Bagi penulis jika ada yang inginkan suasana kehidupan kampung yang masih kemelayuan dan relevan di masa kini adalah kawasan kampung yang ada di Negeri Sembilan jika di sebelah pantai barat semenanjung Malaysia.

Homestay Bunga Raya Kg Gebok Mantin Review
Homestay Bunga Raya Kg Gebok Mantin Review


Kampungnya masih terpelihara dengan suasana alam semulajadi dan sosio ekonomi kawasan sekitar. Apalagi kawasan kampung yang boleh dikatakan terletak di bahagian hulu yang memiliki struktur kontur tanah tinggi dengan aliran air yang membentuk sungai.


Keheningan Panorama Kampung yang Asli

Sebagai contoh adalah Mantin di Negeri Sembilan. Dikelilingi dengan panorama bukit-bukau dengan majoriti kehidupan disini menjadikan kebun buah-buahan sebagai sumber ekonomi masyarakat setempat memberikan suasana kampung yang cukup untuk percutian singgah atau 'staycation'.

Ruang Depan Homestay Bunga Raya
Ruang Depan Homestay Bunga Raya


Apalagi dengan penginapan inap desa dengan pengalaman bangun paginya sudah mula didendangkan dengan kicauan burung berzikir kepada Tuhan dan kedengaran orang kampung bertegur sapa yang sentiasa menjadi retorik permulaan sebuah babak dalam iklan raya Aidilfitri.

Tanga Warna Warni
Tanga Warna Warni


Ditambah pula dengan rekabentuk rumah inap desa dengan ciri-ciri rekabentuk kemelayuan yang bumbungnya agak terperinci apalagi dekorasi pada dinding serta binaan lain yang ada pada rumah ala tradisional mungkin mampu membangkitkan memori kanak-kanak dengan ngiangan iklan Adabi yang menjadikan babak bukaan jendela kayu sebagai 'trademark'. 

Tanaman Pohon Buah Sekitar Laman

Dengan laman sekitarnya ditanam dengan pohon kayu yang mampu memberikan buah dan teduhan seperti manggis, jambu kayu, rambutan apalagi pohon kelapa mawar yang rendah berbuah lebat, memang sah pengalaman memiliki rumah tradisional dengan pengalaman hidup tenang di kampung lebih terasa.

Laman Tepi Pokok Buahan
Laman Tepi Pokok Buahan


Meskipun ada sungai di bahagian belakang, namun yang tidak begitu terjaga dengan air yang agak terhad alirannya. Kekurangan ini berjaya diatasi dengan cemerlang dengan kehadiran kolam peribadi yang boleh memuatkan satu keluarga tidak kira dewasa dan kanak-kanak.

Homestay Bunga Raya Kg Gebok Mantin

Kriteria yang penulis ceritakan di atas adalah mengenai sebuah inap desa yang cukup tradisional dan menenangkan yang ada di Kg Gebok, Mantin Negeri Sembilan. Sebuah inap desa dalam kampung yang memiliki jalan kampung agak kecil namun pasti penginap akan menikmati pengalaman hidup di kampung walau satu malam.

Bahagian Hadapan Homestay Bunga Raya
Bahagian Hadapan Homestay Bunga Raya


Inap desa yang penulis maksudkan adalah Homestay Bunga Raya Kg Gebok

Sekali pandang terus terngiang dalam ruang 'catchy' dalam otak lagu tradisional sebagai lagu latar. Dengan mercu tanda selamat datang oleh haruman pokok bunga rampai yang ditanam di sebelah pagar utama. Tambahan pula tangga batu yang bewarna-warni, tidak sabar rasanya untuk masuk ke rumah tradisional ini.

Ruang Tamu 'Aura' Tradisional 

Ruang Sembang
Ruang Sembang


Buka sahaja pintu utama, terbentang luas ruang tamu yang mampu membangkitkan kenangan lama (kali ini kedengaran radio gramophone sebagai latar. Kali pertama melihat ruangan ini terus terbayangkan seminggu sebelum raya suasananya. 

Ruang Rehat Santai
Ruang Rehat Santai


Agak klise permandangan untuk iklan raya, dengan seksyen televisyen dengan Astro Njoi di bahagian kanan, terdapatnya ruangan rehat dengan sofa 'mesin masa' iaitu sofa apabila anda terjun terus tenggelam dan di penjuru depan terdapat ruangan makan yang pastinya terbayang beberapa mak, mak cik atau gadis-gadis sedang mengupas bawang di meja makan tersebut.

Laluan Ke Bilik
Laluan Ke Bilik


Ruangan Bilik Persendirian Rumah Kampung

Terdapat tiga buah bilik tidur yang agak sama dekorasinya. Melainkan bilik tidur utama yang terletak paling hujung yang disertakan dengan bilik air sendiri. Ada sebab bilik tidur utama di bahagian paling hujung kerana ia agak memanjang perimeternya dan memiliki bukaan jendela yang agak banyak.

Bilik Master Bedroom
Bilik Master Bedroom


Katil untuk bilik utama adalah bersaiz Queen, bilik sebelah kanan dilengkapi satu katil single, manakala bilik sebelah kiri dari luar memiliki dua buah katil single.

Katil Di Bilik Kanan
Katil Di Bilik Kanan


Dua bilik lain bertentangan antara satu sama lain bagi memberikan pengcahayaan dari luar juga menerusi tingkap/jendela.

Bilik Kedua Sebelah Kiri
Bilik Kedua Sebelah Kiri


Kelengkap yang ada di ketiga-tiga bilik tidur adalah sama sahaja, dilengkapi dengan kipas siling dan pendingin hawa. 

Kecuali bilik utama, dua bilik lain akan memerlukan perkongsian bilik air yang terletak di bahagian dapur.

Ruang Dapur yang Agak Strategik

Bahagian dapurnya terletak sejurus kelihatan meja makan di bahagian kiri pintu hadapan. Boleh dikatakan cukup lengkap kelengkapan dan barang 'hardware' keperluan untuk memasak, walaupun ketika kejadian bateri dapur gagal berfungsi namun pemetik api disediakan.

Peralatan Di Ruangan Dapur
Peralatan Di Ruangan Dapur


Air panas boleh didapati dengan menggunakan 'water dispenser' yang disediakan, turut membantu satu cerek eletrik sebagai 'spare'. Bagi yang ingin membuat 'spin' mengeringkan pakaian apalagi ingin membasuh baju, terdapat mesin basuh elektrik versi manual disediakan di sebelah bilik air kedua.

Perkakas Dapur yang Lengkap
Perkakas Dapur yang Lengkap


Pintu dapur juga memberikan akses kepada penginap untuk ke....

Laman Belakang Tempat Rekreasi Dengan Kolam

Laman belakang ini boleh dikatakan akan menjadi kawasan paling lama untuk diterokai kerana dibahagian ini adalah lama belakang dengan sebuah kolam mandi.

Kolam mandi yang memiliki sistem 'filtration' yang lengkap dan berfungsi menjamin keselamatan dan kondisi air kolam. Kolam mandi dengan kedalaman maksima paras dada seorang lelaki dengan ketinggian 171cm. Kedalaman secara beransur-ansur dari hujung kawasan takungan kanak-kanak.

View Belakang Dengan Kolam
View Belakang Dengan Kolam


Satu gazebo disediakan sebagai 'singgahan' pelbagai guna ketika menggunakan kolam mandi yang disediakan.

Kolam Mandi dan Gazebo
Kolam Mandi dan Gazebo


Keselesaan, ketenangan dan pengalaman menikmati rumah kampung versi bangsawan di Homestay Bunga Raya Kg Gebok Mantin ini mungkin akan memungkinkan untuk penulis datang lagi. 

Laman Belakang Luas
Laman Belakang Luas


Sejujurnya tiada banyak kawasan menarik di kawasan luar inap desa melainkan syurga peminat buahan tempatan.

Tempat Menarik Berdekatan Inap Desa

Mungkin ada yang ingin ke Bukit Broga,  Ostrich Wonderland & Rabbit Fundland Semenyih apalagi untuk ke Sepang Circuit, masih dalam radar sekitar 30 minit-45 minit anda. 

atau ke Food Festival by Kak Nab dengan menghabiskan 2 jam beratur mendapatkan Suka Dessert seperti isteri penulis haha.

Dengan 'layanan' pemilik yang agak mengikut kata penginap dan tidak begitu kekok dalam menyantuni penginap walau tiada di depan mata. Terima kasih untuk 5 biji kelapa pandan yang berjaya dipetik dan diambil airnya dengan kebenaran.

Rating Penulis: 4.8/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Homestay

Exit LEKAS Pajam atau Exit ELITE Nilai, terus menuju ke Jalan Pajam-Nilai-Salak, sampai sahaja Kg Gebok sekitar kawasan jualan buah-buahan, terus masuk Jalan Bunga Raya yang agak memerlukan pemberian jalan jika bertembung.

Google Maps dan aplikasi Waze ada.

Homestay Bunga Raya, 

Jalan Bunga Raya, 

Kampung Gebok, 

71700 Mantin, 

Negeri Sembilan

Harga Penginapan

RM450/malam (RM100 refundable deposit)

Bilik Tidur

1 Bilik utama : aircond + kipas syiling (katil queen) + tandas 

2 Bilik Standard : aircond + kipas syiling (katil single)

Bilik Air

1 Bilik Utama

1 Dapur

Kemudahan Lain/Fasiliti

Smart TV (Njoi Astro)

Tempat Masak (termasuk pinggan/mangkuk/sudu/garfu)

Tempat BBQ

Kolam Mandi

Gazebo

Kelengkapan

Tuala 

Sejadah

Seterika (termasuk bod)

Mesin Basuh

Peti Sejuk

Water Dispenser Midea

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 5G

Celcom - 5G

Polisi/Peraturan

Check In : 3.00 p.m 

Check Out : 12.00 p.m

Hubungi

011-31320375


 

1 Ulasan

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.