Mercure Penang Beach, Hotel Selesa, Mewah Dengan Permandangan Laut

Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Penang terkenal dengan banyak tempat bercuti dan makan yang menarik. Kali ini penulis berpeluang bercuti di Pulau Pinang,menginap di Mercure Penang Beach — sebuah hotel moden tepi pantai yang terletak di antara George Town dan Batu Ferringhi. Jika anda mencari keseimbangan antara akses bandar dan ketenangan tepi laut, hotel ini adalah pilihan yang tepat.

Mercure Penang Beach Review

Saya membuat tempahan terus melalui laman web Agoda, yang menawarkan diskaun khas ahli. Proses daftar masuk berjalan lancar dan kakitangan di kaunter hadapan sangat mesra serta membantu. Lobi hotel luas dan moden dengan tingkap besar yang menampilkan pemandangan kolam renang dan laut.

balkoni hotel

Terdapat satu balkoni menghadap laut yang dihiasi dengan pohon kelapa menjadi tarikan untuk pengunjung bersantai diatas pelantar yang diperbuat dari kayu.

balkoni hotel2

Penulis gagal memilih bilik King Menghadap Laut berjaya mendapatkan bilik yang menghadap bukit dan kesibukan jalan raya di tepi pantai Tanjung Bungah, dan pemandangannya memang menakjubkan — tiada panorama laut terus dari tingkap bilik.

superking bed mercure 1

Biliknya luas, bersih dan dihias ringkas dengan sentuhan warna biru. Katil sangat selesa dan kemudahan asas turut disediakan seperti peti sejuk mini, peti keselamatan, TV skrin rata, serta kemudahan membuat kopi/teh.

Tv Hotel

Bilik mandi moden dengan pancuran hujan dan tekanan air yang baik. Sejuk ? Pemanas air ada. Cukup luas dan bahagian tandas dan pancuran mandi adalah diasingkan.

Toilet and Shower

  • Pemandangan laut yang cantik
  • Bilik bersih dan selesa
  • Penyejuk udara baik dan langsir penghadang cahaya
ruang rehat
  • Tiada balkoni di bilik
  • Wi-Fi kadang-kadang perlahan waktu puncak

Hotel ini mempunyai kolam infiniti tepi pantai, gim yang ringkas tetapi lengkap, serta akses terus ke pantai — sesuai untuk berjalan pagi. Restoran hotel, The Ombak, menyediakan bufet sarapan yang pelbagai termasuk pilihan tempatan dan antarabangsa.

Kakitangan sangat mesra dan mudah dihubungi. Perkhidmatan e-hailing seperti Grab juga senang digunakan dari hotel.

Penulis sekali sekala ingin juga menikmati makan pagi atau sarapan di hotel terkemuka, maka dalam pakej penginapan ini penulis berpeluang menikmati sarapan pagi yang bermula jam 7.30 pagi sehingga 10 pagi sebelum berjaya merenangkan diri di dalam kolam hotel.

antara menu sarapan

Sejujurnya, ini berpandukan selera penulis sendiri, tiada sebarang unsur lain, makanannya biasa sahaja, secara jujur tidak sopannya penulis boleh memberikan ‘benchmark’ bahawa lebih sedap makanan di gerai waktu pagi, maaf terlalu jujur.

Namun, suasana dan ‘vibes’ menikmati hidangan hotel dengan ‘garnish’ pada menu yang dihidangkan itulah bayarannya, mungkin.

Kenikmatan berada di hotel mercure beach penang ini adalah menikmati percutian dengan aktiviti air. Hotel yang terletak di tepi pantai memang terbaik, apalagi apabila boleh mandi-manda dan bersantai tepian pantai, airnya tenang dan ombak yang tidaklah begitu besar memungkinkan aktiviti mandi laut aktiviti terbaik di sini.

bermain pasir pantai

Apabila sudah cukup masinnya tubuh badan, bolehlah buat sedikit bilasan air ‘neutral’, bukan dengan pancuran yang disediakan di tepi pantai akan tetapai di kolam mandi yang disediakan Mercure Beach Penang.

hadap pantai

Kolam mandi dengan kedalam paras dada untuk seorang lelali maskulin berketinggian 1.71m ini, cukup luas perimeternya. Jangan risau, untuk anak-anak juga disediakan ruangan kolam yang berkedalaman paras betik lelaki yang tadi.

kolam

Kedudukan kolam mandi yang terletak ditengan kawasan venturi dua buah bangunan, kadang-kadang akan menghadirkan kelajuan angin yang agak kencang sehinggakan pancuran yang disediakan gagaklmengenai sasaran.

Dengan kadar sekitar RM250–350 semalam (~RM55–75 USD), hotel ini menawarkan nilai baik untuk penginapan tepi pantai dengan perkhidmatan yang memuaskan. Ia bukanlah resort mewah, tetapi selesa, bersih, dan lokasi yang strategik untuk meneroka Penang.

Mercure Penang Beach sesuai untuk keluarga, pasangan, dan pengembara solo yang mahu menikmati suasana lebih santai di Pulau Pinang, tetapi masih ingin dekat dengan pusat bandar dan tarikan utama.

Kawasan parkir yang agak banyak sehinggakan anda boleh meletakkan kenderaan di bangunan sebelah yang juga merupakan pasaraya yang memiliki bayaran parkir, jangan risau, terus ke lobi untuk validate jika parkir disitu.

Kebiasaan yang parkir di bangunan sebelah adalah penginap yang gagal mendapatkan parkir dihadapan hotel, kerana ia bertemakan ‘siapa cepat, dapat parkir’.

Memiliki ‘private beach’ adalah suatu kelebihan di Mercure Penang ini, apalagi yang pastinya anak penulis yang berusia 2 tahun lebih ini lagi girang dengan alatan/mainan bermain pasir pantai.

Namun, awas. Penulis berjaya digigit obor-obor manja di pantai tersebut. Gatal dan panas.Pemandangan laut sahaja sudah cukup untuk membuat penulis ingin kembali!

Penilaian: 4.0/5.0

Terletak di Tanjung Bungah, hotel ini kira-kira 15 minit menaiki kereta dari George Town dan juga ke pasar malam Batu Ferringhi. Terdapat beberapa kafe dan restoran tempatan berhampiran, tetapi kebanyakan tarikan pelancong memerlukan perjalanan pendek.

Lokasinya tenang dan sesuai untuk berehat, tetapi masih dekat dengan tempat menarik.
Waze dan Google Maps sahaja, tepat lokasinya.

Mercure Penang Beach Hotel,

505, Jalan Tanjung Bungah,

11200 Tanjung Bungah,

Pulau Pinang

RM250

Umobile – 4G
Celcom – 4G

Check In : 3.00 p.m
Check Out : 12.00 p.m

04-371 8888

Loading

Snapbackpacker

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

2 Responses

  1. Fanny Nila says:

    Kalo Mercure sudah semacam jaminan mutu kamar hotel pasti bagus dan service top notch.

    THN lalu saat papa berobat ke Penang, saya pesankan Mercure untuk papa dan mama menginap. Apalagi hospital nya tak berapa jauh dari Mercure.

    Dan mereka senaaaang sangat bisa stay di sana. Apalagi suasana pantainya dekat, nyaman dan makanan enak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *