Ulasan Bermalam Di D'Desa Resources Homestay Sungai Besar Selangor
Percutian sekitar Selangor yang terbaik penulis boleh cadangkan adalah kawasan dekat dengan pantai dan dikelilingi sawah padi dengan tali air.
Inap Desa D Desa Resources Review |
Memang ada kawasan sebegini, sekitar Kuala Selangor lebih terperinci adalah sekitar Sekinchan, Tanjung Karang sehingga Sabak Bernam.
Percutian Permandangan Sawah Padi Kuala Selangor
Padi yang masih menghijau pokoknya dengan ketinggian paras paha orang dewasa merupakan petanda musim terbaik untuk ke kawasan sebegini yang sinonim terletak di utara Selangor sekitar Kuala Selangor.
Sungai Haji Dorani tidak lekang dari bibir mereka yang mencari kawasan sebegini. Banyak inap desa, chalet serta hotel yang tumbuh jika dilihat melalui Google Maps dan aplikasi Waze.
Salah satunya inap desa dengan konsep kekampungan yang berjaya penulis rasai pengalaman penginapannya adalah di
D'Desa Resources Sungai Besar
D Desa Resources Hubungi |
Setiap kali membuat pantauan dan kajian untuk mencari penginapan, penulis akan melihat gambar dan ulasan dahulu.
Rekabentuk Rumah Chalet Berasaskan Kayu
Chalet D'Desa Resources ini menangkap pandangan penulis apabila melihatkan rekabentuk, kawasan sekitar dan warna rumah kayu dengan kawasan seperti zaman dahulu kala
berjaya membuatkan penulis mula membuat tempahan.
Deretan Chalet Rumah Kayu |
Cukup mudah untuk dihubungi dan penulis berjaya mendapatkan tempahan untuk dua hari dan satu malam penginapan di D'Desa Resource ini.
Pemiliknya cukup ramah dan senang untuk berkomunikasi. Melalui panggilan telefon, penulis berjaya membuat temahan untuk satu bilik (rumah mini kayu) yang paling murah. Menjadikan penulis tidak perlu memikirkan dua tiga hari untuk menerbitkan ulasan inap desa ini.
Suasana Yang Menyamankan |
Terletak Di Tepi Jalan Kampung Haji Dorani
Tidak begitu sukar untuk menemui inap desa D'Desa Resources ini memandangkan ia terletak di tepi Jalan Klang - Sabak Bernam.
Dengan mercu tanda jejantas sudah boleh agak jarak untuk memperlahankan kenderaan.
Dibahagian hadapan inap desa ini sudah tergambar senibina berasaskan kayu dengan dirian pintu gerbang kayu dengan dihiasi pokok pokok renek dibahagian bawahnya.
Pandangan pertama sudah memberikan satu "mood" percutian. Apalagi ketidaksabaran untuk masuk ke rumah kayu mini yang boleh juga di anggap bilik.
Pilihan Bilik Inapan
Penulis memilih rumah kayu yang paling kecil memandangkan hanya penulis, isteri dan seorang putera sahaja untuk menginap.
Rumah Chalet Kayu D Desa Resources |
Terdapat rumah lain yang agak besar sesuai untuk keluarga yang besar. Kali ini penulis menginap di Bilik/Rumah No 1.
Katil |
Jika tidak berlaku kesilapan penulis, terdapat lapan buah rumah dengan rekabentuk rumah kayu yang disyelek gelap semuanya.
Suasana Dalam Bilik Inapan |
Keluasan ini adalah untuk kapasiti paling sedikit dengan harga paling minima. Ada lagi jenis bilik yang lebih besar.
Dua Buah Kolam Disediakan
Apa yang menariknya adalah dua buah kolam mandi yang disediakan. Satu terdapat pada rumah bernombor 7 dan satu lagi dibahagian belakang.
Kolam Di Inap Desa D Desa |
Kolam mandi di rumah bernombor 7 ini lebih besar, dengan dilengkapi dengan gazebo dan kerusi bersidai. Lebih besar dan dewasa dan kanak kanak sesuai.
Kolam Kanak Kanak D Desa Resources |
Kolam mandi dibahagian belakang lebih dikhaskan untuk anak anak kecil mandi. Dengan permandangan padang sekolah berdekatan.
Perimeter kolam yang agak kecil lebih sesuai untuk kanak kanak dan bayi dengan pelampung keselamatan.
Ulasan Pengalaman Penulis
Kebaikan
Strategik kawasannya. Kedai makan viral tebu dan kedai ikan bakar cukup dekat. Kedudukan strategik ini membolehkan penginap mudah untuk keluar masuk.
Mencari makanan atau barangan dekat sahaja dengan pekan Sungai Besar.
Permandangan Chalet Dari Jendela Bilik |
Suasana memang A, pertama kali memandang sudah terasa menarik kawasan ini. Dengan rekabentuk rumahnya yang pelbagai dan dihiasi pohon pohon renek.
Kemudahan yang lengkap menjadi kelebihan kepada inap desa ini, tandas awam juga disediakan. Tempat makan dengan kipas di atasnya cukup untuk adakan jamuan.
Tempat Rehat |
Pastinya dua kolam mandi menjadi keutamaan. Dengan bauan klorin menandakan kolam ini dijaga airnya.
Ditambah pula dengan aliran keluar masuk air.
Kekurangan
Parkir yang cukup terhad. Penginap perlu parkir di hadapan rumah dan agak sempit bahagian hadapannya.
Agak khuatir jika penginapan atau rumah disini semua dihuni, pasti sukar parkir di dalam. Berkemungkinan parkir di luar jalan raya pasti berlaku.
Jika ada penginap yang adakan acara makan-makan, seperti yang penulis alami, pasti agak merisaukan dengan jemputan yang ramai untuk bbq di kolam.
Bercerita tentang kebaikan dua kolam Tetapi ada sedikit kekurangan meskipun awam boleh menggunakan, namun jika penginap rumah no 7 ingin 'conquer' mungkin penginap lain perlu ke kolam lagi satu.
Jika penginap No 7 bawa famili luar atau rakan, tiada harapan untuk gunakannya.
Gangguan mat rempit sejati. Jalan Klang - Sabak Bernam penulis memang tabik kepada PBT kawasan ini, memang terbaik jalannya.
Dari sinilah berkumpulnya mat rempit dengan bunyi bising ekzos yang mengganggu tidur penginap. Pengalaman penulis, sehingga 4 pagi masih ada mat rempit membuat bising.
TV sebagai peneman kesunyian ? Maaf, rosak.
Informasi Pengunjung
Lokasi Homestay
Cukup mudah untuk ditemui. Antara Sungai Haji Dorani dan Pekan Sungai Besar.
D'Desa Resources Homestay
Jalan Besar,
Kampung Sungai Haji Durani,
45300 Sungai Besar, Selangor
1 Katil
1 Bilik Air
Harga Penginapan
Rumah No 1 (RM 70.00) - Pilihan Penulis
Rumah No 2 Dan 4 (RM 80)
Dorm No 3 ( RM 120.00)
Rumah No 5 (RM 160.00)
Rumah No 6 (RM 180.00)
Rumah No 7 (RM 250.00)
Kemudahan Lain
Bangku Beranda
Pendingin Hawa
Kipas Siling
TV (Rosak)
Soket Elektrik
Penghawa Dingin |
Kelengkapan
Penyangkut Baju
Ampaian beserta Sejadah
Sabun dan Sampu segera
Cerek
Gelas
Air Mineral
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 4G
Celcom - 4G
Polisi/Peraturan
Daftar Masuk : 3.00 p.m
Daftar Keluar: 12.00 p.m
Pn Azizah : 012-3599936
4 Ulasan
Best jugak stay kat sini ada banyak pilihan bilik. Air kolam pun terjaga kebersihan tu. Harga pun masih di paras mampu inap di sini. Sesekali nak feel kampung bolehlah stay sini. Cuma bab parkir tu susah sikit lah kalau tak ada space kan. Susah juga.
BalasPadamKalau nak rasa berumah kayu dengan warna kampung Kemelayuan memang cantik. Kg Sg Haji Dorani banyak tempat menarik boleh jadikan singgahan.
PadamItulah bab parkir memang masalah sikit kalau kereta besar masuk dalam nak keluar agak sukar. Letak kat luar risau ada risiko lain.
Apa apa pun harga cukup berpatutan.
view, harga semua mcm dah best dah tapi parking pulak mcm terhad ye? takpe boleh bookmark dulu utk rujukan nti hehehe
BalasPadamaah, mungkin boleh datang ketika bukan musim cuti hehe...boleh sahaja parkir luar, tapi risiko keselawatan tu penulis kurang yakin.
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.