Bukit Keluang bukanlah tempat yang asing bagi penulis. Mula-mula penulis mengenali kawasan Bukit Keluang adalah ketika penulis diterima masuk ke MRSM Kota Putra Besut sekitar 2002. 

Aktiviti Menarik di Bukit Keluang Besut
Aktiviti Menarik di Bukit Keluang Besut
 

Bukit Keluang hanyalah padang pasir putih dengan rimbunan pokok gelam dengan cuaca memeritkan. Pantainya biasa sahaja tiada sebarang kelibat manusia melainkan penduduk tempatan.

Namun, kini ia merupakan salah satu tempat percutian tarikan yang mula dikenali.
Dengan simbolik hiking di Bukit Keluang, kawasan pantainya juga mula hidup.

Kehadiran pelancong memberikan peluang kepada peniaga tempatan menambahkan lagi suasana yang dulunya hanya menjadi kawasan penulis beriadah menaiki basikal 'rally' yang kini sudah mula tersenarai dalam laman-laman sesawang pelancongan di Terengganu.
 

Senarai Aktiviti Di Bukit Keluang Besut Terengganu

Mungkin ada yang tidak tahu dan ingin mengetahui apakah tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan di Bukit Keluang.

Penulis senaraikan beberapa aktiviti yang pernah dan belum lagi penulis sendiri alami di Bukit Keluang.

1. Mandi Manda

Terkenal dengan pantai yang pasirnya putih dan litupan pohon rhu yang membarisi pesisir laut, jika tidak menikmati air laut yang biru kehijauan agak tidak kena apabila berkunjung ke Pantai Bukit Keluang.
 

Dengan had jarak yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib sekitar, pengunjung yang mandi tidak akan hanyut ke laut lepas.

Faktor keselamatan dijaga, terdapat personel yang akan memantau dan sewaan jaket keselmatan disediakan.
 

Seumpama satu kawasan mandi persendirian, namun pastikan bahawa anda mandi di dalam kawasan yang telah disediakan.
 

2. Berkelah

Ada laut, ada pantai, ada hembusan angin dan kawasan pasir pantai yang luas, rugilah jika tidak berkelah atau berpiknik.
 

Datang melihat keindahan ciptaan Tuhan sambil menikmati rezeki dariNya sudah menjadi kepuasan.

Apa lagi ia menjadi penyebab untuk keluarga, rakan rakan atau kumpulan untuk bersatu semula (reunion). Usah khuatir jika anda sukar memilih makanan yang ingin dibawa.
 

Beli sahaja di sekitar kawasan pantai deretan kedai-kedai makan dan pelbagai barangan pantai disediakan.

Bagi penulis, kalau berkelah di pantai, ada bihun goreng dengan keropok ikan keping goreng sebagai sudu itu sudah mencukupi

3. Hiking Bukit Keluang

Sejujurnya sudah empat kali penulis menawan Bukit Keluang apabila pulang ke kampung.
Bukit ini tidaklah begitu tinggi, dengan ketinggian Bukit Keluang 346 meter dari paras laut (1135 kaki dari mean sea level) sesuai untuk beginner atau famili yang ingin santai bercuti dengan tema mencabar.

Walaupun penat mendaki yang mengambil masa sekitar 15 minit jika tidak berhenti, akan terubat kepenatan apabila berjaya melihat panorama dari udara di puncak Bukit Keluang besut.
 


Jangan lepaskan peluang bergambar dengan mercu tanda Bukit Keluang dengan latar belakang Pulau Rhu.

Harga : Percuma

4. Banana Boat Pulau Rhu

Jangan ingat Pantai Bukit Keluang Besut tidak segah Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan atau Pantai batu Feringghi di Penang. Aktiviti yang popular di Paradise 101 Island Langkawi ini juga ada di sini, iaitu menaiki Banana Boat.
 

Pengunjung akan dibawa menunggang banana boat dari pesisir Pantai Bukit Keluang Besut mengelilingi Pulau Rhu yang tersergam menghadap pantai ini.

Percikan air laut dengan hembusan angin pasti ditemani dengan rasa teruja dan gelak ketawa bersama.

Harga : RM20


5. Snorkeling Pulau Rhu Besut

Aktiviti ini ada kaitan dengan banana boat. Anda menaiki banana boat dari Pantai Bukit Keluang dalam pakej tertentu terdapat aktiviti snorkeling di sekitar Pulau Rhu dalam misi mencari ikan nemo selama satu jam.
 

Jika berjaya menemui ikan nemo, bonus kepada anda.

Harga : RM35 (termasuk banana boat, bergambar di gua)

6. Menikmati Juadah Tempatan

Makan boleh dikategori sebagai 'aktiviti' juga. Memandangkan Bukit Keluang terletak di sempadan antara Kelantan dan Terengganu, kawasan Besut memang kaya dengan makanan yang pasti sedap dari pantai Timur.
 

Dapatkan makanan dan kuih muih yang jarang anda nikmati di mana-mana, kecualilah anda anak tempatan pantai timur.

7. Membeli Belah

Dengan tarikan yang disenaraikan di atas, maka ia menarik para peniaga untuk mencari rezeki. Bukan sahaja peniaga makanan terdapat juga gerai dan kedai jualan barangan tempatan dan cenderamata untuk di bawa pulang.

Batik, kain sarung dan ole ole lain boleh sahaja di dapati di sini.

8. Paragliding

Permainan ini bunyinya agak 'oversea' dan bangsawan sedikit. Namun, memang terdapat aktiviti yang dilakukan di sini, di Bukit Bubus iaitu bukit bersebelahan Bukit Keluang.
 

Jika dengan harga RM100 untuk 10 minit dan 15 minit penerbangan dengan dilengkapi kamera aksi seperti GoPro, penulis menarik balik aktiviti ini di Bukit keluang sebagai aktiviti bangsawan.

Dengan harga paragliding tersebut cukup berbaloi dengan pengalaman dan kepuasan.

Harga : RM100 (10-15minit)

9. Memancing

Mungkin ramai yang tidak tahu, namun, ada kawasannya. Carilah kawasan yang sesuai, takkan pula memancing di kawasan orang mandi manda.
 

Penulis pernah memancing di kawasan Bukit Keluang, lalui penghujung jalan menuju tempat permulaan mendaki pasti akan bertemu pertemuan sungai dengan laut di hujungnya. Boleh saja memancing, dengan risiko sendiri.

Kawasan Pantai Bukit Keluang masih luas, boleh sahaja membuat balingan dikawasan sekitar pantai.

Pengalaman Berkelah dan Bercuti Di Bukit Keluang Besut

Penulis senaraikan sendiri beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila bercuti di sekitar Bukit Keluang Besut Terengganu.
 

Dari pengalaman sendiri yang banyak kali berkunjung di sini walaupun bukan lagi belajar di sekitar sini.

Bukit Keluang merupakan junior kepada tempat menarik sekitar Kelantan dan Terengganu. Tidak rugi untuk berkunjung ke sini.
 

Hari demi hari Bukit Keluang Besut makin diminati pelancong domestik dan  bukan domestik untuk berkunjung. 

Cara Untuk Ke Bukit Keluang Besut

Melalui Darat

Bas - Boleh turun di stesen bas Kuala Besut
Grab - Terus menuju ke Bukit Keluang

Melalui Udara

Turun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu Kelantan.
Lebih dekat berbanding Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu.

Bagi yang ingin mencuba dan merasai sendiri pengalaman aktiviti di Bukit Keluang boleh gunakan pautan di bawah untuk pemilihan penginapan sekitar Bukit Keluang mengikut harga dan bajet percutian anda.

2 Ulasan

  1. Saya padahal 4 tahun studied di salah satu private collage di Penang ,tapi selama belajar, jarang lah nak kemana2 keliling Malaysia pas cuti -_-. Kalopun travel, paling juga hanya ke KL, Kedah, Pahang , itu je.. menyesal tak sempat ke Kelantan, dll.

    Kalo nanti dah bisa balik Malaysia, saya nak lebih eksplor destinasi wisatanya, termasuk bukit Keluang nih. Aktifitas Paragliding dah pastilaaaah nak saya cobaaa ❤️. Sukaaa sangat extreme activity yang related Ama ketinggian nih. Trakhir ke KL saya senang bisa experience Dining In The Sky, yang mana diangkat oleh crane 50 meter untuk makan di ketinggian . Seru sangaaaat. Dah lama tak memacu adrenalin :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. pertama sekali terima kasih sudi mampir di blog ini,

      nanti bila sudah boleh rentas negara datanglah Malaysia lagi kami alukan..banyak juga tempat untuk hiking atau trekking di Malaysia

      terbaik tu pernah dining in the sky

      saya pun dah lama mahu travel ke Indonesia, cuma belum berkesempatan. Pingin mahu travel sekitar Jogja dan sekitar

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.