Review Makanan: Tilapia Terbang di UCU Kak Rock – Ikan Goreng Paling Rangup & Padu!

UCU Tilapia Terbang Kak Rock terkenal dengan menu ikan tilapia goreng paling rangup di bandar. Ketahui kenapa pelanggan sanggup datang jauh untuk merasai Tilapia Terbang yang viral ini!

Set Nasi Talapia Terbang Ucu Kaklong Rock

Jika anda penggemar ikan goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam, UCU Tilapia Terbang Kak Rock adalah destinasi yang wajib anda cuba. Terletak di lokasi yang sederhana tetapi sentiasa dipenuhi pelanggan setia, tempat ini cukup terkenal dengan menu Tilapia Terbang yang menjadi sebutan ramai.

Tilapia ini digoreng dalam gaya “terbang” – dibelah dan dibuka luas seakan-akan sedang terbang. Hasilnya? Ikan goreng yang rangup di luar, tetapi kekal juicy dan lembut di dalam. Tidak berminyak, tidak hanyir, dan memang puas hati!

Tilapia Terbang Garing

Setiap hidangan disajikan bersama sambal pedas dan masam yang memang ‘kena’ dengan rasa ikan. Tambah pula nasi panas dan sedikit perahan limau – kombinasi yang buat anda nak tambah lagi!

Restoran ini sederhana dan santai, sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam ringan. Layanan pantas, portion mengenyangkan, dan harga sangat berpatutan. Walaupun tempatnya ringkas, rasa makanannya bintang lima.

Staf yang sering memberikan senyuman dan tidak kekok melayan permintaan dan pertanyaan pelanggan.

Salah satu lagi adalah beberapa hidangan sampingan seperti air, ulaman, kuah simple, keropok, dan bubur adalah ‘add-on’ percuma, ya percuma! untuk pelanggan.

Kondimen Percuma

Tilapia Terbang Kak Rock bukan sekadar ikan goreng biasa. Ia disediakan dengan penuh rasa, teknik gorengan yang tepat, dan sambal yang mengikat segalanya. Jika anda mencari pengalaman makan yang memuaskan dan harga berpatutan, ini tempatnya.

Dari segi porsi, ikan talapia goreng seekor dengan saiz satu penampar seorang lelaki dengan berat 75kg, agak besar saiznya. Namun, nasinya cuma semangkuk biasa porsi nasi ayam yang tipikal kita lihat.

Semangkuk kecil sambal ala penyet yang masih kelihatan kulit cilinya yang agak berair, porsi ini sudah memadai dengan saiz ikan talapia yang digambarkan tadi memandangkan ia adalah sambal.

Semangkuk kecil sup kosong sebagai penambah perisa supaya keadaan set ini tidak kelihatan seperti padang pasir Sahara atau sebahagian Sungai Pahang ketika musim kemarau.

Basahkan sedikit nasi putih dengan sup kosong yang berteraskan perisa, cubit isi ikan bersama sekali kulitnya yang diselaputi tepung, jangan lupa cecahkan pada sambal penyetnya, terus masuk ke mulut, puas hati. Pergaulan pelbagai perisa dan tekstur menghasilkan satu rasa puas dalam mulut.

Hidangannya agak ringkas, namun puas hati. Bagi pencinta ikan tilapia goreng dengan sambal penyet pasti tidak akan kisah dengan harganya.

Bagi penulis dengan harga RM 12.00 ini, cukup masih berbaloi untuk dicuba. Dengan porsinya agak mengenyangkan dengan pengalaman rasa yang baharu, masih berpatutan

Penilaian: ★★★★☆ (4.5/5)

  • Menu wajib cuba: Tilapia Terbang bersama sambal
  • Sesuai untuk: Makan tengah hari keluarga atau lepak santai dengan rakan
  • Tip: Makan panas-panas untuk rasa rangup maksimum!

Lokasi di tepi jalan tidak begitu sukar untuk menemui kedai makan Ucu Talapia Terbang & Kaklong Rock Kitchen apalagi berdekatan dengan dewan kahwin lorong ini.Google Maps jika boikot Waze yang juga ada infonya.

Ucu Talapia Terbang & Kaklong Rock Kitchen,
4163, Jalan Bani,
Kampung Jln Kebun,
40460 Shah Alam,
Selangor

Tilapia Terbang (Set) : RM12.00

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 11.30 pagi hingga 4.30 petang. Bergantung kepada habis awal tutup awal.

Kerusi Baby

Tunai
QR Duitnow

Loading

Snapbackpacker

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

2 Responses

  1. MZ says:

    salam perkenalan. thanks sbb sudi drop komen kat my lil blog. wahh menariknya blog u ni. very informative!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *