Kelebihan Traveler Gunakan Airlines Alliance Oneworld, Star Alliance dan SkyTeam

Setiap kali melihat kapal terbang pasti akan tertarik dengan logo dan tulisan pada badan pesawat.
Biasanya adalah logo dan nama syarikat penerbangan dan negara.
Namun, kadang kadang ada juga livery (corak pada badan pesawat) yang memiliki nama yang jarang kita lihat seperti;
- Oneworld pada pesawat Malaysia Airlines
- Star Alliance pada pesawat Asiana
- SkyTeam pada badan pesawat Korea Air
Apakah maksud perkataan perkataan ini ?
Apakah itu Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam Airlines ?
Oneworld airlines adalah satu gabungan antara syarikat penerbangan dengan syarikat penerbangan yang lain.
Gabungan ini diberi nama sebagai ‘Airline Alliance’.
Apakah itu Airline Alliance ?
Bermula dengan satu perjanjian antara syarikat penerbangan antarabangsa untuk memudahkan operasi.
Dari pembentukan perjanjian ini ia telah melancarkan pergerakan pengguna syarikat penerbangan untuk terbang ke seluruh dunia.
Dalam bahasa mudah, airline alliance ini adalah satu struktur kerjasama antara satu syarikat penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang lain.
Macam buat group whatsapp dan group facebook, dengan rules dan undang undang bersama.
Kelebihan untuk penumpang pesawat atau traveler dengan pesawat adalah lebih pulangan apabila menggunakan penerbangan yang ada dalam pakatan masing masing.
Syarikat Penerbangan Manakah yang Menganggotai Oneworld Alliance ?

- American Airlines
- British Airways
- Cathay Pacific
- Finnar
- Iberia
- Japan Airlines
- Malaysia Airlines
- Qantas
- Qatar Airways
- Royal Air Maroc
- Royal Jordanian
- S7 Airlines
- Srilankan Airlines
Syarikat Penerbangan Manakah yang Menganggotai Star Alliance ?

- Aegean Airlines
- Air Canada
- Air China
- Air India
- Air New Zealand
- ANA
- Asiana Airlines
- Austrian Airlines
- Avianca
- Brussels Airlines
- Copa Airlines
- Croatia Airlines
- EgyptAir
- Ethiopian Airlines
- Eva Air
- Lot Polish Airlines
- Lufthansa
- Scandinavian Airlines
- Shenzhen Airlines
- Singapore Airlines
- South African Airways
- SWISS
- Tap Air Portugal
- THAI Airways
- Turkish Airlines
- United Airlines
Syarikat Penerbangan Manakah yang Menganggotai SkyTeam Alliance ?

- Aeromexico
- Air France
- Delta Air Lines
- Korean Air
- Aeroflot
- Aerolíneas Argentinas
- Aeroméxico
- Air Europa
- Air France
- Alitalia
- China Airlines
- China Eastern Airlines
- Czech Airlines
- Delta Air Lines
- Garuda Indonesia
Jika ternampak livery (tulisan badan pesawat) Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam pada pesawat yang di senaraikan di atas. Mereka adalah ahli persatuan Arlines Alliance tersebut.
Namun, bukan semua pesawat akan menggunakan perkataan ini pada badan pesawat.
Malaysia Airlines menganggotai pakatan ‘Oneworld’ pada 2013.
Kelebihan Alliance Airlines Kepada Traveler
Dari segi kelebihan kepada penumpang dan traveler adalah untuk melakukan ‘connecting flight’ antara dua syarikat penerbangan. Kebiasaannya adalah destinasi antarabangsa.
Pengurusan Transit Penerbangan
Anda mahu ke destinasi C namun Malaysia Airlines tiada laluan ke C. Penerbangan Qatar Airways ada laluan dan tiket ke C. Dari A (permulaan) anda menaiki pesawat Malaysia Airlines ke B.
Anda boleh transit di B untuk menaiki pesawat Qatar Airways untuk ke C, kerana masing masing, adalah bergabung di bawah alliance sama iaitu Oneworld.
Urusan Tempahan Tiket
Dalam isu tempahan tiket di antara syarikat penerbangan yang disenaraikan. Menggunakan satu platform mendapatkan tiket sahaja walaupun perlu menggunakan dua penerbangan lain untuk ke destinasi dituju.
Misalnya, Malaysia Airlines tiada laluan ke satu destinasi, tetapi American Airlines ada destinasi tersebut.
Bergantung kepada ‘codeshare’ antara dua syarikat penerbangan ini. Boleh mulanya gunakan Malaysia Airlines dan dalam satu tiket ke destinasi yang dituju dengan American Airlines dengan tiket yang sama.
Dengan cara ini bukan sahaja memudahkan carian pesawat transit malahan memudahkan hubungan untuk ke destinasi yang dituju.
Pengurusan Bagasi dan Kargo
Jika berlaku sebarang transit atau penukaran pesawat dalam kalangan airlines alliance ini, disini Oneworld.
Contoh, pada mulanya anda menggunakan Malaysia Airlines dan kemudian transit dengan menggunakan British Airways, segala urusan bagasi dari Malaysia Airlines ke British Airways akan diuruskan oleh pihak syarikat penerbangan.
Anda hanya perlu menunggu di balai pelepasan untuk pelepasan seterusnya.
Tebusan Nilai Ganjaran atau Reward
Terdapat syarikat penerbangan yang menggunakan sistem reward kepada penumpang untuk menjadikan anda’frequent flyer’ mereka.
Apa yang pasti sistem reward ini dalam bentuk mata ganjaran dan penumpang boleh menebus ganjaran atau hadiah.
Tidak kira tiket penerbangan, diskaun tiket, atau sebarang cenderamata.
Dengan menggunakan airlines di bawah alliance tertentu, contoh disini adalah Oneworld, penumpang boleh menuntut dan menebus ganjaran kepada semua syarikat penerbangan yang tersenarai dalam Oneworld alliance.
Masing masing airlines semestinya ada ganjaran berbeza, ini adalah keuntungan kepada penumpang.
Akses Airlines Lounges
Setiap terminal atau lapangan terbang memiliki kawasan menunggu masing-masing. Bergantung kepada bajet dan poket traveler juga.
Jika anda kurang bajet hanya sekadar menggunakan perkhidmatan biasa. Jika anda dalam kategori yang lebih baik kelasnya bolehlah menggunakan akses airlines lounges yang disediakan.
Cara Daftar Menjadi Ahli
Boleh rujuk setiap laman web syarikat penerbangan terpilih dalam setiap alliance yang penulis senaraikan di atas.
Jika Malaysia semestinyalah Malaysia Airlines menjadi pilihan.
Lebih baik terus ke laman sesawang rasmi Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam untuk maklumat lebih lanjut urusan menjadi ahli pakatan ini sebagai penumpang dan faedah yang ditawarkan.
Search & Book Malaysia Airlines Flights
Compare Malaysia Airlines (MH) flight prices to find the best deals on Trip.com. Book Malaysia Airlines flights to your favourite destination.
Traveler atau Penumpang yang Terlibat
Memandangkan pakatan airlines ini adalah urusan antara syarikat penerbangan luar negara.
Maka keisitmewaan dan faedah ini boleh dinikmati oleh mereka yang membuat lawatan ke luar negara.
Melancong, urusan perniagaan atau perjalanan rasmi ke luar negara.
![]()
