Melalui perubahan kategori Covid 19 dari segi penularan dari Pandemik kepada Endemik, pihak kerajaan yang berkuasa telah kelonggaran untuk travel ke Pulau Langkawi Kedah. Percutian ketika Covid 19 ke Pulau Langkawi ini dinamakan sebagai "Langkawi Travel Bubble".

Langkawi Travel Bubble SOP 2021
Langkawi Travel Bubble SOP 2021


Langkawi Travel Bubble ini akan bermula pada 16 September 2021.


Apakah Itu Gelembung Pelancongan Langkawi (Langkawi Travel Bubble) ?

Jika anda pernah menonton The Simpsons the movie di mana episod satu kawasan Springfield ditutup dengan 'dome' ataupun mangkuk kaca kerana pencemaran.
 

Boleh diibaratkan sebegitu juga Gelembung Pelancongan.Hmmm..The Simpsons sudah tahu ?

Boleh travel namun perlu mengikuti SOP dan aturan yang diibaratkan sebagai buih atau gelembung.
 

Travel tetapi berada dalam kawalan dan lingkungan gelembung. Keluar gelembung bermaksud tidak patuh SOP yang telah ditetapkan.

Bagi edisi Gelembung Pelancongan pertama, Pulau Langkawi telah dipilih. Jika berjaya mungkin tempat menarik pelancongan lain juga akan diwujudkan.

Pulau Langkawi dijadikan projek rintis Gelembung Pelancongan ketika Covid 19.

Terdapat beberapa syarat-syarat pematuhan yang perlu pengunjung ikuti jika ingin bercuti ke Pulau Langkawi melalui kelonggaran "Langkawi Travel Bubble" ini.

Antara SOP dan syarat yang dikenakan untuk pengunjung yang ingin bercuti di Pulau Langkawi Kedah adalah;

Kawasan yang Dibenarkan untuk 'Langkawi Travel Bubble'

Pelancong Domestik

- Individu Cukup syarat Standard of procedure (SOP)
- Individu dari semua Fasa PPN termasuk negeri-negeri yang berada di Fasa 1 PPN
- Negeri/daerah/kawasan MCO yang diperketatkan TIDAK DIBENARKAN

Syarat Syarat Individu (Syarat SOP) yang Boleh Ke Langkawi Melalui Program "Langkawi Travel Bubble"

Langkawi Travel Bubble SOP 2021
Langkawi Travel Bubble SOP 2021

 
- Mestilah cukup lengkap vaksinasi (Selesai dos pertama dan selesai dos kedua)
- Kanak-kanak/remaja yang di bawah 18 tahun perlu ditemani ibu bapa dan penjaga yang cukup lengkap vaksinasi.
- Tiada had umur
- Sebarang ujian Covid 19 tidak diwajibkan.

Umum mengetahui untuk sampai ke Pulau Langkawi memerlukan dua jenis cara pengangkutan iaitu melalui darat dan udara.
 

Jika menaiki feri ke Pulau Langkawi dari Jeti Kuala Perlis, Jeti Kuala Kedah atau mana-mana jeti ke Langkawi, dikira melalui darat.

SOP Jika ke Pulau Langkawi Melalui Darat

Perlu melalui agen pelancongan berdaftar dengan MOTAC untuk ke Pulau Langkawi.
Sekurang-kurangnya melalui agen dari kawasan anda sampai ke mana-mana jeti ke Pulau Langkawi.

Jika gunakan agen untuk ke sampai ke jeti Langkawi sahaja mencukupi apabila di Langkawi mahu gunakan itinerary sendiri.

Bagi penduduk Kedah dan Perlis tidak memerlukan agen pelancongan tidak mengapa.

SOP Jika ke Pulau Langkawi Melalui Udara

Tiada sebarang arahan untuk menggunakan agen pelancongan untuk ke Pulau Langkawi.


Tujuan Percutian Dibenarkan Ketika 'Langkawi Travel Bubble'

- Percutian Balik Hari (Day Trip)
- Bermalam di Pulau Langkawi (penginapan)
- Percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu
- Percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC
 

- Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut
 

- Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis.
 

- Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP.

Aktiviti-Aktiviti yang Dibenarkan Ketika 'Langkawi Travel Bubble'

- Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:
 

- Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;
 

- Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;
 

- Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
 

- Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);
 

- Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;
 

- Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan
- Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

 Sumber : MOTAC Artikel

Simpan Dokumen/Resit/Slip Sepanjang Percutian

Pastikan anda membawa segala slip, resit, pre-booking tiket atau apa apa dokumen berkaitan aktiviti dan penginapan anda ketika 'Langkawi Travel Bubble' untuk diperiksa pihak berkuasa dan sebagai panduan kepada anda.
 

Memandangkan covid 19 di Malaysia sudah cukup 'sebati' dengan kehidupan harian dan akan menjadi endemik (penyakit dalaman) maka 'Langkawi Travel Bubble' ini adalah salah satu program rintis untuk kita kembali normal namun dengan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan MOTAC untuk travel.

0 Ulasan