Itinerary Pakej Percutian Day Trip ( Balik Hari ) dan Harga Pulau Perhentian Terengganu

day trip pulau perhentian

Pulau Perhentian Terengganu sentiasa menjadi carian dan pilihan apabila ada yang ingin bercuti di pulau.

Terletak di utara Terengganu dan selatan Kelantan, merupakan pusat pelancongan strategik untuk percutian di pulau.

Terdiri dari dua buah pulau, iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar akan mula sibuk dengan pelancong ketika bulan Mac sehingga Oktober setiap tahun.

Day Trip Apabila Penginapan Penuh

Populariti percutian ke Pulau Perhentian juga merupakan salah satu faktor mengapa ramai yang mencari pakej Day Trip (Balik Hari) di Pulau Perhentian.

Terdapat pakej yang murah dan sesuai untuk mereka yang ingin bercuti di Pulau Perhentian tanpa bermalam.

Itinerary Day Trip Pulau Perhentian

Ini adalah contoh itinerary percutian Day Trip di Pulau Perhentian Terengganu.

Jam 8.00 a.m : Sampai Jeti Kuala Besut

Sudah sampai di Jeti Kuala Besut dengan segala persediaan. Dapatkan wakil agensi percutian dan buat bayaran selebihnya jika masih ada.

9.00 a.m : Menaiki Bot ke Pulau Perhentian

Menaiki bot ke Pulau Perhentian yang akan memakan masa sekitar 40 minit.

9.45 a.m : Check In dan Meletak Barang di Chalet/Resort

Daftar masuk ke tempat penginapan anda. Tidak perlu ke bilik, daftar dan letakkan barangan dan bagasi di tempat yang disediakan.

Tukar persalinan untuk snorkeling

10.00 a.m : Aktiviti Snorkeling

Tunggu bot untuk aktiviti snorkeling di pesisir pantai Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Bot tiba terus menuju ke point point snorkeling yang telah disediakan.

12.30 – 1.30 a.m : Makan Tengah Hari

Makan tengah hari sama ada di kedai makan dan restoren sekitar Kg Nelayan atau restoren sekitar Long Beach. Mengikut cadangan dari tekong bot.

2.00 p.m : Aktiviti Bebas

Sambung aktiviti snorkeling jika belum selesai lima ‘check point’ untuk snorkeling. Jika sudah selesai snorkeling boleh lakukan aktiviti sendiri.

4.00 p.m : Naik Bot ke Jeti Kuala Besut

Bersiap untuk pulang. Naik bot di Jeti Kg Nelayan atau Jeti Long Beach untuk 40 minit perjalanan ke Jeti Kuala Besut.

*masa yang ditunjukan adalah sebagai rujukan bergantung kepada teknikal dan perubahan yang berlaku.

Tips dan Info Tambahan

Pastikan anda berada di Jeti Kuala Besut sebelum jam 8.00 a.m

Contoh: Harga Pakej ( Belalang Holidays )

Dewasa

5 pax dan ke bawah : RM 85/pax
6 pax dan ke atas : RM 75/pax

Kanak Kanak 

3 – 12 tahun : RM 35/pax
Bawah 3 tahun : Percuma

Hubungi

Jika berminat menggunakan khidmat day trip Pulau Perhentian dengan Belalang Holidays boleh hubungi Mr Akeem : 010-2471472

Penulis menggunakan khidmat dari agen ini dan layanan terbaik dari awal tempahan sehingga balik.

Boleh sahaja buat tempahan feri dan bot sendiri melalui tempahan online pada pautan di bawah,

Jetty Kuala Besut to Perhentian Island Ferry Tickets

Jetty Kuala Besut to Perhentian Island Ferry Tickets
The trip duration for the ferry from Kuala Besut to Perhentian Island can take around 30-45 minutes by speedboat.

Book Here

Jika anda ingin menginap atau bermalam di Pulau Kapas, boleh sahaja buat tempahan melalui pautan di bawah;

Pulau Kapas hotel & tempat menginap terbaik

Pulau Perhentian hotel & Tempat Menginap terbaik
Book Hotels at Lowest Prices — Agoda Pulau Perhentian – Best Prices Guaranteed with Deals, Special Member Prices.

Book Here

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

10 Responses

  1. mrhanafi says:

    wah menaik juga ada info begini..

    senang nak target bila mahu pergi

  2. bila rentas negeri dan boleh..apalagi teruskan melancong

  3. Himawan Sant says:

    Menarik sekali informasinya juga informatif untuk calon pelancong.
    Salam.

  4. Azian Elias says:

    lama sungguh tak jalan ke mana2. naik jemu jelak dok rumah.. kira2 setahun dah tak ke mana2 ni.

  5. Fatin Diana says:

    bole tahan murah jugak harga untuk day trip. haritu pegi pulau tak buat pun snorkeling

  6. mungkin akan berubah harga nanti memandangkan pengusaha tengah tersepit pandemik covid huhu

  7. tu la pasal…mengenang kenangan sajalah semoga dapat bercuti lagi

  8. salam..semoga membantu untuk umum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *