Dari jauh kelihatan dua buah bukit yang nampaknya seakan terbelah. Perlis bukanlah negeri yang agak besar, boleh kelihatan sahaja dua buah bukit ini.

Bukit Chabang Mari Perlis
Bukit Chabang Mari Perlis


Laluan menuju ke Bukit Chabang Mari ini sahaja telah menampakkan suasana kampung semulajadi kehidupan di Perlis.

Laluan Masuk Agak Sempit

Dengan laluan masuk yang agak sempit yang hanya mampu memuatkan satu hala sahaja laluan kereta, ia masih menjadi salah satu tempat menarik yang boleh dilawati apabila melancong di Perlis Indera Kayangan.

Trademark Negeri Perlis

Sampai sahaja di laluan lorong masuk ke Bukit Chabang Mari, pengunjung akan diperlihatkan dengan mercu tanda (trademark) Perlis itu sendiri, pokok-pokok harum manis menghiasi pintu masuk ke kawasan rekreasi ini.

Kutipan Tiket Masuk

Pengunjung akan dikenakan bayaran RM5.00 per orang. Akan ada seorang staf akan menjaga tiket dengan resitnya sekali. Penulis datang sedikit awal dari waktu puncak, maka dapat parkir kereta dengan infrstruktur yang terdekat yang ada di Bukit Chabang Mari ini.

Kawasan Parkir Kenderaan

Kawasan hadapannya tidaklah begitu besar, dengan beberapa binaan rumah yang sederhana besar saiznya. Menjadikan kawasan parkir agak luas. Jika berjaya parkir di kawasan ini, agak dekat dan tidak perlu untuk bergegas untuk mendapatkan teduhan.

Teduhan Pohon Buluh

Secara perimeternya, ditanam pohon buluh yang agak rendang yang mampu memberikan teduhan kepada pengunjung. 

Meja dan Kerusi Teduhan Buluh
Meja dan Kerusi Teduhan Buluh


Oleh hal ini, terdapat meja dan kerusi disediakan untuk pengunjung berada di bawah teduhan rimbunan pohon buluh yang juga mampu menghasilkan simfoni alam apabila daunnya ditiup angin.

Pohon Buluh yang Rendang
Pohon Buluh yang Rendang

Teduhan dari hujan gerimis ? Pohon buluh ini cukup efisien. Seperti bait dalam lagu, hanya meneduhkan namun tidak mengenyangkan (tetapi kelihatan banyak daunan mengenyangkan kambing yang ada).

Dua Buah Bukit 'Bercabang'

Sepertimana peribahasa 'gunung daik bercabang dua...', begitulah juga panorama yang dapat pengunjung lihat pada dua buah bukit ini. Namun, namanya bukan gunung daik. Dua buah bukit yang seakan dibelah ditengahnya, yang menghasilkan satu celahan, dari sinilah dianggap sebagai 'cabang'. 

Bukit Chabang Mari Landmark
Bukit Chabang Mari Landmark


Dapat juga terlihat gua yang jelas kelihatan dengan mata kasar pada bukit di bahagian kiri.Bukit batu kapur ini menjadi latar belakang (background) untuk mendapatkan gambar dan foto yang menarik.

Bukit Terbelah Chabang Mari
Bukit Terbelah Chabang Mari


Dua buah bangku diletakkan diantara satu papan tanda dengan tanda pagar (hashtag) #BukitChabangMari tersedia untuk pengunjung yang ingin bergambar.

Pondok, Buaian dan I Love Perlis Signboard

Selain dari bangku foto dengan latar belakang Bukit Chabang Mari, terdapat binaan lain untuk bergambar kenangan. 

Pondok Background Bukit Chabang
Pondok Background Bukit Chabang


Pondok dan buaian yang terletak agak jauh sedikit dari kawasan teduhan, mungkin jika pengunjung datang pada waktu tengah hari memerlukan sedikit tuala atau payung serta air minuman.

Di kawasan ini juga adalah kawasan yang selalu menjadi tempat pengunjung yang datang bergambar di Bukit Chabang Mari, yang masih dengan latar belakang bukit bercabang.

Bergambar Di ILovePerlis
Bergambar Di ILovePerlis


Terdapat 'signboard' #ILovePerlis  juga disini.

Kambing Penyambut Tetamu

Peyambut Tetamu yang Sebenar
Peyambut Tetamu yang Sebenar


Pada awalnya penulis berjaya disantuni selamat datang oleh dua ekor kambing yang dilepaskan luar dari kandang yang agak peramah dengan pengunjung yang datang. 

Swafoto Bersama Kambing Perlis
Swafoto Bersama Kambing Perlis


Seekornya berjaya disantuni mesra oleh penulis dan sempat sahaja swafoto dengannya, walaupun ada ketikanya ia sering mempelawa penulis untuk beradu tenaga.

Arnab dan Kura Kura

Agak berunsur dongeng, namun memang benar terdapat satu sangkar yang menempatkan dua jenis haiwan yang sering menjadi kisah dalam hidup kanak-kanak. Seekor arnab dan seekor kura-kura berada di dalam sangkar yang sama. 

Kura Kura dan Arnab
Kura Kura dan Arnab


Tidak dipastikan manakah yang menang. Mungkin akan ada pertandingan ?

Burung Dalam Sangkar

Sangkarnya tidaklah begitu besar. Dibina dalam dua unit, satunya mungkin sedepa penulis lebarnya. Lagipun burung yang diletakkan bukanlah burung yang besar saiznya.

Namun, burung yang jarang sekali untuk ditemui mata dimana-mana. Cukup comel dan cantik. Ada yang bewarnan warni, ada juga yang seperti burung puyuh namun dalam versi peragawati.

Kandang Kambing dan Kawasan Ragut Kaki Bukit

Inilah tarikan alam semulajadi yang menjadi penyebab utama yang datang ke Bukit Chabang Mari selepas bukit bercabang itu sendiri.

Walaupun dalam cuaca yang beriklim panas dan lembab masih tidak kekok untuk penulis memberikan sedikit gelaran padang ragut ala Eropah melihatkan bentuk mukabumi dan keluasan padang ragut ini.

Selain latar belakang Bukit Chabang yang agak unik, terbelah dua. Menyantuni dan beramah mesra dengan kambing-kambing ini boleh dikatakan adalah penarik dan aktiviti utama di Bukit Chabang Mari bukan sekadar bergambar mesra untuk media sosial semata-mata.

Di Kaki Bukit Chabang
Di Kaki Bukit Chabang


Menjadikan topografi kaki bukit yang agak curam namun dalam versi yang agak landai untuk didaki, pihak pengurusan Bukit Chabang Mari menjadikan kawasan ini sebagai kawasan kambing meragut, bermain dan bersuka ria.

Kandang Kambing Bukit Chabang
Kandang Kambing Bukit Chabang 


Mengambil 'vibe' kambing-kambing ini galak beriadah, pengunjung yang datang ke sini turut sama meraikan kehidupan masyarakat alam semulajadi disini bersama-sama. 

Sekumpulan Kambing Di Bukit Chabang
Sekumpulan Kambing Di Bukit Chabang


Kandang kambing yang dibina di kawasan berpagar ini memerlukan sedikit pendakian anak tangga buatan untuk ke kawasan padang ragutnya.

Dengan cuaca yang baik bersama-sama dengan moral serta mental kambing yang baik maka pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman mendekati kambing-kambing yang agak jinak ini. Dengan beberapa telatah yang jarang dilihat jika anda bukan pengembala kambing.

Membelai Anak Kambing
Membelai Anak Kambing


Dapat memegang dan menyentuh kambing yang agak jinak ini mungkin meningkatkan lagi tahap 'kesenian' dan kesantuan pengunjung dengan alam semulajadi, apalagi dengan panorama dan permandangan padang ragut yang cukup indah.

Anak Gembira Lihat Kambing
Anak Gembira Lihat Kambing


Penulis berpeluang melihat beberapa ekor anak kambing sedang mengasah bakat dalam pada yang sama mengasah tanduk mereka yang baharu sahaja kelihatan, aksi spontan ini jarang dilihat melainkan bersama-sama dengan kambing yang ada disini secara dekat.

Bergambar dan melihat telatah kambing-kambing yang tidak berbahaya (harmless and innocent) ini boleh menjadi kenangan ketika berada di Bukit Chabang Mari ini. Pastikan hari tidak hujan kerana memang benar kambing takutkan air.

Apalagi terdapat binaan berfoto seperti buaian dan pangkin panjang untuk pengunjung.

Ulasan Penulis

Bagi penulis, meskipun laluan masuknya yang agak sempit dan tidak begitu cantik turapnya. Mengunjungi Bukit Chabang Mari sebagai salah satu tempat menarik di Perlis boleh kekal diletakkan dalam itinerary ketika di Perlis.

Dengan keindahan alam semulajadi asal dengan gabungan haiwan ternakan (walaupun agak kecil jumlahnya) ia masih memerikan nilai tambah dalam percutian di Perlis.

Kekurangan sumber jualan air minuman dan keadaan agak panas serta tempat parkir luas namun jauh mungkin antara sebab penulis tidak mampu memberikan markah penuh untuk lawatan di Bukit Chabang Mari Perlis.

Rating : 4.3/5.0 

Informasi Pengunjung

Lokasi Bukit Chabang Mari Perlis

Boleh dilakukan carian melalui Google Maps dan Waze.

Kampong baru bukit Chabang selatan, 

Kampong bukit chabang, 

02100 Padang Besar, 

Perlis

Harga Tiket Masuk

RM5/Orang

Fasiliti/Kemudahan

bilik air awam 

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 4G

Celcom - 4G

Polisi/Peraturan

Tiada

Hubungi

0134600029

3 Ulasan

  1. Meja di teduhan bawah pephon buluh tu cantik... Lepas ni balik perlis kena pi ziarah bukit chabang ni..

    BalasPadam
  2. saya suka tengok pokok buluh yang cukup unik dan menarik...latar belakang dengan bukit terbelah juga menarik

    BalasPadam
  3. menarik..boleh bermain2 dgn kambing..

    BalasPadam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.