Bila bercerita mengenai camping atau berkhemah pasti ada yang membayangkan memasuki hutan tropika dan belukar sebelum mendirikan khemah. 

Senarai Tempat Glamping Popular Di Malaysia
Senarai Tempat Glamping Popular Di Malaysia
 

Sama juga yang boleh penulis kaitkan dengan pengalaman penulis berkhemah, ingat aktiviti perkhemahan terus terbayang zaman penulis mengikuti aktiviti perkhemahan ketika aktif dalam persatuan pengakap.

Dari pengalaman penulis sendiri penulis ada beberapa pengalaman perkhemahan sebagaimana penulis katakan tadi ketika zaman perkhemahan pengakap zaman sekolah dan beberapa aktiviti ketika dewasa. 

Pengalaman Camping Sendiri

Pernah juga penulis berkhemah di hutan dan gunung ketika mengikuti aktiviti pendakian (hiking) ketika zaman kolej dan setelah berkahwin, penulis ada berkhemah di sendirian di Pantai Bagan Lalang bersama isteri.

Itu adalah perkhemahan biasa yang memerlukan cabaran dan agak rimas jika ingin bersantai.

Usah risau dan usah panik jika anda seorang yang tidak begitu sukakan aktiviti cabaran dan inginkan perkhemahan yang santai dan seumpama aktiviti travel lain.
 

Terdapat satu aktiviti dan tema perkhemahan yang agak popular sekarang iaitu Glamping.

Glamping adalah gabungan dua perkataan 'Glamour' dan 'Camping'. Namun, demi keselesaan semestinyalah memerlukan bayaran untuknya. 

Pakej Menarik Glamping Di Malaysia

Terdapat beberapa tempat dan pakej menarik untuk anda yang ingin menjadikan aktiviti perkhemahan sebagai salah satu aktiviti travel selain menginap di dalam hotel, resort, chalet atau pun homestay.

Penulis senaraikan beberapa pakej perkhemahan yang ada di Malaysia yang boleh anda cuba dan sertai;

1. Lolo Mike's Eco Farm Staycation Di Kerling Selangor

Lolo Mike Eco Farm
Lolo Mike Eco Farm | Google Image


Walaupun ia mungkin dalam kategori singgahan homestay namun oleh kerana kawasan persekitaran dikelilingi oleh hutan dan bukit bukau masih boleh dikategorikan sebagai camping. 

Disini pengunjung akan diajak untuk menikmati alam dengan lebih dekat. Bukan sahaja menikmati sahaja, pengunjung boleh juga mencuba sendiri membela haiwan ternakan seperti ayam dan haiwan ternakan yang ada.

Sesuai untuk famili bandar yang sukar untuk menemui suasana kampung, sini merupakan simulator untuk pengalaman berada di kampung.

Di Eco Farm ini, pengunjung boleh memilih untuk mendapatkan itinerary percutian untuk 3 hari dua malam atau 2 hari satu malam.

Harga : RM 178

Durasi Penginapan : 2H1M/3H2M

Beli Tiket Online : Lolo Mike Eco Farm Package

2. Lost World of Tambun Glamping/Floating Chalet Di Ipoh Perak

Lost World of Tambun Glamping
Lost World of Tambun Glamping | Google Image
 Lost World of Tambun Ipoh tidak begitu asing lagi dengan aktiviti taman tema. Glamping adalah salah satu darinya. 

Dengan persekitaran alam semulajadi yang asli, dengarkan bunyian alam seperti cengkerik dan hembusan angin pada daunan hutan dalam keadaan selamat.

Disediakan khemah untuk yang ingin dekat dengan suasana alam ketika malam dengan dihiasi bintang ketika cuaca terbaik.
 

Alami sendiri itinerary sebagaimana perkhemahan yang biasa dilakukan seperti bbq, aktiviti air dan pengalaman tidur di dalam khemah.

Pengunjung boleh lakukan aktiviti glamping untuk 2 hari dan satu malam disini.

Harga : RM 650

Durasi Penginapan : 2 Hari 1 Malam

Beli Tiket Online : Lost World of Tambun Glamping Package

3. Royal Belum State Park Camping Experience Gerik Perak

Royal Belum Camping
Royal Belum Camping  | Google Image


Jika anda pernah dengar akan hutan Belum di Perak, ini adalah peluang anda untuk berkhemah disini. 

Hutan Belum memang merupakan hutan belantara dengan pasakan gunung-ganang di banjaran Khatulistiwa.

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk berkhemah dan menerokai hutan belum, disini penulis berikan peluang dan ruang untuk anda.
Dilengkapi dengan kemudahan dan bantuan serta anggota keselamatan yang menjaga.

Inginkan pengalaman percutian dengan unggun api dengan paparan sungai dengan alunan haiwan hutan hujan tertua di Malaysia? Inilah tempatnya.

Harga Tiket : RM 585

Durasi Penginapan : 2 Hari 1 Malam

Beli Tiket Online : Royal Belum Camp Site Package

4. Glamping Experience with ATV Adventure Di Taiping Perak

Glamping ATV Taiping
Glamping ATV Taiping | Klook.com


Tempat ini adalah syurga bagi penggemar perkhemahan dan sukan ATV (All Terrain Vehicle). Dengan lebih 20 halangan menunggang ATV dalam suasana alam semulajadi pasti menjadi pilihan pengunjung yang sukakan aktiviti lasak.
 

Dengan tinggal di dalam khemah yang didirikan khas untuk pengunjung.

Nikmati aktiviti lasak bersama ATV di siang hari dan nikmati serta hilangkan lelah dengan suasana camping di malam hari.

Harga Tiket : RM180

Durasi Penginapan : 2 Hari 1 Malam

Beli Tiket Online : Glamping Experience ATV Taiping Package


5. Safari Camp Staycation with The Orchard Wellness Resort Malacca

Safari Camp Staycation with The Orchard Wellness Resort
Staycation The Orchard Wellness | Klook.com
 

Dengan tema staycation, anda akan pulang dengan pelbagai kenangan indah selepas berada di camp site ini. Dengan suasana safari terbaik untuk pencinta flora dan fauna.

Cukup lengkap aktiviti yang disediakan sesuai dengan tema glamour dan camping yang dicari. Terdapat kolam renang bersaiz olimpik, aktiviti memancing juga ada dan yang sukakan kelas yoga pun ada.

Harga Tiket : RM450

Durasi Penginapan : 2 Hari 1 Malam

Beli Tiket Online : Staycation The Orchard Wellness Resort Melaka Package


6. Sea Horizon Resort Glamping Suite with Breakfast Staycation Di Johor

Sea Horizon Resort Glamping
Sea Horizon Resort Glamping | Twitter


Tidur dan baring sambil melihat bintang di malam hari dengan mencuba khemah yang dibina untuk pengunjung merasai sendiri pengalaman glamping.
 

Tambahan pun menghadap laut pasti lebih memberikan pengalaman berharga yang mampu menghilangkan kerisau dan kesibukan selama ini.

Naik basikal dan berkayak antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan rakan.
 

Apalagi yang anda mahukan, tidur dengan ditemani bintang dan bulan dan bertemankan deruan bayu laut.

Harga Tiket : RM150

Durasi Penginapan : 2 Hari 1 Malam

Beli Tiket Online : Sea Horizon Glamping Suite Package


7. Mount Kinabalu Camping Under The Stars Experience Di Sabah

Camping Gunung Kinabalu Sabah
Camping Gunung Kinabalu Sabah | Klook.com


Sabah banyak tempat menarik. Bukan sahaja popular dengan kawasan hawa dingin akan tetapi banyak tempat yang boleh mendekatkan pelancong dengan alam semulajadi.

Gunung Kinabalu memang terkenal dengan aktiviti manusia bersama alam semulajadi apalagi dengan permandangan dan hawa yang sememangnya sukar ditemui di tempat lain. 

Tidur di dalam khemah dan nikmati suasana malam dengan bintang dan mungkin boleh terlihar meteor menerangi malam.

Dengan ketinggian 1000 meter dari aras laut, pasti ia merupakan perkhemahan yang jarang tidak meninggalkan kenangan yang berharga.

Harga Tiket : RM 726

Durasi Penginapan : 3 Hari 2 Malam

Beli Tiket Online : Mount Kinabalu Camping with Stars Package

 

8. Polumpung Melangkap Di Kota Belud Sabah

Polumpung Melangkap Camp Site
Polumpung Melangkap Camp Site | Facebook
  

Tidak berpeluang untuk menyentuh dan merasai air dari Gunung Kinabalu, tidak mengapa.

Di Polumpung Melangkap, ada airnya yang datang dari Gunung Kinabalu. Campsite didirikan di sini dengan menjadikan air sungai dari Gunung Kinabalu sebagai 'tulang belakang'.

Selain berkhemah, anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti disini dengan rekaan dan selenggaraan dari pakar.

Pilih Set dan Platter Glamping Anda Sendiri

Jika diatas penulis senaraikan tempat menarik glamping yang memerlukan anda ke destinasi tersebut, boleh juga anda memilih kawasan glamping anda sendiri dengan sewaan set perkelahan dengan pakej

 Instagrammable Picnic Rental Sets

Anda boleh memilih dimana anda ingin berkelah dan camping, inginkan set picnic dan platter yang ala ala glamping. Boleh buat tempahan, pengurusan perkhidmatan ini akan membantu anda menyediakannya.

Harga Tiket : RM90

Durasi Penginapan : -

Beli Tiket Online : Instagrammable Picnic Rental Sets Package

Pilih Antara Travel Glamour dan Camping

Demikian beberapa cadangan dan senarai penulis berikan kepada mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan (camping) cara moden.
 

Dari senarai tersebut, terdapat 'staycation' perkhemahan yang lebih kepada glamour dan kehidupan moden dan ada juga yang terbaik untuk pencinta alam ketika travel.

Harap membantu anda untuk mencuba dan merasai pengalaman GLAMPING!


9 Ulasan

  1. Tak pernah lagi ada pengalaman glamping. Dapat berglamping lepas PKP ni syok jugak ni. Thanks share. Bolehlah plan plan lepas ni.

    BalasPadam
  2. Tak pernah jgk try glamping tp klu ada peluang nk jgk try sekali hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba stail baharu...lupakan sementara hotel, homestay atau chalet

      Padam
  3. Tak pernah lagi galmping. Teringin juga nak cuba nanti ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah cuba bolehlah nanti kongsi pengalaman hehehe

      Padam
  4. Saya selalu camping je, glamping tak pernah lagi cuba walaupun dah usha banyak tempat2 glamping yg cantik. Tapi glamping dgn camping ni lebih kurang jelah kan, cuma penginapan glamping jauh lebih selesa berbanding camping yg tidur tk beralaskan tilam hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. glamping ni lebih kepada berkhemah level hotel hahaha...

      Padam
  5. Honestly saya merasakan experience camping tuh cuma sekali, pas masih sekolah dulu. Itupun hanya di halaman belakang rumah papa, dan jam 2 pagi kami semua pindah ke kamar Krn tak bisa tidur sebab panas 😂.

    Tapi kalo glamping saya sukaaaaaa. Di Jakarta dan Bandung kebetulan banyaaak yang sudah menawarkan resort untuk glamping. Saya lumayan Amazed pas lihat fasilitasnya sama seperti hotel berbintang 4. Walaupun tanda, tapi ukurannya besar, ada AC, tempat tidur king koil, dengan view cantik di pegunungan kebanyakan. Dan saya lebih suka yang begini, memanglah pricey, tapi pengalamannya worth it.

    Nanti kalo traveling dah dibuka di mana2 negara, saya nak balik ke Malaysia dan merasakan glamping di sana. Dari list di atas, tertarik sangat dengan yang nomor 5. Kliatan luxury

    BalasPadam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.