Embun Cafe Telok Panglima Garang: Tempat Makan Santai dengan Hidangan Menyelerakan

DEmbun Cafe Telok Panglima Garang

Embun Cafe merupakan sebuah restoran santai yang terletak di Telok Panglima Garang, Selangor. Sesuai untuk seisi keluarga, pasangan, atau sesi lepak bersama rakan-rakan, kafe ini menjadi salah satu tempat makan best di kawasan Klang Selatan.

Suasana Restoran

Dengan konsep terbuka dan dekorasi ala kampung moden, D’Embun Cafe menawarkan suasana yang nyaman, redup dan dikelilingi oleh kehijauan semula jadi. Lampu hiasan malam menambahkan lagi suasana romantik, sesuai untuk makan malam istimewa atau sambutan ulang tahun. Tempat duduk tersedia untuk indoor dan outdoor, memberikan pelanggan pilihan keselesaan masing-masing.

Bagi yang inginkan sapa bayu secara semula jadi dengan deruan enjin kenderaan, outdoor adalah kawasannya. Inginkan keselesaan berhawa dingin ditemani dengan suara televisyen ditambah dengan suasana ‘Hell’s Kitchen’ versi sopan jom masuk indoor.

Menu Utama yang Wajib Dicuba

  • Nasi Lemak Ayam Berempah
  • Set Western Chicken Chop
  • Spaghetti Carbonara dan Bolognese
  • Sate Daging & Ayam Homemade
  • Aneka minuman seperti Teh Tarik, Caramel Macchiato, dan Air Buah Viral

Menu di sini disusun rapi dengan gabungan hidangan tradisional dan moden. Setiap hidangan disediakan segar dari dapur dan mempunyai rasa yang asli, cukup rempah dan memuaskan selera.

Menu yang Penulis Cuba

nasi goreng lamb chop sambal gesek

Terdiri daripada beberapa kondimen seperti – semangkuk nasi goreng, beberapa hirisan daging kambing dengan sos lada hitam, secangkir sambal ala penyet, keropok ‘moni’.

Semuanya berperisa dari nasi goreng sehinggalah keropok moni.

Nasinya adalah nasi goreng yang tidak kuat perisanya, lebih kepada nasi goreng biasa yang sedang menuju ke arah nasi goreng cina, dengan ‘base’ kicap.

Hirisan daging kambing yang agak lembut, yang telah diletakkan dengan sos, agak lembut untuk dipisahkan dengan garfu dan tidaklah begitu menonjol rasanya.

nasi goreng dan lamb chop

Sambal gesek – mungkin adalah signature sambal untuk menu ini, jika anda pernah menikmati sambal ayam penyet dan ayam gepuk pasti tidak akan asing dengannya. Dari segi kepedasan, bayangkan sambal nyet Khairul Aming yang telah diubah semula, pedas namun tidak terbawa-bawa sehingga denyutan pada bibir.

Pengalaman Penulis

Kafe ini menjalankan aktiviti layan diri, mungkin mereka terlalu sibuk menyiapkan hidangan. Seorang staf akan datang memberikan buku menu, pen biru dan sekeping kertas yang perlu diisi pelanggan, mungkin pelanggan yang biasa datang terus sahaja ke kaunter mendapatkan segala peralatan pesanan ini.

Selesai membuat pilihan menu, terus sahaja ke kaunter untuk menghantar pesanan. Penulis dikehendaki untuk membuat bayaran dahulu sebelum makanan sampai.

Agak dalam 20-25 minit hidangan pertama sampai di meja, berselang 5 minit hidangan seterusnya.

Dari segi suasana agak ‘A’, dan suasana di belakang kaunter sehingga dapur ia agak mengikuti sedikit suasana ‘Hell’s kitchen’ style, dimana ‘supervisor, manager’ memberikan sedikit sebanyak arahan kepada staf bawahan dalam versi rancangan realiti tersebut.

Kafe yang sepatutnya seperti lagu Salam dan Malique, menjadi agak hard rock cafe.

Mungkin dari ‘kekalutan’ ala Hell’s Kitchen tersebut, ‘supervisor’ tersebut tersilap membuat pembetulan menu dari penulis.

Menu sizzling dengan yee mee ingin penulis tukarkan kepada kue tiau, namun, kesilapan komunikasi penulis beranggapan bahawa penulis ingin menukar menu kue tiau iaitu char kue tiau, yang agak lambat sampai, yang mampu mengubah ‘vibes’ tenang isteri penulis di dalam kafe kepada dapur Hell’s Kitchen Gordon Ramsay.

Jika anda inginkan suasana Hell’s Kitchen berbanding suasana kafe yang Salam Musik gambarkan dalam lagu ‘Cerita Kedai Kopi’ di Amsterdam, inilah kafe anda.

Lokasi & Alamat

Embun Cafe


Lot 128, Jalan Kebun Baru,

Telok Panglima Garang,

42500 Kuala Langat, Selangor

Harga Menu

  • Nasi Goreng Lamb Chop Sambal Gesek – RM20.90
  • Nasi Putih Chicken Chop Sambal Gesek – RM10.90
  • Char Kue Tiau – RM10.90
  • Air Sirap – RM5.00

Harga yang ditawarkan amat berpatutan jika dibandingkan dengan kualiti rasa dan kuantiti hidangan yang diberi. Mereka juga ada pakej set combo untuk keluarga dan majlis kecil.

Waktu Operasi

Selasa – Ahad: 4.00 petang – 11.00 malam
Tutup pada hari Isnin

Kaedah Pembayaran

Pelanggan boleh membuat pembayaran secara:

  • Wang tunai
  • QR Pay (Touch ‘n Go, Boost, GrabPay)
  • Kad debit/kredit

Maklumat Hubungan

Untuk tempahan meja, majlis atau sebarang pertanyaan, hubungi:
WhatsApp: +60102512170
Facebook: facebook.com/embuncafe

Loading

Snapbackpacker

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

2 Responses

  1. Fanny Nila says:

    Nak coba, tapi jauuuuuh . Nasgor dengan lamb memang sedaaaap. Saya suka nasgor macam nih bang. Tak terlalu pekat kecapnya. Kalo terlalu banyak, rasa jadi cendrung manis.

    Terlepas dari beberapa minus point, tp okelah untuk dicoba yaa 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *