Cara Isi SG Arrival Card Online – Panduan Lengkap

Cara Isi SG Arrival Card Online – Panduan Lengkap (Terkini)
Semua pelawat ke Singapura perlu isi SG Arrival Card secara online sebelum masuk. Panduan ini menunjukkan langkah demi langkah.
Bagi rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa, SG Arrival Card adalah dokumen digital yang wajib diisi sebelum memasuki Singapura. Borang ini menggantikan kad putih manual yang sebelum ini diedarkan di imigresen. Prosesnya ringkas dan percuma, tetapi perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan masalah di pintu masuk.
1. Apa Itu SG Arrival Card?
SG Arrival Card ialah borang deklarasi imigresen elektronik yang perlu diisi oleh semua pelawat ke Singapura. Ia mengandungi maklumat peribadi, butiran pasport, perjalanan, serta penginapan di Singapura.
Borang ini perlu diisi dalam tempoh 3 hari sebelum ketibaan (contoh: masuk 10hb, boleh isi mulai 7hb).
2. Cara Isi SG Arrival Card Online
Pelawat boleh mengisi borang melalui dua saluran rasmi:
- Laman web rasmi: https://eservices.ica.gov.sg/sgarrivalcard
- Aplikasi mudah alih MyICA Mobile (boleh dimuat turun di iOS/Android)
3. Langkah Demi Langkah Isi SG Arrival Card
- Pilih kategori – individu, kumpulan, atau kru pengangkutan.
- Masukkan butiran pasport – nama penuh, nombor pasport, kewarganegaraan, tarikh sah laku.
- Isi maklumat perjalanan – nombor penerbangan / nombor kenderaan (jika masuk darat), tarikh ketibaan & tarikh keluar.
- Nyatakan alamat penginapan – nama hotel atau alamat rumah/hostel tempat menginap.
- Isi maklumat kesihatan & deklarasi kastam – jawab dengan jujur (contoh: membawa makanan, ubat, wang tunai lebih had).
- Sahkan & hantar borang – selepas hantar, anda akan terima pengesahan dalam bentuk digital (boleh simpan dalam PDF/print).
4. Soalan Penting Tentang SG Arrival Card
Adakah SG Arrival Card dikenakan bayaran?
Tidak, percuma. Hati-hati dengan laman tidak rasmi yang mengenakan caj perkhidmatan.
Siapa yang perlu isi?
Semua pelawat ke Singapura kecuali pemegang pas jangka panjang (PR, Long-Term Pass, Student’s Pass, Work Pass). Namun, pekerja Malaysia dengan Work Permit/S Pass/Employment Pass tidak perlu isi.
Bila perlu isi?
Dalam masa 3 hari sebelum ketibaan. Contohnya, jika masuk pada 10hb, boleh mula isi dari 7hb.
Boleh isi untuk ahli keluarga serentak?
Boleh. Gunakan pilihan Group Submission untuk isi sekali gus bagi ahli keluarga/rombongan.
Apa jadi jika lupa isi?
Anda mungkin tidak dibenarkan masuk atau diminta isi segera di pintu masuk, yang boleh menyebabkan kelewatan.
5. Tip Penting
- Simpan salinan digital (screenshot/ PDF) sebagai bukti.
- Isi maklumat dengan teliti mengikut pasport.
- Gunakan hanya laman & aplikasi rasmi ICA.
- Elakkan guna perkhidmatan pihak ketiga yang mengenakan bayaran.
Artikel Berkaitan
- Prosedur & Dokumen Sebelum Masuk ke Singapura
- Barang Larangan Masuk ke Singapura – Elak Ditahan Imigresen
- Syarat & Dokumen Pekerja Malaysia Masuk Singapura
Penafian: Panduan ini untuk rujukan umum. Sila rujuk laman rasmi Immigration & Checkpoints Authority (ICA) bagi maklumat terkini.
5G eSIM Singapore | Singtel
Receive your eSIM immediately, 24/7 customer service support, fully refundable before use.
![]()

Mudah memang nak isi arrival card SG ini. Kemarin saya ke SG pun isi juga. Cepat dan mudah. Dan hati2 dengan website yg fake. Teman saya saat isi, dia heran Krn di akhir minta bayaran USD20. Padahal seharusnya free. Untung saja dia tanya saya dulu. JD saya pastikan itu fake link.
benar. kadang kadang yang scam biasanya ketika membuat fee payment. Zaman online pastinya memudahkan cuma pastikan dengan aplikasi yang benar