Pulau Pangkor yang terletak di Perak adalah antara pulau yang popular dengan lawatan pelancong. 

Senarai Kawasan Parkir Jeti ke Pulau Pangkor
Senarai Kawasan Parkir Jeti ke Pulau Pangkor
 

Apa lagi pulau ini didiami oleh penduduk setempat yang memberikan kelebihan kepada pelancong untuk bercuti lama di Pulau Pangkor.

Dengan terdapatnya banyak tempat penginapan dan tempat makan yang banyak di Pulau Pangkor, tidak peliklah jika Pulau Pangkor antara alternatif percutian pulau popular di Malaysia.

Untuk ke Pulau Pangkor jeti pengangkutan utama semestinya menggunakan pengangkutan air.
 

Menaiki Feri ke Pulau Pangkor

Perahu, jet ski, kapal layar atau feri, semestinyalah feri memberikan lebih keselesaan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor.

Ada satu masalah jika pelancong yang mahu ke Pulau Pangkor jika datang dengan kenderaan sendiri iaitu tempat parkir di Jeti Lumut.
 

Walaupun ada sahaja yang ke Pulau Pangkor secara balik hari (day trip) namun bermalam di Pulau Pangkor lebih lengkap percutian.

Kali ini penulis ingin kongsikan beberapa kawasan parkir kenderaan untuk pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor di Jeti Lumut Perak dan Jeti Marina Island.

Jeti Lumut


Medan Letak Kereta Bertingkat

Tempat parkir ini adalah jagaan oleh Majlis Daerah Manjung. Parkirnya banyak memandangkan ia bangunan bertingkat.
 

Parkir Bertingkat Lumut
Parkir Bertingkat Lumut

Agak dekat dengan terminal feri Jeti Lumut jika berjalan kaki.

Berbumbung dan berpetak.

Harga Parkir: RM15/hari
Waktu Operasi : 24 jam/hari


Parkir Sebelah Pejabat Pos Lumut

Kawasan parkir terbuka bersebelah dengan bangunan pejabat pos dan berhadapan dengan bangunan parkir bertingkat.

Parkir Terbuka Lumut
Parkir Terbuka Lumut


Harga Parkir: RM15/hari
Waktu Operasi : 24 jam/hari


 

Jeti Marina Island

Kawasan parkir ini adalah dalam kawasan jeti untuk ke Pulau Pangkor melalui Jeti Marina Island.
 

Parkir Kereta Jeti Marina Island
Parkir Kereta Jeti Marina Island

 
Terdapat yang berbumbung dan tidak berbumbung.

Harga Parkir: RM1-RM35/hari (bergantung kategori rujuk pautan di bawah)
Waktu Operasi : 24 jam/hari
 
Jalan Jetty Complex,
Jalan Utama Marina Island,
32200 Lumut, Perak
 


 

Ini adalah senarai kawasan parkir yang sering digunakan pelancong untuk meninggalakn kenderaan untuk ke Pulau Pangkor melalui Jeti Lumut.

 Harga terbaharu parkir : Rujuk pautan ini

Harga Purata Parkir Kenderaan untuk Ke Pulau Pangkor

Secara purata bayaran parkir sekitar Jeti Lumut dan Jeti Marina Island berharga RM15-20/hari.
 

Ada juga parkir dengan kadar jam iaitu RM1/jam. Bergantung kepada musim cuti.

Penulis hanya menyenaraikan dan memerikan cadangan untuk kawasan parkir sekitar kawasan yang dicari. Segala permasalahan dan pertanyaan mengenai tempat parkir terbabit adalah bergantung kepada penguasaha kawasan tersebut.
 

Penulis tiada bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan, kehilangan atau sebarang kejadian yang tidak diingini.

2 Ulasan

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.