Cara dan Bajet untuk ke Koh Lipe Thailand Melalui Pulau Langkawi

langkawi kohlipe trip

Ingin rasa betul-betul percutian, semestinya pulau menjadi pilihan. Di Malaysia banyak pulau namun kadang-kadang ada juga rasa teringin untuk merasa untuk di’stamp’ passport.

Dengan kata lain melancong ke luar negara.

Untuk bercuti di luar negara banyak sebenarnya kekangan, seperti masa dan wang.

Apa kata cuba pergi melancong ke negara jiran, sebagai contohnya adalah yang ada di utara Malaysia, iaitu negara Thailand.

Pada hematnya, Thailand bukanlah sesuatu kawasan pelancongan yang asing bagi rakyat Malaysia, malahan mungkin menjadi tempat selalu rakyat Malaysia kunjungi.

Selain dari nilai matawang yang berbeza, makanan yang sedap-sedap apalagi untuk mencuci mata.

Untuk percutian dekat dan masih memerlukan passport merah digunakan jom ke Koh Lipe.

Koh Lipe adalah salah satu pulau yang paling dekat dengan Malaysia. Lebih senang ingat, dekat dengan Pulau Langkawi.

Namun, tahukah anda bagaimana untuk ke Koh Lipe ?

Boleh ke dengan bas ?
Boleh ke dengan kereta ? atau
Bolehkah dengan pesawat ?

Cara untuk ke Koh Lipe Melalui Langkawi

Laluan ini kebiasaanya adalah untuk rakyat Malaysia yang ingin ke Koh Lipe Thailand, semestinya dari pelusuk negara boleh berkumpul dan transit di KLIA/KLIA2.
 
Mungkin bagi pelancong asing yang sudah berada di Malaysia atau mereka yang datang dari Australia, New Zealand, Singapura dan Indonesia atau negara-negara yang dibawah negara Malaysia pada peta boleh menjadikan Malaysia sebagai transit untuk ke Koh Lipe.

Boleh digelarkan laluan ini untuk pelancong yang datang dari arah selatan hemisfera.

Cara untuk Ke Pulau Langkawi

Pesawat Terbang

Di KLIA/KLIA2 dapatkan tiket penerbangan ke Pulau Langkawi. Terdapat dua syarikat penerbangan Malaysia yang ada penerbangan ke Langkawi (LGK)

Airasia
Malaysia Airlines

Bagi yang ingin ke Langkawi dengan tiket yang lagi murah boleh menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Skypark.
 
Dua jenis syarikat penerbangan untuk ke Langkawi (LGK) dari sini adalah;

Fireflyz
Malindo Air

Secara kesimpulannya ada 4 syarikat penerbangan Malaysia boleh terbang ke Pulau langkawi, Kedah.

Cheap Flights to Langkawi

Cheap Flights to Langkawi
Flight Tickets to Langkawi — Choose from 90,000+ travel routes. Compare prices.

Book Here

Bas

Boleh dapatkan tiket bas dari mana-mana stesen bas menuju ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah.

Kuala Lumpur To Perlis Bus

Kuala Lumpur To Perlis Bus
Book bus ticket online without queuing at Terminal Bas Kangar. Check out all types of bus and coach tickets and book instantly.

Book Here

Kereta Api / Tren

Bagi jalan darat selain bas boleh juga menggunakan perkhidmatan kereta api dan turun di stesen Alor Setar,Kedah atau stesen Arau, Perlis.

Kuala Lumpur To Perlis Train

Kuala Lumpur To Perlis Train
Train Travel from Kuala Lumpur to Perlis. Info about Train Prices, Train Schedule and Timetables.

Book Here

Jeti untuk Ke Pulau Langkawi

Dapatkan grab atau teksi untuk ke jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Boleh juga menggunakan tren ETS untuk ke jeti namun perlu mendapatkan perkhidmatan grab atau mana mana e-hailing.

Dengan kenderaan sendiri juga boleh, namun dapatkan parkir disekitar jeti yang berbayar. 

Jeti Kuala Kedah, Kedah

Gunakan feri ke Langkawi melalui jeti ini dengan harga tiket;

  • Dewasa : RM 23/sehala
  • Kanak Kanak (3 – 12 tahun) : RM 17/sehala

Masa perjalanan adalah 1 jam 45 minit

(Perubahan Harga adalah bergantung keadaan semasa, boleh rujuk pautan belian tiket online dibawah)

Kuala Kedah Jetty Ke Kuah Jetty Ferry

Kuala Kedah Jetty Ke Kuah Jetty Ferry
Book Batam, Bintan, Desaru, Perhentian and Langkawi ferry tickets online at BusOnlineTicket & earn BOT Miles for future booking discount now!

Book Here

Kawasan Parkir Berbayar Jeti Kuala Kedah

Bagi yang datang dengan kereta persendirian atau kenderaan sewa bawa sendiri boleh membuat parkir kenderaan anda secara berbayar, 

Di bawah adalah senarai kawasan parkir berbayar dan harganya untuk sehari/semalam. 

  • Lokasi : Parkir di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang terletak di depan jeti dan juga sebelah kiri jeti. 
  • Harga Parkir : RM 15.00 per hari/malam
  • Lokasi : Parking di luar kawasan MBAS.
  • Harga Parkir : RM 10.00 per hari/malam. 

Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan ‘ulat’ parkir.

  • Lokasi : kawasan Masjid India (masjib berwarna biru) sebelah jeti. 
  • Harga Parkir : RM 10.00 per hari/malam. Pintu pagar masjid akan ditutup pada waktu malam.
  • Tempahan Awal : Imam Sadiq di talian 012-4466869 / 017-5248386
  • Lokasi : Projek Tempat Letak Kereta PIBG Sk Haji Ismail. Projek ini menawarkan tempat letak kereta di kawasan sekolah semasa musim cuti sekolah untuk pengunjung ke Langkawi.
  • Harga Parkir : RM 10.00 tidak berbumbung dan RM 12.00 berbumbung, per hari/malam
  • Tempahan Awal : layari website rasmi Sk. Haji Ismail atau hubungi En. Azeman di talian 04-7621101.

Buat panggilan atau hubungi dahulu untuk kepastian, bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Jeti Kuala Perlis, Perlis

Gunakan feri ke Langkawi melalui jeti ini dengan harga tiket;

  • Dewasa : RM 18/sehala
  • Kanak Kanak (3 – 12 tahun) : RM 13/sehala

Masa perjalanan adalah 1 jam 10 minit

(Perubahan Harga adalah bergantung keadaan semasa, boleh rujuk pautan belian tiket online dibawah)

Kuala Perlis Jetty Ke Kuah Jetty Ferry

Kuala Perlis Jetty Ke Kuah Jetty Ferry
Cuti cuti? Find best ferry deals, compare prices and book your ferry ticket on Easybook. Discounted ferry tickets to popular islands.

Book Here

Jeti Penang Ferry Terminal, Penang

Gunakan feri ke Langkawi melalui jeti ini dengan harga tiket;

  • Dewasa : RM 60–RM 80/sehala
  • Kanak Kanak (3 – 11 tahun) : RM 45–RM 55/sehala
  • Infant : RM 30–RM 35

Masa perjalanan adalah 2 jam 30 minit

(Perubahan Harga adalah bergantung keadaan semasa, boleh rujuk pautan belian tiket online dibawah)

Penang Ferry Terminal Ke Kuah Jetty Ferry

Penang Ferry Terminal Ke Kuah Jetty Ferry
Cuti cuti? Find best ferry deals, compare prices and book your ferry ticket on Easybook. Discounted ferry tickets to popular islands.

Book Here

Dari Langkawi ke Jeti untuk Koh Lipe, Thailand

 Apabila sampai di Pulau Langkawi dapatkan dua buah jeti ini;

  1. Jeti Pekan Kuah
  2. Jeti Telaga Harbour (Marina)

Pemilihan Jeti untuk Ke Koh Lipe

Bagi yang datang dengan kapal terbang ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), Jeti Telaga Harbour lebih dekat.

Bagi yang sampai dengan feri di Jeti Kuah tidak perlu lakukan apa-apa perjalanan lain, terus menuju ke perlepasan feri antarabangsa (dapatkan tiket pada mana-mana agen untuk ke Koh Lipe dahulu)

Pembelian Tiket ke Koh Lipe Secara ‘Walk In’

Jika ada yang masih belum mendapatkan tiket melalui agen atau ingin melakukan secara walk-in di jeti kuah boleh naik ke tingkat 1 untuk pertanyaan dan pembelian tiket ke Koh Lipe, Thailand ‘on the spot’.

Namun, bagi mengelakkan sebarang beratur panjang atau sebarang kesulitan ‘on the spot’ ada baiknya buat pembelian tiket dari Langkawi ke Koh Lipe melalui online, rujuk pautan di bawah;

Langkawi Jetty Ke Koh Lipe Ferry

Langkawi Jetty Ke Koh Lipe Ferry
Online Booking for Ferry Ticket from Langkawi (Malaysia) to Koh Lipe – Fast , Economy, Daily Departs and Easy Booking.

Book Here

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *