagai seorang traveler dalam memilih antara wang tunai atau kad kredit ketika melancong.
Teknologi adalah 'bantuan' bukannya 'talian hayat'
2 Ulasan
Terima kasih untuk perkongsian ini , mujur tak gemar sangat guna kad kredit
BalasPadamharap membantu rakan rakan...ada pro and con semua ikut keadaan dan kebijaksanaan
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.