Alam semulajadi adalah penawar terbaik kekalutan dan kebosanan kepada manusia.
Apalagi aktiviti percutian dan rekreasi yang membabitkan air.

Air Terjun dan Penginapan Di Lembah Klang Selangor
Air Terjun dan Penginapan Di Lembah Klang Selangor

Pantai dan air terjun adalah kawasan percutian rekreasi minda dan fizikal yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia.

Deruan air deras menembusi batuan dengan percikan air yang terbias adalah tipikal karakter kawasan air terjun. Berbanding air laut di pantai yang masin, air terjun adalah air bersih tawar yang menyejukan.

Kawasan air terjun biasanya terletak pada kedudukan agak hulu jika di Malaysia. Banjaran Titiwangsa di Malaysia adalah kawasan tadahan hujan yang membentuk kawasan air terjun.

Kadang-kadang agak sukar untuk ke destinasi air terjun kerana jaraknya agak jauh. Namun, dalam banyak banyak kawasan rekreasi air terjun terdapat juga kawasan yang telah didirikan kawasan penginapan seperti chalet, homestay atau kawasan perkhemahan.

Senarai Kawasan Air terjun Lengkap Penginapan Di Lembah Klang dan Selangor

Kali ini penulis akan kongsikan senarai kawasan air terjun yang disediakan tempat bermalam atau tempat untuk menginap.

1. Kalumpang Resort & Training Centre


Destinasi penginapan ala agro dengan dusun buah buahan tempatan dengan keluasan sekitar 17 ekar. 

Terbaik untuk pengunjung yang datang untuk bermalam nikmati suasana kampung yang jarang ditemui di bandar.

Dengan 70 buah unit chalet yang dibina dengan pelbagai rekabentuk pasti menambah kan lagi suasana damai dan tenang.
 

Seminar dan kursus juga boleh diadakan disini.

No. Lot 426 & 427,
Jalan Sungai Inki,
Kampung Pasir Putih,
44100, Selangor


Waktu Operasi : 9 a.m hingga 6 p.m (Setiap Hari)

*Harga Penginapan : RM200/malam, RM10/masuk

Hubungi : 019-5583630

4.1/5.0 (239 reviews)

2. Kemensah Valley (KV) Recreation And Chalet

Rasai pengalaman bermalam dan aktiviti dalam hutan disini dengan pelbagai aktiviti disediakan seperti memancing, trekking dan merentas hutan.
 

Penat dengan aktiviti menarik, boleh adakan barbeku dan perkelahan bersama famili dan rakan rakan.

Tidur dan bermalam pula dalam chalet yang disediakan ditemani 99% alam semulajadi.

Jalan Kampung Orang Asli,
Kampung Kemensah,
68000 Ampang,
Selangor


Waktu Operasi :
9 a.m hingga 6 p.m (Setiap Hari)

*Harga Penginapan : RM180/malam, RM5/masuk

Hubungi : 012-327 0679

4.0/5.0 (365 reviews)

3. Teratak Tokwan Rawang

Bangun dari homestay selepas menunaikan kewajipan kepada Tuhan terus nikmati alam semulajadi dari luar dengan kabus dinihari dan tusukan bayu pagi yang menyegarkan.
Itu pengalaman yang mungkin pengunjung rasai apabila bermalam di Teratak Tokwan ini.

Dengan panorama sekeliling yang menyegarkan minda dan fizikal ditambah pula dengan pelbagai aktiviti dan tarikan ala kampung yang ada.

44, Jalan Sepakat,
Kampung Melayu Batu 16,
48000 Rawang, Selangor


Waktu Operasi : 9 a.m hingga 6 p.m (Setiap Hari)

*Harga Penginapan : RM200/malam

Hubungi : 012-775 5937

4.1/5.0 (346 reviews)

4. Kawasan Rekreasi Air Terjun Sg Pinang, Batang Kali


Selesai mandi manda dan bermain air di air terjun yang sedia ada, naik ke darat untuk menjamah hidangan barbeku yang masih panas.
 

Itu adalah mungkin pengalaman anda jika berada disini. Seharian bermain air dan menikmati alam, sehinggalah malamnya berkumpul bersama dan bermalam di chalet yang disediakan.

Bagi yang gemar memancing, anda berada di tempat yang benar.

48200 Batang Kali,
Selangor


Waktu Operasi : Dibuka Setiap Hari

*Harga Penginapan : RM200/malam

Hubungi : 019-221 1674 (Rosyabillah Chalet)

4.1/5.0 (158 reviews)

5. Chalet Warisan Hati Rimba,Kemensah

Kolam ditengah penginapan dan latar belakang penginapan anda adalah rimbunan pohon hutan tropika.
 

Itu adalah permandangan yang anda boleh bayangkan apabila menginap di chalet yang disediakan di sini.

Ulu Kelang,
68000 Ampang Jaya, Selangor


Waktu Operasi : 10 a.m hingga 5 p.m (Setiap Hari)

*Harga Penginapan : RM200/malam

Hubungi : 019-600 0759

3.9/5.0 (80 reviews)

6. Celi Chalet

Rakyat Lembah Klang pasti akan kurang percaya bahawa kawasan chalet dalam hutan ini adalah sekitar Ampang. Sampai saja terus terlihat chalet dan sungai yang menghiasi latar hutan menghijau.

Apalagi anda adalah peminat sukan All Terrain Vehicle (ATC) pasti tidak salah alamat apabila datang ke sini.

Ulu Kelang,
68000 Ampang Jaya,
Selangor


Waktu Operasi : 9 a.m hingga 5 p.m (Setiap Hari)

*Harga Penginapan : RM40/malam

3.7/5.0 (71 reviews)

 Bermalam Di Peranginan Air Terjun Di Sekitar Lembah Klang Selangor

Bagi yang tidak pernah tinggal dan membesar di kawasan kampung yang dipenuhi pokok-pokok seperti dusun dengan kehadiran anak sungai.Kawasan penginapan air terjun sebegini mungkin akan meninggalkan pengalaman baharu.

Bagi yang pernah membesar dikawasan sebegini ia akan mengembalikan memori yang mampu menghilangkan segala kegusaran dan kekalutan dalam fikiran.
 

Menginap Dengan Suasana Kampung

Jadi, luangkan sedikit masa, tenaga dan wang anda untuk menikmati mandi manda, berkelah dan berbarbeku, bermalam dan menikmati detik indah percutian di mana-mana lokasi yang penulis cadangakan di atas.

*Harga penginapan yang senaraikan adalah bergantung kepada perubahan semasa dan jenis unit penginapan yang ada. Penulis meletakan harga minima ketika artikel ini ditulis.

Bagi lebih tepat harga dan mungkin promosi boleh rujuk pautan Agoda yang disediakan dibawah.

2 Ulasan

  1. Saya sukaaa bisa baca blog yang memberikan referensi tenpat2 wisata dan menginap seperti nih. Jadi bisalah dipakai untuk panduan kalo nanti nak vacation lagi kesana. Tempat berbau alam seperti nih, dan terlihat sejuk, saya lebih suka daripada pantai yang panas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap boleh sama sama berkongsi info travel, mungkin nanti saya mahu wisata ke Indonesia nanti

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.