2 Hari 1 Malam Di Espira Kinrara Resort Hotel Puchong Review
Bandar Kinrara Puchong bukanlah satu kawasan yang sinonim dengan kawasan percutian. Sebuah bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan kehidupan bandar dengan prasarana beli belah dan pelbagai infrastruktur kehidupan kota.
![]() |
Espira Kinrara Puchong Resort Review |
Namun, dalam kesibukan lalu lintas dan simpang jalan yang bersiur terdapat satu kawasan hotel yang agak menjadi tarikan untuk diinap.
Espira Kinrara Hotel Resort Puchong
Sebuah hotel dan resort yang dengan tema apartment dua tingkat ini terletak di kawasan padang golf yang pastinya tidak lari dari kontur muka bumi sedikit berbukit dan kehijauan yang ada.
Resort yang salah satunya hotel dari kumpulan Attana Hotel ini dinamakan Espira Kinrara Resort Hotel.
Kawasan parkir yang cukup luas dengan laluannya juga agak lebar memudahkan penginap untuk parkir dan berurusan dengan kenderaan sendiri walaupun stesen LRT hanya 500 meter dari hotel.
Binaan hotel dengan gaya apartment dijadikan tempat untuk pengunjung menginap. Pintu masuk ke kawasan penginapan agak terhad dengan laluan sempit antara tembok dan apartment. Bagi yang berjaya mendapatkan bilik tingkat atas memerlukan sedikit tenaga untuk naik ke atas ditemani dengan 'signboard' kuning, please mind your step.
Penginap boleh membuat pilihan untuk mendapatkan permandangan, permandangan kolam atau permandangan taman. Permandangan kolam harganya berbeza dengan harga sudut pandang taman.
Deretan ala rumah dengan ketinggian dua tingkat mengelilingi dua buat kolam mandi persendirian.
Dua Buah Kolam Persendirian
Dua buah kolam persendirian disediakan di Espira Kinrara Hotel Puchong. Kolam dewasa dan kolam kanak-kanak diasingkan.
Kolam Kanak-Kanak
Kolam kanak-kanak yang agak meriah dilengkapi dengan binaan seperti taman tema yang memiliki gelongsor dan baldi yang mampu berayun membuat simbahan air. Kedalaman kolam ini adalah setinggi betis orang dewasa berketinggian 1.71m.
![]() |
Kolam Mandi Kanak Kanak |
Kiosk burger dan waffle dengan kerusi meja berpayung adalah penghalang antara kolam kanak-kanak den dewasa.
Kolam Dewasa
Kolam dewasa yang berkedalaman paras dada lelaki kacak berketinggian 1.71m. Bentuknya agak melengkung dengan terdapatnya beberapa pohon kemboja dengan bunga bewarna putih merah jambu. Tiada sebarang infrastruktur taman tema ditemui disini.
![]() |
View Kolam Dewasa Dari Bilik |
Terdapat pancuran bilasan mandi dan tandas yang turut diletakkan tempat simpanan tuala.Kali ini penulis berjaya mendapatkan bilik Kasih (yang dinamakan kasih) bernombor 911.
Standard Room Espira Kinrara
Sebuah bilik tingkat atas paling hujung dan terdekat dengan lobi. Biliknya memerlukan kad akses digital untuk dimasuki. Apabila lampu mula terbuka selepas kad akses ditempatkan pada slot, kelihatan tandas disebelah kanan dan pancuran mandi beserta sinki. Kelihatan juga cermin atas pada sinki yang dilengkapi pengering rambut.
Bahagian kirinya terdapat almari pakaian dengan penyangkut pakaian telah tersedia. Peti besi diletakkan di atas laci sebagai tanda ia wujud. Kewujudan satu alat pemadam api di penjuru almari memberikan sedikit nilai dalam keselamatan dalam bilik.
Dalam almari ini juga tersandar papan sterika bersama seterika untuk penginap yang mementingkan kekemasan.
![]() |
Double Single Bed |
Empat langkah ke hadapan penulis berjaya melihat satu katil bersaiz king dan satu lagi katil 'single'. Dengan tipikal warna putih dekorasi katil berbantal di mana-mana hotel.
Menghadap katil pula terdapat satu alat elektrik yang dinamakan television yang bersaiz 21". Walaupun kecil astro supersport untuk layan EPL, AXN dan Citra beserta Nickeldoleon untuk anak-anak mampu ditayangkan pada TV ini.
![]() |
Kondimen Refreshment |
Kondimen penyegaran (refreshment) tidak dilupakan, tiga botol air mineral dengan satu cerek eletrik disediakan. Meskipun satu soketnya tidak berfungsi, mujurlah ada kabel bersoket lain disediakan untuk membancuh dua sachet kopi dengan krimer beserta gula yang disediakan. Peminat teh ? Ada dua sachet teh jenama tempatan disediakan.
Ada bawa makanan luar atau ubatan yang memerlukan peti simpanan sejuk ? Jangan risau ada disediakan walaupun tidaklah kesejukkannya itu menyakinkan untuk bakteria dan patogen tidak membiak, kerana tidak begitu sejuk.
![]() |
Balkoni View Bilik |
Apa yang penting untuk bilik ini adalah permandangannya. Tersedia satu balkoni disertakan dengan dua buah kerusi dan satu meja kaca untuk santai.
![]() |
Permandangan Balkoni Istirehat |
Bilik 911 (seakan kecemasan) yang penulis inapi ini menghadap kolam kebiruan untuk dewasa.
Ditengah-tengah sebenarnya, sebelah kanan adalah permandangan ringkas mereka yang bergambar untuk 'check-out' dan sebelah kiri permandangan mandi manda.
Jika mahu suasana 'happening' seperti taman tema ? Penulis cadangkan permandangan kolam mandi kanak-kanak.
Bilik Air yang Lengkap
Terletak di bahagian kanan apabila memasuki bilik ini, terbinanya sebuah bilik air yang lengkap dengan pancuran mandi yang bersebelahan adalah tandas duduk.
![]() |
Bilik Air Espira |
Bilik air ini dilengkapi dengan pancuran mandi yang memiliki pilihan pemanasan suhu air yang dikehendaki. Malahan setiap paip air yang ada dalam bilik air ini dilengkapi dengan pilihan dua versi suhu air.
![]() |
Sinki Air |
Peralatan mandi seperti penutup kepala pakai buang, berus dan ubat gigi, dan seperti kebiaasaan mandian dan shampoo rambut yang diisi didalam balang kecil bersaiz dua jari untuk kegunaan penginap.
![]() |
Tandas Duduk |
Kehadiran pemanas memang diperlukan apabila anda berjaya mengembirakan diri selepas bermain air kolam sebagai bilasan.
Pengalaman Ringkas Di Espira Kinrara
Walaupun dalam bandar, suasana dan persekitaran agak tenang. Masih dekat dengan alam semulajadi. Walaupun untuk sampai masih terdapat jalan berlopak di negeri maju.
Kawasan parkir dan laluan kereta agak luas, walaupun hanya laluan sehala masih cukup luas walau ada yang parkir di bukan dalam petak parkir.
Dari kondisi bilik, bagi penulis ia agak tidak berpatutan dengan harga. Biliknya biasa sahaja, sama sahaja dengan bilik bawah RM200 harganya.
Mungkin caj berlebihan itu untuk kolamnya, cukup puas bermain dan mandi manda di kolamnya. Apalagi anak-anak kecil, cukup puas hati dari riak wajah melainkan ada masanya bau klorin yang agak melampau berjaya dikesan di rambut anak.
Gagal mencari kiblat untuk solat kerana signboard perkataan kiblat disimpan di dalam laci. Terpaksa menggunakan aplikasi Qibla Finder.
Rating: 4.0/5.0
Informasi Pengunjung
Lokasi Hotel
Sekitar bandar Kinrara Puchong, dan bersebelahan dengan padang golf. Agak berdekatan dengan Bukit Jalil.Waze dan Google Maps sahaja, tepat lokasinya.
Espira Kinrara Puchong Hotel Resort,
Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara,
47180 Puchong,
Selangor
Jenis Bilik
Espira Standard Room (pool view)
Harga Penginapan
RM353
Kemudahan Lain
TV
Wifi
Safe Deposit Box
Mini Peti Sejuk
Kelengkapan
Tuala : 2
Tempat Sidai Pakaian
Cerek Air c/w kopi, boh sachet
Alat Pemadam api
Pengering Rambut
Sterika (bersama bod)
Telefon (IDD room service)
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 5G
Celcom - 5G
Polisi/Peraturan
Check In : 3.00 p.m
Check Out : 12.00 p.m
Hubungi
Telefon : 03-8079 1000
0 Ulasan
Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.