Kelebihan Memakai Water Shoe Ketika Melakukan Aktiviti Air Seperti Snorkeling

Snorkeling merupakan salah satu aktiviti air yang sangat digemari oleh pencinta laut dan pelancong yang ingin meneroka keindahan bawah laut. Namun, ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan memakai water shoe semasa melakukan aktiviti ini. Panduan lengkap kelebihan memakai water shoe ketika melakukan aktiviti air seperti snorkeling elak dari bahaya Ketika beraktiviti air seperti kerangan tajam, bahan buangan tajam atau sebarang gigitan dari haiwan air yang berbisa.
Dalam entri ini, kami kongsikan beberapa kelebihan memakai water shoe ketika snorkeling.
Melindungi Tapak Kaki Dari Objek Tajam
Ketika snorkeling, kita sering berjalan di kawasan berbatu, terumbu karang atau dasar laut yang tidak rata. Water shoe memberikan perlindungan terhadap batu karang tajam, cengkerang, atau serpihan yang boleh mencederakan tapak kaki.
Mencegah Tergelincir
Kebanyakan pantai dan batuan di tepi laut licin akibat alga atau air. Water shoe biasanya diperbuat daripada getah anti-gelincir yang membantu memberikan cengkaman yang lebih baik, sekaligus mengurangkan risiko terjatuh.
Memberi Keselesaan Ketika Berjalan Dalam Air
Berbeza dengan kasut biasa atau selipar, water shoe direka khas untuk digunakan dalam air. Ia ringan, mudah kering dan selesa dipakai dalam jangka masa panjang, menjadikannya ideal untuk aktiviti snorkeling dan berjalan di sekitar pantai.

Melindungi Dari Haiwan Laut Berbahaya
Sesetengah kawasan snorkeling mungkin dihuni oleh haiwan laut seperti landak laut atau ikan beracun. Dengan memakai water shoe, risiko terpijak haiwan berbahaya dapat dikurangkan.
Penulis pernah menyaksikan satu tragedi ketika snorkeling di Pulau Kapas, seorang pengunjung tidak memakai kasut ini, tertusuk landak laut, yang menyebabkan dia terpaksa menderita kesakitan kerana duri landak laut yang terbenan di kaki, hilang nikmat bercuti.
Memanjangkan Tempoh Aktiviti
Dengan kaki yang dilindungi dan selesa, anda boleh menikmati aktiviti snorkeling lebih lama tanpa rasa sakit atau keletihan yang berpunca daripada berjalan di kawasan berbatu atau licin.
Pengalaman Penulis
Memakai water shoe semasa snorkeling bukan sahaja meningkatkan keselamatan, malah menambah keselesaan dan keseronokan sepanjang aktiviti. Jadi, pastikan anda membawa sepasang water shoe dalam senarai barang penting ketika bercuti ke kawasan pantai atau pulau!
Dengan harga yang cukup murah sepasang dan datang dengan pelbagai jenis bentuk dan saiz memang setiap penggemar aktiviti air memerlukan kasut ini.
boleh dapatkan kasut ini di :
Outdoor Snorkeling Beach Shoe
Get cheap Lock Anti-slip soft Water sport Shoe at promo price today.
Artikel berkaitan:
- Best Seller Travel Product di Shopee 2026: Barangan Travel Paling Laris & Wajib Ada
- Senarai Semak Wajib Sebelum Aktiviti Snorkeling – Panduan Lengkap untuk Pemula
![]()

Saya langsung coba ingat di mana water shoe Saya disimpan . Beli saat di Penang, hanya Krn nak masuk escape waterpark. Wajib pakai di sana. Akhirnya beli di toko dalam escape. Nasib baik murah memang . Beli untuk ber 4. Selesai dipakai . Krn itu tetap saya bawa ke jakarta. Lupa pula simpan mana
kalau toko online seperti shopee amat murah harganya tidak sampai MYR10 pun ada.
tapi atas kualitasnya, kalau mahal lagi tahan pakai.
senang mahu main air yang kurang keliatan dasarnya, bimbang tertusuk karang atau haiwan tajam