eSIM vs SIM Biasa – Cara Jimat Data Internet Masa Travel

Salah satu perkara paling penting ketika melancong ke luar negara ialah akses internet. Sama ada untuk gunakan Google Maps, cari restoran halal, atau sekadar update media sosial, internet memang jadi keperluan. Dua pilihan utama yang ada sekarang ialah SIM biasa (fizikal) dan eSIM. Jadi, mana satu lebih berbaloi untuk jimat data internet semasa travel?
Apa Itu SIM Biasa?
SIM biasa ialah kad kecil fizikal yang dimasukkan ke dalam telefon untuk dapatkan talian. Ia sudah lama digunakan dan masih popular kerana mudah didapati di kedai telekomunikasi atau lapangan terbang. Biasanya, pelancong beli local SIM card di negara destinasi untuk dapatkan data lebih murah berbanding roaming dari Malaysia.
Apa Itu eSIM?
eSIM pula adalah versi digital SIM card. Ia tidak memerlukan kad fizikal kerana sudah disokong oleh kebanyakan telefon pintar terbaru (contohnya iPhone, Samsung flagship, Google Pixel). Anda hanya perlu imbas kod QR dan terus boleh aktifkan pelan data. Mudah, cepat, dan tidak perlu tukar SIM kad fizikal.
Kelebihan SIM Biasa
- Mudah didapati di hampir semua lapangan terbang dan kedai telekomunikasi.
- Biasanya lebih murah untuk pelan data tempatan.
- Boleh digunakan di telefon lama yang tidak menyokong eSIM.
Kelebihan eSIM
- Tidak perlu tukar SIM fizikal – aktifkan terus melalui QR code.
- Boleh simpan lebih daripada satu nombor/line dalam satu telefon.
- Jimat masa – boleh beli dan aktifkan sebelum tiba di negara destinasi.
- Kurang risiko hilang SIM card asal kerana tidak perlu keluarkan dari telefon.
Cara Jimat Data Internet Semasa Travel
- Gunakan eSIM jika telefon anda menyokong – beli sebelum berlepas, jadi anda terus ada internet bila sampai.
- Pilih SIM biasa jika anda mahukan pelan data lebih murah, terutama untuk penggunaan jangka panjang.
- Gunakan WiFi percuma di hotel, kafe atau lapangan terbang untuk kurangkan penggunaan data.
- Gunakan aplikasi offline seperti Google Maps offline untuk elakkan data bocor.
Kelebihan dan Kekurangan Jenis SIM
Sama ada eSIM atau SIM biasa, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Untuk anda yang mahu mudah dan pantas, eSIM adalah pilihan terbaik. Tapi kalau anda utamakan kos murah, SIM biasa mungkin lebih sesuai. Apa pun pilihan anda, pastikan buat kajian sebelum travel supaya dapat jimat data internet dengan lebih berkesan.
5G eSIM Malaysia | Celcom Digi
No need to switch physical SIM cards, activation via the Klook app or through eSIM QR code.
![]()
