Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Idham Homestay Manir Kuala Terengganu
Setiap kali bercuti dalam bilangan yang ramai, inap desa (homestay) pasti menjadi pilihan. Rumah yang disewakan kepada tetamu dalam satu jangka masa yang singkat, inilah penginapan 'homestay' percutian zaman moden.
Idham Homestay Manir Kuala Terengganu |
Apatah lagi sebuah homestay yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti parkir luas, kipas dan pendingin hawa, bilik yang banyak dan memenuhi kehidupan dalam sebuah rumah.
Homestay 'Banglo' Di Kuala Terengganu
Kena pula dengan kedudukan sekitar yang berada di pinggir bandar dengan suasana kampung yang damai lagi menenangkan. Paginya ditemani dengan sapaan lembut angin dari kawasan lapang sawah padi tinggal dan kesuaman dari matahari jam lapan pagi dari sebelah sisi homestay.
Homestay Bersaiz Banglo |
Sebenarnya homestay sebegini memang wujud di Terengganu. Penulis berjaya melepasi pengalaman untuk menginap di sebuah homestay yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang sudah tidak digunakan untuk bermalam sambil melengkapkan itinerary percutian di sekitar Kuala Terengganu.
Homestay yang penulis maksudkan adalah Idham Homestay yang terletak di Manir, Terengganu.
Ruang Tamu
Ruang tamunya cukup luas, sesuai untuk ada anak kecil yang sukakan aktiviti berlarian atau pra fun walk 5km. Dengan lantai mozek menambahkan lagi keinginan untuk bergolek-golek.
Ruang Tamu Homestay |
Jika ini rumah penyewa pelajar, boleh memuatkan sekitar 20 orang dalam satu masa.Pada dinding dilekatkan satu televisyen (tv) bersaiz 32" dengan beberapa kelengkapan hiburan lain. TV yang disediakan adalah Smart TV, dengan sudah dipasangkan dengan android apps seperti netflix, youtube, dan beberapa apps. Namun, hanya akaun netflix sendiri boleh digunakan.
Unifi Internet Homestay |
Bagi memungkinkan untuk berhibur dengan hiburan atas talian (streaming), internet yang digunakan adalah dari Unifi. Cukup terbaik untuk mendapatkan maklumat, dan berhibur, pendek kata tinggal di homestay ini anda tidak akan terlepas dunia luar.
Walaupun berbaring atas mozek agak menyejukkan dan agak selesa, pemilik homestay ada menyediakan satu sofa ringkas yang boleh dikatakan agak terbaik untuk dibuat katil dikala malam bulan mengambang.
Jenis Bilik Homestay
Homestay dalam bentuk banglo gred C ini hadir dalam tiga buah bilik. Bilik pertama dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas siling. Boleh memuatkan satu keluarga dan dalam 3-4 dewasa. Ia umpama 'master bedroom' yang mana dilengkapi dengan bilik air di dalamnya.
Bilik Utama Katil Queen |
Katil yang digunakan memenuhi ruangan adalah bersaiz 'Queen'. Bilik yang mungkin sukar untuk diajak mereka yang tinggal didalamnya untuk keluar dari segi keselesaan.
Bilik Utama Aircond dan Tandas |
Bilik kedua juga memiliki satu pendingin hawa dan kipas siling. Katil bersaiz 'queen' juga menjadi pilihan untuk penginap berehat dan melelapkan mata. Berada di tengah dan sesuai untuk yang gemarkan keadaan redup (geng M.U dan Chelsea suka keadaan gua) dan akan menggunakan tandas luar.
Bilik Kedua dan Iron Board |
Bilik ketiga agak versi marhaen memandangkan hanya kipas siling digunakan walaupun ketika waktu petang bilik inilah yang banyak menerima bahang dari haba matahari berbanding bilik lain. Dari segi keselesaan siang, bolehlah tidur di ruang tamu.
Bilik Ketiga dan Kipas Berdiri |
Bagi yang inginkan 'toto' boleh hubungi pihak homestay.
Ruang Dapur
Bagi melengkapkan homestay dalam kondisi sebuah rumah. Ruang makannya bersambung terus dengan ruang tamu dalam kedudukan memanjang. Meja makan yang mampu memuatkan sekitar 6 orang dalam satu masa menjadi penghalang untuk terus ke bahagian sinki jika anda meluncur dari ruang tamu.
Kabinet Dapur dan Peti Sejuk Homestay |
Sebelah kiri bahagian dapur tersedia tempat memasak dan peti sejuk. Bagi yang suka memasak ia lengkap dengan sebotol minyak masak disediakan. Apalagi jika ingin menghangatkan makanan dari luar.
Meja Makan Homestay |
Pemanas air versi mudah alih juga disediakan mana tahu jika ada yang mahu mencicah biskut marrie, atau biskut mayat dengan air teh o panas sendiri sambil melayan Mechamato atau Bebefinn di TV.
Kelengkapan Dapur dan Makan |
Pinggan dan mangkuk beserta gelas disediakan oleh pemilik homestay. Tidak dilupakan juga sudu dan garfu memeriahkan bahagian tepi sinki.
Bilik Air dan Tandas
Dua buah tandas disediakan dalam Idham Homestay. Satunya di dalam bilik utama, dan selebihnya dibahagian luar untuk dikongsi oleh bilik-bilik lain. Tandas ini berada di antara bilik kedua dan bilik ketiga.Tempat mandi dan tandas ditempatkan dalam ruangan yang sama. Disediakan beberapa 'toileteries' seperti mandian dan 'shampoo'.
Tipikal Tandas Homestay |
Apa yang terbaiknya adalah kelajuan airnya yang agak memuaskan hati mungkin sedikit lagi kelajuan boleh menghilangkan daki tanpa disental.
Tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai tandas memandangkan kita diperlukan untuk berada di dalam tandas atau tempat yang kotor dalam jangka waktu yang singkat.
Kelengkapan Lain Homestay
Selepas enak dan sedap bermain pasir di pantai atau pakaian menyerap penuh, satu mesin basuh kapasiti 7 kg ada disediakan di sebelah pintu belakang. Cukup terbaik bagi yang agak cerewet dengan kebersihan pakaian.
Kipas Siling dan Aircoond Dalam Bilik |
Bod sterika (iron bod) juga disediakan di homestay ini untuk memudahkan penginap menyerika pakaian tanpa menjadikan tuala atau selimut sebagai pelapik, apalagi batu bata untuk menghilangkan kedut pakaian.
Dalam memudahkan urusan solat para muslimin dan muslimat sejadah disediakan beserta arah kiblat di siling. Rajin-rajinkanlah mendongak ke siling.
Parkir Berbumbung |
Informasi Pengunjung
Lokasi Homestay
Berada di pinggir bandaraya Kuala Terengganu namun tidaklah begitu terpencil. Agak terbaik lokasinya. Boleh dilakukan carian melalui Google Maps dan Waze.
Idham Homestay,
Lot 1017,
jalan padang kebor air,
Kampung Kebor Air, 21200
Kuala Terengganu,
Terengganu
Bilik utama : aircond + kipas syiling (katil queen) + tandas
Bilik no 2 : aircond + kipas syiling (katil queen)
Bilik no 3 : kipas syiling (katil queen)
Bilik Air
2 Buah dengan 'toileteries'.
Kemudahan Lain
Smart TV
Unifi Wifi
Tempat Masak (termasuk pinggan/mangkuk/sudu/garfu)
Tempat BBQ
Kelengkapan
Tuala : 4 Helai
Sejadah : 3 Helai
Toto tambahan (jika diminta)
Seterika (termasuk bod)
Mesin Basuh
Peti Sejuk
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 4G
Celcom - 4G
Polisi/Peraturan
Check In : 3.00 p.m (Check in awal sekitar jam 1 p.m atas kebenaran pemilik, tiada caj lebih dikenakan)
Check Out : 12.00 p.m
RM50 per malam (akan dipulangkan dalam masa 3 jam ke atas selepas check out)
Muslim/mahram sahaja
Dilarang merokok di dalam homestay
Haiwan peliharaan tidak dibenarkan
Makanan/minuman tidak halal tidak dibenarkan
Hubungi
IDHAM HOMESTAY KUALA TERENGGANU - 0134138017
6 Ulasan
Menarik sangat homestay ini selain harga yang amat berpatutan..ia khusus untuk orang Muslim supaya tidak timbul perasaan was-was ketika menggunakan peralatan di dapur
BalasPadamPemilik homestay begitu menjaga sensitiviti dan keperluan penginap itu boleh menarik penginap datang lagi atau akan recommend kepada bakal penginap.
PadamEn Hanafi bolehlah bercuti di Terengganu nanti
Btw Abang, biskut mayat dan Toto itu apa yaa? 😅
BalasPadamKira lengkap lah yaa tempat ini. Bisa bawa keluarga pula. Lumayan 3 kamar👍. Harga pun berpatutan saya bilang. Tak terlalu mahal.
Jadi teringin pula liburan tapi bersama keluarga besar adik2.
Biskut Mayat - Biskut kering (small square cracker) biasanya akan dihidang apabila sesudah tahlil kematian di Pantai Timur
PadamToto - Alas tidur yang portable
Sis kan suka libur dan makan, Terengganu ada apa yang sis mahukan nanti, untuk rehat rehat bolehlah cuba homestay ini kalau tidak mahu ke hotel-hotel lokal
Menarik dengan info artikel homestay ni. BTW MYiDEAKiNi singgah & done follow 😊💪👌
BalasPadamterima kasih tuan
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.