Menginap Di Bilik Studio Seri Bayu Resort Bagan Lalang Sepang Selangor
Pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor antara pantai peranginan yang agak popular di sekitar Lembah Klang walaupun ia terletak bersempadanan dengan Negeri Sembilan.
Seri Bayu Beach Resort Bagan Lalang |
Ia mengambil masa sekitar 50-60 minit untuk sampai ke Pantai Bagan Lalang.
Namun, ia tetap popular di kalangan peminat pantai dan laut. Saban cuti dan hujung minggu ia akan sentiasa penuh dengan mereka yang balik hari, berkhemah atau yang bermalam di chalet atau resort berhampiran.
Resort Penginapan Tepi Pantai Bagan Lalang
Bercerita tentang resort sekitar Pantai Bagan Lalang, terdapat satu resort yang sudah lama bertapak di Bagan Lalang dan kedudukannya dengan pantai cukup dekat. Bukan Avani yang smemangnya sudah terpaling dekat dengan laut walau air surut.
Resort ini dengan dengan kadar bayaran bilik yang menepati bajet dan perbelanjaan marhaen sentiasa menjadi pilihan walaupun sudah banyak perubahan dan renovasi yang berlaku.
Resort yang penulis maksudkan adalah Seri Bayu Resort Bagan Lalang, Sepang
Bukan kali pertama penulis menginap di sini, dahulunya penulis menginap di unit bilik yang berupa sebuah apartment. Kali ini penulis mencuba pula unit bilik yang boleh dikatakan agak ringkas namun lengkap dengan kemudahan di dalamnya.
Unit Rumah Dalam Dekorasi Studio Room
Unit ini dalam bentuk dekorasi 'studio room' ini mungkin rumah yang paling biasa yang ada di Seri Bayu resort ini. Dengan harga lebih murah berbanding dengan rumah dengan kategori lain.
Laman Luar Bilik |
Penulis berpeluang menginap bilik studio di Seri Bayu Resort ini di tingkat paling bawah. Tidak perlu untuk bersusah payah membuang kalori untuk menaiki tangga.
Apabila di letakan kad akses pada slotnya semua alatan eletrik akan terbuka automatik, itu perkara biasa apabila mula memasuki bilik penginapan.
Bahagian Depan Bilik |
Unit ini memiliki;
Ruangan dapur
Katil bersaiz queen
bilik air
beranda
Tempat Tidur
Unit studio ini menempatkan satu katil bersaiz queen yang mampu memuatkan dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Dilengkapi dengan dua bantal dan selimut ala hotel yang agak lembut dan selesa. Pastinya warna putih adalah warna utama secara tipikal.
Katil Standard |
Ruang Makan
Walaupun dalam kategori studio, terdapat ruangan untuk makan dan mungkin membuat masakan ringkas. Marilah bersama sama kita berikan nama ruangan ini sebagai ruang makan. Dilengkapi dengan sinki bersama paip air, dengan bar ringkas selain terdapat kabinet untuk simpanan.
Dapur dan Ruang Makan |
Ruang Santai
Satu lagi ruang yang patut ada dalam sesebuah bilik untuk penginapan adalah ruangan santai. Di mana terdapat alat hiburan walaupun ianya sekadar pelengkap bunyian. Seperti televisyen.
Ruang Santai |
Ditambah pula dengan pendingin hawa yang memberikan rasa sejuk ketika berehat di dalam bilik studio ini.
Bilik Air
Ada satu lagi ruang atau kawasan penting apabila bercuti di sebuah resort iaitu bilik air. Di bilik studio Seri Bayu ini bilik airnya dilengkapi dengan pancuran air mandi dengan pemanas.
Pancuran Mandi Dengan Pemanas |
Airnya agak perlahan sebenarnya namun kepanasan jika tidak di tala dengan betul mampu memerikan suasana lahar gunung berapi.
Tandas dan Sinki |
Sinki asing dan tandas dengan bakul sampah disediakan pada ruangan ini. Sesuailah untuk penginapan tepi pantai untuk membersihkan diri dari pasir dan air masin laut.
Talaan Lampu Kuning Redup (Dim) Dalam Bilik
Dengan talaan lampu bewarna jingga yang agak romantis, ia cukup menggambarkan suasana redup yang menyegarkan.
Apalagi masuk sahaja di bahagian penjuru kanan merupakan ruang dapur sebelum terbentang ruangan tidur di hadapan.
Balkoni Ringkas Menghadap Taman Permainan
Unit ini dibina dengan satu beranda/balkoni. Permandangan dari unit yang penulis inap ini adalah taman permainan kanak-kanak. Balkoni ini menjadi sumber kedua talaan cahaya semulajadi sebagai bantuan lampu 'downlight' redup dalam bilik.
Balkoni |
Walaupun unit 'studio room' ini tidaklah seluas ruangan apartment namun ia cukup rasa selesa untuk tiga beranak menginap seperti penulis.
Kolam Mandi Persendirian Untuk Penginap
Seri Bayu Resort Bagan Lalang, selain terdekat dengan pesisir Pantai Bagan Lalang, ia dilengkapi dengan kolam mandi persendiriaan. Kolam yang dibina berdekatan dengan meja 'receiptionist' ini dibahagikan kepada dua bahagian, dewasa dan kanak kanak.
Kolam Mandi |
Tidak begitu dalam bagi kolam dewasa, sekadar bahagian dada untuk dewasa berketinggian 171cm.
Cukup luas dan mampu memuatkan 15 orang dalam satu satu masa (ini adalah had manusia yang perlu ada dalam kolam).
Kawasan Seri Bayu Resort cukup luas, ia seumpamam satu kawasan perumahan apartment yang ada di luar. Tambahan pula berpagar memberikan satu rasa keselamatan kepda pengunjung.
Ulasan Penulis
Apa yang istimewa dengan dengan bilik studio Seri Bayu Resort Bagan Lalang ini, ia agak selesa untuk keluarga kecil.
Dengan katil yang cukup besar dan ruangan bilik air juga luas. Besar dan luas dalam erti kata dalam saiz keluarga seperti penulis, ibu bapa dan seorang anak.
Seri Bayu Resort Bagan Lalang ini cukup dekat dengan Pantai Bagan Lalang yang paling hujung. Tidak memerlukan kenderaan untuk ke pantai, berjalan kaki sambil menghapuskan jejak kalori pun boleh.
Usai sahaja mandi di laut, bilas pula dengan air kolam persendirian di kolam mandi.
Layanan staf juga agak peramah dan tidak lekang dengan senyuman dan ramah. Sentiasa menanyakan tentang masalah dan perasaan penginap semasa dan selepas tinggal di resort Seri Bayu ini.
Jika terdapat masalah teknikal, seperti dialami penulis berkenaan televisyen, pihak servis terus menghantar personel untuk membaiki dan masalah selesai.
Rating : 3.5/5.0
Informasi Pengunjung
Lokasi Seri Bayu Resort Bagan Lalang
Hampir dengan Pantai Bagan Lalang paling selatan. Terdekat taman perumahan di sebelahnya. Jalan untuk ke sini cukup mudah.
Lot 4756 PT 3076,
Jalan Persiaran Sri Bayu,
Bagan Lalang, 43950 Sepang,
Selangor
Bilik Studio
1 Katil Bersaiz Queen
1 Bilik Air
1 Dapur
Harga Penginapan
RM161 per Malam (termasuk cukai)
(tempahan melalui agoda)
Kelengkapan Bilik
Seterika (perlu diminta dengan staf)
Cerek Air
Televisyen (MyFreeview)
Tempat Berhias |
Kemudahan/Fasiliti Lain
Taman Permainan Kanak Kanak
Kolam Persendirian (buka 7 a.m - tutup 7 p.m)
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 4G/5G
Celcom - 4G
Polisi/Peraturan
Daftar Masuk : 3.00 p.m
Daftar Keluar: 11.00 p.m
Bagi yang berminat untuk mencuba menginap di sini boleh membuat tempahan melalui agoda. Agoda harganya sentiasa berubah dengan baucer dan promo yang menarik.
Boleh klik pautan di bawah;
6 Ulasan
okay jugak resort nie
BalasPadamboleh tahan untuk percutian bajet tepi pantai Bagan Lalang
Padammenarik jugak, biliknya pun di kira luas . Dekat pulak dengan kolam renang yang paling best tak payah nk lif atau tangga ke situ...
BalasPadamagak luas tambahan pula tidak begitu tinggi...akan jadi favourite yang datang ke sini nanti studio room ni
PadamKalo saya ajak anak2, rasanya tak mungkin stay di sini. Tapi kalo traveling berdua suami, bolehlaah 😄. Secara anak2 saya dah besar, dah tak mungkin pakai 1 kamar.
BalasPadamLumayan lengkap fasilitasnya 👍. Yg penting buat saya, bersih paling utama. Dan aircon harus dingin 😄. Saya tak kuat panas soalnya.
Ada sahaja ruangan luas dalam apartment di sini, saya punya famili tidak besar..agak sesuai dengan bajet dan ruangan di studio room
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.