Ulasan Bermalam Di D’Desa Resources Homestay Sungai Besar Selangor

inap desa d desa resources review

 Mencari homestay yang selesa, luas dan sesuai untuk percutian keluarga atau rombongan kerja di kawasan Sungai Besar? D’Desa Resources Homestay menawarkan pengalaman inap desa yang menenangkan, lengkap dengan suasana kampung yang damai dan fasiliti moden.

Kenali D’Desa Resources Homestay

banner

Terletak di kawasan strategik di Sungai Besar, Selangor, homestay ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin lari dari hiruk-pikuk kota. Dikelilingi oleh sawah padi dan suasana kampung yang asli, ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati ketenangan dan kehidupan desa sebenar.

Persekitaran Luar

deretan chalet

Persekitaran luar D’Desa Resources Homestay sangat luas dan bersih. Terdapat halaman lapang yang sesuai untuk aktiviti keluarga seperti BBQ, permainan tradisional atau sekadar bersantai di waktu petang. Tumbuhan hiasan dan suasana desa memberikan aura nyaman dan segar sepanjang masa.

Reka Bentuk Dalam

dalam bilik

Bahagian dalam homestay ini dihias kemas dengan konsep moden kampung. Setiap ruang tamu dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas, set sofa, TV dan sambungan Wi-Fi. Bilik tidur disediakan dengan katil berkualiti, selimut bersih dan ruang yang luas. Dapur lengkap dengan kemudahan asas seperti peti sejuk, cerek elektrik, dapur memasak dan peralatan dapur lain.

katil

Dua Jenis Kolam Mandi Private

kolam

Apa yang menariknya adalah dua buah kolam mandi yang disediakan. Satu terdapat pada rumah bernombor 7 dan satu lagi dibahagian belakang.

Kolam mandi di rumah bernombor 7 ini lebih besar, dengan dilengkapi dengan gazebo dan kerusi bersidai. Lebih besar dan dewasa dan kanak kanak sesuai.

kolam kedua

Kolam mandi dibahagian belakang lebih dikhaskan untuk anak anak kecil mandi. Dengan permandangan padang sekolah berdekatan.

Perimeter kolam yang agak kecil lebih sesuai untuk kanak kanak dan bayi dengan pelampung keselamatan.

Pengalaman Penulis

Kelebihan

Strategik kawasannya. Kedai makan viral tebu dan kedai ikan bakar cukup dekat. Kedudukan strategik ini membolehkan penginap mudah untuk keluar masuk.

Mencari makanan atau barangan dekat sahaja dengan pekan Sungai Besar.

Suasana memang A, pertama kali memandang sudah terasa menarik kawasan ini. Dengan rekabentuk rumahnya yang pelbagai dan dihiasi pohon pohon renek.

Kemudahan yang lengkap menjadi kelebihan kepada inap desa ini, tandas awam juga disediakan. Tempat makan dengan kipas di atasnya cukup untuk adakan jamuan.

Pastinya dua kolam mandi menjadi keutamaan. Dengan bauan klorin menandakan kolam ini dijaga airnya.

Ditambah pula dengan aliran keluar masuk air.

Kekurangan

Parkir yang cukup terhad. Penginap perlu parkir di hadapan rumah dan agak sempit bahagian hadapannya.

Agak khuatir jika penginapan atau rumah disini semua dihuni, pasti sukar parkir di dalam. Berkemungkinan parkir di luar jalan raya pasti berlaku.

Jika ada penginap yang adakan acara makan-makan, seperti yang penulis alami, pasti agak merisaukan dengan jemputan yang ramai untuk bbq di kolam.

Bercerita tentang kebaikan dua kolam Tetapi ada sedikit kekurangan meskipun awam boleh menggunakan, namun jika penginap rumah no 7 ingin ‘conquer’ mungkin penginap lain perlu ke kolam lagi satu.

Jika penginap No 7 bawa famili luar atau rakan, tiada harapan untuk gunakannya.

Gangguan mat rempit sejati. Jalan Klang – Sabak Bernam penulis memang tabik kepada PBT kawasan ini, memang terbaik jalannya.

Dari sinilah berkumpulnya mat rempit dengan bunyi bising ekzos yang mengganggu tidur penginap. Pengalaman penulis, sehingga 4 pagi masih ada mat rempit membuat bising.

TV sebagai peneman kesunyian ? Maaf, rosak.

Tempat Makan Sekitar D Desa Resources

  • Ali Penang Char Koew Teow (Ada Ikan bakar)
  • Abah Ikan Bakar (termasuk seafood)
  • Laman Tebu Aidil (petang)
  • Restoran Lembah Bernam (Tengahari)
  • Restoran Selera Rimba (Jauh)
  • Mee Udang King Original
  • Mee Udang Banjir BNO

Aktiviti & Tempat Menari Berdekatan

  • Lawatan ke Sawah Padi Sungai Besar
  • Pasar Segar & Pasar Malam Sungai Besar
  • Jeti Sungai Haji Dorani – lokasi memancing & melihat matahari terbenam
  • Muzium Daerah Sabak Bernam
  • Pelancongan Agro & kebun buah-buahan bermusim

Lokasi & Alamat

D’Desa Resources Homestay
Lot 5059, Jalan Parit 2 Timur,
45300 Sungai Besar, Selangor

Harga Bilik

Rumah No 1 (RM 70.00) – Pilihan Penulis
Rumah No 2 Dan 4 (RM 80)
Dorm No 3 ( RM 120.00)
Rumah No 5 (RM 160.00)
Rumah No 6 (RM 180.00)
Rumah No 7 (RM 250.00)

Waktu Operasi

Homestay ini beroperasi setiap hari, termasuk cuti umum. Check-in bermula jam 2:00 petang dan check-out sebelum 12:00 tengah hari.

Kaedah Pembayaran

  • Bayaran tunai semasa ketibaan
  • Online transfer (Maybank / CIMB / BSN)
  • Deposit diperlukan untuk tempahan awal

Kemudahan Disediakan

  • 3 bilik tidur & 2 bilik air
  • Aircond & kipas siling
  • TV & Wi-Fi
  • Dapur lengkap & peti sejuk
  • Set BBQ & kawasan lapang
  • Tempat letak kereta berbumbung

Polisi Penginapan

  • Tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan
  • Dilarang merokok di dalam rumah
  • Majlis kecil dibenarkan dengan notis awal
  • Deposit keselamatan akan dipulangkan selepas check-out

Liputan Internet & Data

Homestay ini mempunyai sambungan Wi-Fi percuma. Untuk talian mudah alih, liputan sangat baik untuk semua rangkaian utama:

  • U Mobile: Liputan stabil
  • Maxis: Isyarat kuat dan sesuai untuk hotspot
  • Celcom: Liputan luas dan boleh digunakan untuk streaming

Maklumat & Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi terus:

  • Nama Pemilik: Pn. Azizah
  • Telefon: 012-3599936
  • WhatsApp: Klik untuk WhatsApp: https://wa.me/012-3599936
  • Facebook: D’Desa Resources Homestay Sungai Besar

Homestay Tradisonal dengan Kolam Mandi ? Sinilah!

Jika anda merancang untuk bercuti ke Sungai Besar atau kawasan sekitar Sabak Bernam, D’Desa Resources Homestay adalah pilihan terbaik yang menggabungkan keselesaan moden dan ketenangan kampung. Tempah awal untuk elak kekecewaan terutama musim cuti sekolah!

Loading

Snapbackpacker

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

4 Responses

  1. Aphizha says:

    Best jugak stay kat sini ada banyak pilihan bilik. Air kolam pun terjaga kebersihan tu. Harga pun masih di paras mampu inap di sini. Sesekali nak feel kampung bolehlah stay sini. Cuma bab parkir tu susah sikit lah kalau tak ada space kan. Susah juga.

  2. Kalau nak rasa berumah kayu dengan warna kampung Kemelayuan memang cantik. Kg Sg Haji Dorani banyak tempat menarik boleh jadikan singgahan.

    Itulah bab parkir memang masalah sikit kalau kereta besar masuk dalam nak keluar agak sukar. Letak kat luar risau ada risiko lain.

    Apa apa pun harga cukup berpatutan.

  3. anamizu says:

    view, harga semua mcm dah best dah tapi parking pulak mcm terhad ye? takpe boleh bookmark dulu utk rujukan nti hehehe

  4. aah, mungkin boleh datang ketika bukan musim cuti hehe…boleh sahaja parkir luar, tapi risiko keselawatan tu penulis kurang yakin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *