Pahang adalah antara negeri yang memiliki kawasan pantai yang luas. Kewujudan pantai merupakan satu faktor dan penyebab percutian di Malaysia.

Raha Homestay Pekan Pahang
Raha Homestay Pekan Pahang
Selain itu Pahang kaya dengan kawasan makanan laut yang menjadi tarikan pelancong domestik atau luar negara.


Pekan Pahang Kawasan Percutian Pantai Di Pahang

Pekan Pahang, tidak asing sebagai kawasan percutian di semenanjung Malaysia. Kawasannya berhampiran dengan pesisir Laut China Selatan melahirkan banyak lokasi beridah.

Dengan tumbuhnya lokasi tarikan pelancong, maka penginapan mula wujud dengan banyaknya. Terdapat satu inap desa (homestay) yang cukup digemari pelancong di Pekan, Pahang

Homestay ini dinamakan Raha Homestay.

Terdapat di penjuru kawasan bandar Pekan ia cukup strategik untuk diinap ketika bercuti.

Dengan tema kediaman berasaskan kayu secara majoriti pembinaannya ia menampakkan tema inap desa itu sendiri.

Unit Rumah Inap Desa Banyak

Inap desa ini bukan didirikan dalam satu unit, tetapi terdapat sehingga lima unit rumah dalam satu halaman.

Jom Masuk Rumah
Jom Masuk Rumah

Kelebihan yang penulis nampak pada homestay ini adalah halaman berpagarnya yang cukup luas. Memang sesuai untuk pelancong atau penginap yang datang dalam kumpulan yang ramai.

Kedamaian Suasana Kampung Di Inap Desa

Dikelilingi dengan pohon kelapa dan beberapa pokok mempelam menghiasi setiap genap pagar homestay ini memberikan nilai suasana kampung.

Halaman Luas Rumah Kampung
Halaman Luas Rumah Kampung

Dengan cat dan warna unit homestay yang bewarna kayu lebih menampakkan suasana kampungnya.

Pemilik Ramah

Ketika penulis menginap di inap desa ini, ia dijaga dan dimiliki oleh pasangan warga emas yangg cukup baik hati.

Pasangan ini tinggal sekali dalam halaman homestay ini. Ketika mula daftar atau lapor diri, seorang pak cik akan memberikan sedikit penerangan dan ulasan apa yang ada dalam unit yang ada.

Dari tempat parkir berbumbung sehinggalah kemudahan memasak dan membasuh pakaian disediakan di homestay ini. 

Ciri Rumah Kampung Biasa DIlihat

Rumah ini dibina dengan tiga buah bilik dengan saiz yang agak sama. Di dalamnya ditempatkan dengan bilik air, pendingin hawa, kipas siling dan katil beserta tilam.

Bilik Tidur dan Katil
Bilik Tidur dan Katil

Dua buah katil dengan saiz king diletakkan sebelah menyebelah dengan lengkapan almari pakaian memudahakan penyimpanan pakaian dan barangan.

Bilik air disediakan untuk kesemua bilik yang ada jadi tiada sebarang keraguan untuk berebut penggunaannya. Malahan pancuran air mandi juga disediakan pemanas.

Bilik Air Setiap Bilik
Bilik Air Setiap Bilik

Dekorasi Dalaman Inap Desa Raha Homestay

Dekorasi dalaman rumah inap desa ini 90% adalah sebagaimana rumah yang didiami oleh orang kampung yang tinggal berhampiran. Dengan ruang tamu dengan susuanan kerusi kayu ringkas menghadap televisyen.

Ruang Tamu Dengan Perabut
Ruang Tamu Dengan Perabut


Lorong menuju ke bilik bilik dan dapur.

Susun atur dapur dengan perkakasan memasak yang sebagaimana ada di setiap rumah kampung dengan kehidupan biasa mereka.

Kelengkapan Dapur
Kelengkapan Dapur

Bawalah ibu ibu, mak cik mak cik atau abang abang chef yang pandai memasak, hanya perlukan bahan mentah semuanya sudah tersedia.

Ulasan Penulis

Sepanjang menginap satu hari dan satu malam di salah sebuah unit inap desa Raha Homestay ini tiada sebarang masalah yang penulis hadapi.

Semuanya mencukupi.

Suasana siang dan malam boleh dinikmati dengan tenang bersama keluarga ataupun kawan kawan. Rasa selamat itu ada. Apa lagi halaman yang luas boleh memberikan rasa santai kepada yang dewasa dan 'syurga' larian dan mainan kepada anak anak kecil.

Unit dalamnya agak selesa memandangkan semua bilik disediakan kipas dan pendingin hawa yang berfungsi dengan baik.

Satu sahaja yang mungkin kurang memberikan mata keselesaan 100% adalah sedikit gangguan nyamuk. Itu tiada masalah yang besar kerana ubat penghalau nyamuk disediakan.

Apa yang terbaik adalah ketenangan yang ada pada Raha Homestay ini memungkinkan untuk penulis akan mencuba semula untuk menginap di sini jika terdapat urusan di Pekan Pahang nanti.

Rating : 3.8/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Raha Homestay Pekan Pahang

Lokasinya sebelum dari hiruk pikuk kilang yang ada di Pekan. Tidak begitu sukar untuk ditemui memandangkan berada di tepi jalan.

Raha Homestay, 

1A,Jalan Masjid Kampung Jambu,

26600 Pekan, 

Pahang

Unit Kediaman

3 Bilik

3 Katil

3 Bilik Air

Harga Penginapan

RM200 per Malam

(harga berdasarkan caj yang dikenakan penulis)

Kelengkapan Rumah

Seterika

Cerek Air

Water Dispenser Automatik

Peti Sejuk

Televisyen (Ada Channel)

Mesin Basuh

Alatan Memasak
Alatan Memasak

Kemudahan/Fasiliti Lain

Kerusi Batu

Halaman Luas

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 4G

Celcom - 4G

Polisi/Peraturan

Daftar Masuk : 3.00 p.m

Daftar Keluar: 12.00 p.m

Hubungi

013-909 0802

Bagi yang mencari kereta untuk di sewa sekitar Pekan Pahang boleh gunakan pautan di bawah;



3 Ulasan

  1. Pekan Pahang nun di sana :D
    Rumah besar RM200.00 okla tu kalau dtg beramai2 mmg selesa la

    BalasPadam
  2. Rm200 untuk 3 kamar, worth it sangat ❤️👍👍👍. Kalau pergi ramai dengan keluarga bisa lagi sharing cost. Makin murah.

    Saya suka stay di rumah tapak gini, apalagi peralatan dapur pun cukup lengkap. Bisa nak memasak sendiri. 👍.

    Tak masalah kalap nyamuk, as long as mereka sedia obat nyamuk, cukuplah. Yg penting aircon wajib dingin 😄. Apalagi ini daerah pantai kan?

    BalasPadam
  3. boleh la menginap di sini bila ke pantai di daerah Pekan nanti...

    BalasPadam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.