2 Hari dan 1 Malam Menginap Di Sky Pool Villa Lexis Hibiscus Port Dickson Negeri Sembilan
Setiap kali menggunakan pesawat yang akan mendarat di Kuala Lumpur Internation Airport (KLIA) pasti akan melihat jendela untuk melihat satu resort yang terdapat di Negeri Sembilan ini.
Review Sky Pool Villa Lexis Hibiscus Port Dickson |
Apalagi bila menggunakan aplikasi Google Maps, untuk melihat bentuk bunga raya jika dilihat secara aerial iaitu dari udara.
Ia tak lain dan tak bukan Lexis Hibiscus Port Dickson.
Menjadi impian penulis untuk menginap di sini. Alhamdulillah, syukur penulis berjaya memiliki pengalaman untuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson ini walaupun hanya untuk dua hari dan satu malam.
Sky Pool Villa Lexis Hibiscus
Penulis berjaya memiliki baucer untuk bermalam dan merasai pengalaman di salah sebuah jenis bilik penginapan yang ada di Lexis Hibiscus Port Dickson Negeri Sembilan ini iaitu di bilik "Sky Pool Villa".
Access Card Hotel |
Apa yang menarik hati penulis untuk memilih Sky Pool Villa Lexis Hibiscus ini berbanding bilik terkenal mereka yang berada dalam air adalah permandangan dan panoramanya.
View Chalet Hibiscus |
Sky Pool Villa ini menghasilkan panorama terus ke laut dengan dihadapannya adalah susunan bunga raya yang menjadi mercu tanda Lexis Hibiscus.
Walaupun bukan di dalam air Laut Selat Melaka, namun permandangannya cukup memuaskan hati.
Katil |
Dengan katil yang cukup luas dan empuk dengan bilangan bantal yang agak banyak. Bawa famili dan rakan rakan pasti lebih meriah.
luas katil |
Gambar di atas adalah gambaran keluasan tempat tidur. Anak penulis sedang bergolek dengan tenang dan bergaya setelah ditukarkan lampin. Tiada pengabaian kanak-kanak yang berlaku.
Dengan hiasan lampu bilik yang oren romantik pasti akan menambahkan suasana hotel dan romantik.
Balkoni |
Walaupun tidak sehebat di atas air laut namun "deck" atau balkoni ini adalah kawasan yang cukup terbaik untuk menikmati secawan kopi dengan permandangan laut.
Tab Mandi |
Jangan risau jika badan berbau klorin yang kuat selepas mandi kolam, pastinya berendam di dalam tab mandi membilaskan segala keletihan dalam kolam.
cermin besar |
kehadiran cermin besar menambahkan lagi keadaan suasana dalam bilik yang menampakan ia agak "grand" meskipun ini adalah suite yang paling murah.
Apartment Bukan Atas Air
Sky Pool Villa berada di bangunan utama Lexis Hibiscus yang memiliki level sehingga 13 tingkat, penulis ditempatkan di unit ketiga pada aras tujuh ketika daftar masuk.
View Sisi Balkoni |
Permandangan dari atas pastinya cukup cantik apalagi dengan permandangan laut (seaview), lagi tinggi lagi cantik sebenarnya.
Private Pool untuk Setiap Bilik dan Suite
Private Pool |
Keistimewaan bilik di Lexis Hibiscus adalah setiap bilik, apa apa jenis kategori bilik semunya memiliki kolam persendirian (private pool) yang sememangnya ada dalam bilik tersebut.
Sehinggakan anda akan berfikir beberapa kali untuk keluar dari bilik anda.
Kawasan Santai Kolam |
Dengan dua buah kerusi santai dan meja kopi bersebelahan kolam yang seumpama memanggil-manggil untuk terjun.
Walaupun Sky Pool Villa ini bukannya bilik paling gah di Lexis Hibiscus, namun ia sudah memuaskan hati.
Ulasan Penulis
Kelebihan
Pastinya panorama, suasana dan persekitaran cukup mendamaikan sehingga menghilangkan keletihan minda dan fizikal. Permandangan laut dengan riadah santai di dalam kolam persendirian cukup menenangkan.
panorama seaview sky pool villa |
Apalagi dengan dekorasi dalaman bilik Sky Pool Villa yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang bertaraf Dollar America bayarannya.
Layanan staf dari pintu pengawal sehingga ke dalam 'room service' semestinya memberikan layanan diraja kepada anda (faham faham sahajalah dengan bayaran penginapan). Mudah dan senang antara penyebab kewujudan staf mereka.
Kekurangan
Boleh dikatakan ini agak kekurangan bagi penulis yang hanya seorang marhaen average di Malaysia. Harganya agak kasar inipun adalah bilik penginapan paling minima di Lexis Hibiscus.
Tidak banyak sebenarnya untuk bercerita mengenai kekurangan namun, sedikit kekurangan dirasai penulis dari segi parkir. Kawasan parkir yang agak sempit di bahagian luar ditambah pula dengan bilangan ruang parkir yang terhad.
Ada sahaja kawasan parkir khas iaitu satu bangunan untuk parkir namun, keselamatan kurang diyakini jika lewat malam berada di kawasan ini.
Informasi Pengunjung
Lokasi Lexis Hibiscus Port Dickson
Terletak di kawasan paling hujung Port Dickson dan kurang kesibukan dari tarikan Port Dickson. Cukup mudah ditemui dan dituju.
Waze dan Google Maps pastinya tepat lokasinya.
12th Mile, Jalan Pantai,
71250 Port Dickson,
Negeri Sembilan
Cara Ke Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson
Kereta
Dengan kereta sendiri lebih mudah kerana jalannya cukup baik sehingga valet hadapan lobi hotel. Parkir banyak disediakan
Bas Ekspress
Dapatkan tiket dari mana mana permulaan anda dan destinansinya adalah Terminal Bas Port Dickson. Dapatkan teksi atau e-hailing untuk terus ke Lexis Hibiscus.
Tempah secara online tiket bas ke Lexis Hibiscus Port Dickson dengan aplikasi Bus Online Ticket Malaysia.
Teksi/E-hailing
Terus dapatkan teksi dan E-hailing ke Lexis Hibiscus.
Helikopter
Terdapat satu heliport di atas bumbung bangunan parkir kenderaan. Anda mampu apa salahnya.
Sky Pool Villa Suite
Dua buah katil
Satu Bilik Mandi
Satu Bilik Air
Harga Penginapan
RM800-RM900 per Malam
Kelengkapan Bilik
Sinki |
Wifi
Kolam
Seterika
Cerek Air
Peti Sejuk
Tab Mandi
Televisyen (Ada Channel)
Tonton Tv |
Faedah Lain
Sarapan Pagi (dengan waktu tertentu)
Sarapan Lexis Hibiscus |
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 4G
Celcom - 4G
Polisi/Peraturan
Daftar Masuk : 3.00 p.m
Daftar Keluar: 11.00 p.m
Aktiviti Sekitar Lexis Hibiscus Port Dickson
Lexis Hibiscus terdapat "private beach" dan pertunjukan api selain bersantai.
Tetapi Port Dickson terdapat tempat menarik untuk dikunjungi seperti:
1. Alive 3D Art Gallery in Port Dickson
2. Boat Tour with Water Activities and Seafood Lunch in Port Dickson
3. PD Ostrich Show Farm Ticket
4. Uncle Wong Happy Farm ATV Riding Experience in Port Dickson
Boleh klik pada senarai di atas untuk buat tempahan awal secara online sebelum kehabisan tiket ketika walk in.
Tempah Penginapan Lexis Hibiscus Port Dickson Secara Online
Bagi tempahan dengan diskaun dan voucher yang berubah ubah boleh gunakan Agoda untuk harga promosi yang lebih murah mengikut kesesuaian tarikh daftar masuk dengan pautan di bawah
Mudah sahaja untuk mendapatkan harga lebih murah berbanding harga "walk in" dan menggunakan platform tempahan lain.
Gunakan sahaja Voucher Shopee di bawah dengan harga lebih murah potongan sehinga 75% dari harga asal dengan kelebihan sama
7 Ulasan
Impian sy nak menginap di sini belum terlaksana lagi.
BalasPadamBiasa ada travel agensi akan buat promo seperti promo hari merdeka, promo hujung tahun untuk harga yang cukup rendah.
PadamContoh boleh rujuk link ni, jauh lebih murah berbanding harga asal hehe
https://invle.co/cle7z4y
Semoga impian terlaksana yeah
Teringin juga nak staycation kat sini. Tapi itulah harga dia keras tak setanding kondisi bilik. Mostly tengok bathroom dan swimming pool dia agak kurang maintainance. Panorama tu memang win!
BalasPadamSetiap tahun ada agensi travel yang buka promosi..dalam RM350 pun ada...kalau harga walk in mahu ribuan hehe
PadamNak kan suasana dan panorama bolehlah ke sini
Teringin nak pergi staycation kat sini juga. Tapi kena fikir banyak kali sebab mengenangkan harga sini mahal. Kena kumpul duit slow slow supaya dapat join ni
BalasPadamkalau walk in dan tempah melalui carian penginapan agak mahal. Tips yang saya boleh berikan, sis boleh buat carian dengan agen percutian untuk voucher percutian di Sky Pool Villa ni
Padambestnya especially kalau ada anak kecil. seronok diorg mandi pool dlm bilik
BalasPadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.