Menginap Di Adang Sea Eco Lodge & Divers Centre Koh Lipe Thailand
Setiap kali mencari penginapan, tidak kira chalet, homestay atau hotel, harga yang berpatutan adalah pilihan utama.
Adang Sea Lodge Koh Lipe Review |
Tambahan pula apabila berkunjung ke negara orang, kawalan harga dan bajet perlu diutamakan.
Kawasan pulau biasanya penulis sudah boleh faham dengan 'rate' harga penginapan yang ada. Dari mahalnya penginapan hotel sehinggalah penginapan versi dorm, ya dorm berkongsi bilik air.
Penulis berpeluang ke luar negara, namun tidak begitu jauh hanyalah Thailand.
Koh Lipe secara perincinya.
Kadar Penginapan Murah Di Koh Lipe
Jika mahu mendapatkan kadar (rate) penginapan yang cukup murah, biasanya penginapan dengan tema 'divers' adalah pilihan.
Pergilah ke mana-mana pulau atau penginapan berdekatan laut, jika penginapan berasaskan singgahan 'divers' atau penyelam pasti harganya agak murah.
Yalah, jika anda seorang diver semestinya akan menumpukan kepada aktiviti menyelam tidak kisah akan keadaan bilik.
Oleh kerana ingin mendapatkan sewaan bilik yang murah ketika berada di Koh Lipe Thailand.
Penulis memilih untuk menginap di
Adang Sea Divers & Eco Lodge Koh Lipe Thailand
Adang Sea Eco Lodge Entrance |
Kedudukan Adang Sea Divers di Koh Lipe Thailand
Dari segi kedudukan dari jeti utama, sebenarnya ia agak jauh. Perlu merentas Pulau Lipe itu sendiri. Namun kedudukannya senang ditemui memandangkan Koh Lipe bukanlah pulau yang cukup besar.
Jika diamati pada peta dunia, Adang Sea Divers ini terletak di bahagian bertentangan dengan gigi air laut dari jeti.
Jika barang banyak bolehlah mendapatkan tuk tuk, jika sekadar backpack yang dibawa, boleh melintasi The Walking Street Koh Lipe untuk ke Adang Sea Divers Lodge.
Agak terpinggir tempatnya dan anda boleh melihat perkampungan disebelah kawasan lodge ini.
Persekitaran Luar Lodge
oleh kerana ia terpinggir sedikit kedudukan dari kawasan tumpuan ramai di pulau, maka suasana kampung jelas dilihat dan dirasai.
Adang Sea Koh Lipe Environment |
Kawasan kampung yang berpasir dengan litupan pohon sederhana tinggi sekali sekali anda perlu dengari dan elak beberapa buah motosikal dan tuk tuk yang melalui jalan tanah berpasir.
Jika diolah dari segi 'cinematic' seumpama dari kawasan riuh rendah semakin pudar (fade) secara perlahan lahan kebingitan tersebut sebelum kedengaran desiran ombak.
Adang Sea Divers di lingkungi dengan pagar yang ringkas. Memang eksotik sebenarnya kawasan ini. Nilai estetiknya yang diadun kawasan kampung terbaik untuk pencari seni dan geng acah acah hipster.
Jenis Penginapan di Adang Sea Divers
Mula mula masuk melepasi gerbang yang indah dengan dekorasi kayu dan alam semulajadi, pengunjung akan dihidangkan dengan suasana redup dengan tone warna kayu kiri dan kanan.
Swan On Bed |
Sebelah kirinya penulis terlihat deretan struktur binaan dengan kayu dan kanan pula struktur penginapan dengan konkrit dan simen.
Redup datangnya dari pohon celagi yang agak besar melitupi sekitar lodge dan penginapan.
Banyak pilihan bilik yang ada di Adang Sea Divers Koh Lipe ini. Mengikut bajet dan durasi percutian anda.
Antara bilik yang ditawarkan untuk pengunjung adalah;
Queen Room
Twin Room
Bungalow
Standard Double Room with Fan
dan beberapa jenis lagi, boleh rujuk pautan Agoda di bawah untuk senarai bilik lain beserta harga semasa.
Queen Room Adang Sea Diver Koh Lipe
Memandangkan penulis berdua dengan pasangan maka memilih katil jenis queen adalah pilihan terbaik.
Katil Bersaiz Queen |
Pastinya bilik ini dilengkapi dengan satu katil bersaiz queen yang ketika itu dihamparkan dengan cadar bewarna biru tipikal cadar di asrama ketika penulis masih bersekolah.
Tiada sebarang pendingin hawa ditemui melainkan kipas pada dinding.
Satu bilik air lengkap dengan tandas dan air pancuran. Alatan mandi juga disediakan.
Bilik Air |
Sebuah para kayu (bukan almari) disediakan untuk meletakan beg, bagasi atau barangan kecil seperti jam, dompet atau 'snapback'.
Menariknya adalah kawasan luarnya yang memiliki balkoni untuk santai minum kopi dan makan keropok lekor (jika ada).
Balkoni |
Bertambah baiknya apabila penulis dapat bilik yang berada di sebelah pohon yang agak besar, santai petang dengan makanan snek dari The Walking Street memang terbaik.
Pantai Persendirian Adang Sea Lodge
Sunrise Adang Sea Koh Lipe |
Restoran Adang Sea Divers
Adang Sea Koh Lipe Restaurant |
Ulasan Penulis
Kelebihan
Panorama dan suasana yang sukar ditemui di tempat lain, apalagi dengan pantainya yang cukup mendamaikan.
Jangan risau ini bukan ulasan berbayar, memang jika anda inginkan percutian pantai, negara orang dan dengan minda minimalist ini mungkin pilihan anda untuk menginap.
Memandangkan resort ini menghadap ke arah timur, maka sesuai untuk menikmati panorama matahari terbit di pagi hari.
Penjaga resort juga cukup peramah meskipun bukan orang tempatan (mat saleh). Walaupun dengan 'broken english' janji difahami itu sudah memadai.
Orang tempatan yang menjadi pekerja di resort ini, turut senyum dan peramah apabila bertemu atau berselisih ketika di jalanan.
Layanan yang diperoleh masih terbaik.
Kekurangan
Dari segi keburukan tidak begitu banyak yang penulis boleh kongsikan melainkan bergantung kepada kegemaran pengunjung.
Jika anda seorang yang cukup hiruk pikuk orangnya mungkin sini tidak begitu sesuai.
Lokasinya agak jauh dari 'happening' Koh Lipe itu sendiri.
Mungkin ada sedikit kesunyian pada waktu tertentu di sini jika anda bukan datang untuk pakej menyelam.
Mungkin juga ada 'bias' dan rasa 'awkward' jika dalam ramai ramai penginap anda bukan datang untuk menyelam.
Bagi memahami lebih lanjut boleh rujuk video review ringkasan di bawah, selamat menonton;
Informasi Pengunjung
Lokasinya menghadap matahari terbit. Berjalan kaki dari jeti mungkin mengambil masa setengah jam dan hanya 10 minit dengan tuk tuk.
Adang Sea Divers & Lodge
Ko Tarutao,
Koh Lipe,
Satun 91110,
Thailand
Bilik Tidur & Bilik Air
Satu katil Queen
Satu bilik air
Kemudahan Lain
Balkoni luar dengan kerusi plastik
Tiada TV
Kipas
Tempat letak barang
Kelengkapan Bilik
Kelengkapan Bilik |
Penyangkut baju
Kelambu Nyamuk
Harga Bilik
RM 120 ~ RM150 per malam
(boleh rujuk pautan agoda di bawah untuk harga dalam Ringgit Malaysia semasa)
Liputan Data/Internet/Komumikasi
*bergantung kepada pembelian data dan plan internet di Koh Lipe
Hubungi
+66 90 070 0233
Tempahan Penginapan Secara Online
Boleh rujuk pautan Agoda di bawah untuk sebarang promosi harga dan waktu tempahan yang sesuai dengan tarikh dan bajet anda. Mana tahu harga yang anda akan dapat lebih murah pada masa tertentu, boleh klik pautan di bawah;
*maaf untuk resolusi beberapa gambar yang kurang sedap dilihat. Gambar bersumberkan snapshot dari video Gopro Hero 7 Black. Bantu penulis mendapatkan mirrorless M100 pun cukup =p
8 Ulasan
lama sgt dh x merasa travel ke oversea ni.. hmm... best tmpt mcm ni
BalasPadambila vaksinasi covid dah capai herd community..insha Allah sektor pelancongan akan aktif semula
PadamSesuai untuk backpackers! Nasib baik bukan dorm yg jenis sharing2 tu xD
BalasPadamKoh lipe ni memang pulau yg cantik, tpi lepas saya tengok kat google maps tu, taktau pulak yg pulau dia ni atas sikit je dari langkawiii
simple dan bajet murah..biasalah accommodation dalam bilik yg simple...
Padamkoh lipe memang sebelah langkawi...90 minit naik feri...ramai yg datang dari langkawi
Syoknya kalau dapat bercuti di Koh Lipe ni. Cantik dan selesa nampak chalet tu. Nak jalan dalam negara pun masih menanti waktu yang sesuai. Oversea ni kena tunggu lagilah nampaknya.
BalasPadamkoh lipe ni antara oversea yang agak dekat dengan Malaysia...kalau bukan kerana persempadanan mungkin pulau ni dalam Malaysia juga hehe...
Padamdah boleh rentas negeri nanti boleh la cuba ke koh lipe pula
Bestnya ke sana..alaaahhh bila boleh pegi nih ermmmm
BalasPadamInshaAllah...ada rezeki nanti tu amin...dekat saja Koh Lipe dengan Malaysia hehe
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.