Pengalaman Pertama Kali Menaiki Cable Car Bukit Bendera Di Penang Hill Pulau Pinang

Penang Hill atau Bukit Bendera di Pulau Pinang adalah salah satu tempat menarik wajib singgah jika ke Pulau Pinang. Menaiki gondola yang ditarik untuk ke puncak Penang Hill yang juga dikenali sebagai ‘cable car’.

pertama kali di penang hill

Jom ikuti pengalaman penulis buat kali pertama menaiki Bukit Bendera cable car di Penang Hill, dengan cabarannya adalah datang ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu.

Rasailah cabarannya.

explore penang hill

Secara mudahnya kawasan parkir yang disediakan adalah terpaling terhad. Agak sukar untuk mendapatkan parkir apalagi ketika waktu puncak di Penang Hill.

Setelah membuat ronda-ronda di kawasan sekitar beberapa kali dan alhamdulillah berjaya menemui parkir kereta di bersebelahan dengan pagar sebuah pangsapuri.

Bagi mendapatkan slot parkir di sini memerlukan kesabaran kerana ia tiada parkir khas melainkan kawasan menurunkan penumpang sahaja (drop off only). Pengunjung diperlukan untukberusaha sedaya upaya meronda di kawasan sekitar demi sebuah parkir.

Bermula dengan beratur mendapatkan tiket masuk dan sebelum berjaya menaiki kereta kabel,pengunjung akan melalui beberapa segmen laluan.

beratur

Laluan pertama adalah untuk mendapatkan tiket, pada tiket anda diberikan nombor trip.Seterusnya apabila nombor anda sudah dibenarkan masuk, anda akan berpusing mengikut laluanberlingkar untuk ke pintu seterusnya.

Apabila dibenarkan melepasi pintu ini, anda akan menyelusuri satu terowong yang berhawadingin dengan paparan antara yang menarik di Penang Hill di dinding yang ada. Pada waktu puncak, mungkin anda mampu khatam info dan tulisan yang disertakan bersama gambar.

Selepas keluar dari segmen terowong berinformasi, anda akan menuju ke bahagian imbas QRCode pada tiket anda. Seumpama ingin melalui tiket masuk LRT di zaman dulu.

Seterusnya anda akan ‘berlatih’ berpusing laluan ular sekali lagi sebelum betul-betul dibenarkan berada di muka pintu kereta kabel Penang Hill. Tahniah!

Apabila kaki mula melangkah masuk ke dalam gerabak, bagi yang pernah menggunakan LRT di KL Sentral pasti akan terkenang kenangan tersebut ketika menaiki kereta kabel ini.

sebelum naik gondola

Siapa cepat dia duduk, itulah pengalaman untuk mendapatkan tempat duduk, selebihnya akan berdiri atau selesa bersila di lantai condong, silakan.

di dalam gondola

Gerabak kereta kabel mula bergerak, pada 3 minit pertama anda hanya akan melihat lereng bukit yang menghijau dalam versi kabur, kerana kelajuan.

Semakin jauh dan tinggi, semakin terlihat permandangan bawah, pastikan anda melihat ke bahagian belakang untuk mengetahui betapa tingginya anda.

Secara jujurnya terdapat beberapa platform lain sebelum sampai di platform paling atas, untuk kegunaan warga tempat bukit bendera, dan mereka yang kepenatan mendaki secara hiking mengikut trail.

pelantar atas

Mula keluar dari gerabak maka anda akan disapa kedinginan bukit walaupun sudah 11 pagi pada jam waktu tempatan. Maka bermulalah penerokaan anda menjelajah persekitaran dengan platform di ketinggian 833 meter (2733 kaki) di atas aras laut (QNH tempatan).

Terdapat pelbagai jenis tempat atau sudut yang dibina di puncak Penang Hill. Kebanyakan lebih kepada ‘proses’ mengambil gambar kenangan berada di puncak tinggi di Pulau Pinang.

pelantar bergrill

Terdapat juga galeri bagi yang ingin menambahkan ilmu di tempat pengajian tinggi. Apa yang menjadi tarikan adalah balkoni untuk melihat permandangan Pulau Pinang dari atas.

pandangan atas

Jika cuaca amat baik, Seberang Prai, Kedah dan Gunung Jerai di tanah besar semenanjung juga kelihatan.

Jangan risau akan makanan, terdapat restoran disini. Apalagi beberapa kiosk makanan untuk pelancong.

aktiviti memandang

Bagi yang cintakan haniwan bergayut, jika bernasib baik, lutong iaitu sejenis monyet yang hidup di kawasan tinggi akan ‘berkawan’ dengan anda. Jaga-jaga mereka yang memakai topi atau alas kepala.

monyet penang hill

Tidak begitu banyak aktiviti yang ‘rare’ boleh dilakukan di puncak Penang Hill selain, bergambar, makan, menikmati kedinginan gunung, dan mengira jumlah kapal laut di lautan.

aktiviti

Bagi yang mudah bosan, pasti akan mula memikirkan untuk turun. Bagi penulis, pengalaman sebenar jelajah di Penang Hill adalah pengalaman ditarik oleh kabel ketika berada dalam gerabak berupa LRT di Kuala Lumpur, dan menikmati kecondongan postur badan ketika menaikinya.

view turun

Apabila turun ada baiknya dapatkan bahagian bukan seperti ketika naik, itu akan menambahkan memori bahawa kedua dua belah sudah dialami.

turun

*kebanyakan imej/foto menggunakan gambar dari footage Gopro Hero 7, kualiti mungkin berkurang.


Waze dan Google Maps sahaja, tepat lokasinya.

Cable Car Penang Hill,
Bukit Bendera,
11500 Pulau Pinang

Hat Yai – Map

Click to load interactive map and directions (fast & accessible).

Open Map

Detailed Ticket Prices:


Malaysians (Adults): RM 16
Malaysians (Children): RM 8
Non-Malaysians (Adults): RM 30
Non-Malaysians (Children): RM 15

harga tiket

Setiap hari bermula jam 6.30 a.m sehingga 11 p.m

Umobile – 4G
Celcom – 4G

The funicular train is open daily from 6:30 am to 10:00 pm.
The last trip from the Upper Station to the Lower Station is at 10:00 pm.
There is no time limit for exploring the top of Penang Hill, but visits must be within the operating hours.

Beli Tiket Penang Hill: Tiket Masuk Penang Hill.

Lock Luggage Malaysia

Special Rates Accommodation in Penang — Agoda Penang
Best Prices Guaranteed with Deals, Special Member Prices. Agoda Penang.

View Deals

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

4 Responses

  1. Fanny Nila says:

    Saya 4 tahun belajar di Penang, sering bolak balik Penang sampai sekarang, tp tak pernah sekalipun ke Penang hill . Selalu tak sempat. Dan akhirnya tergoda ke tempat wisata yg lain. Teringin memang kesana, ajak anak2. Kalo nanti ke Penang lagi lah

    • dulu belum lagi dinamakan penang hill namanya bukit bendera. salah satu tarikan kalau orang luar penang sinilah selain pantai batu feringhi atau komtar hehehe..

  2. Syed Zulkhairi says:

    Ada ke cable car n gondola diatas Penang Hil or keretapi Penang Hill tpi juga dipanggil cable car. Panggilan lain tpi benda yg sama

    • beza dengan cable car di Langkawi atau di Genting, yang tergantung. Di Penang Hill ia tidak tergantung dan kabinnya seperti gondola namun ditarik menggunakan kabel

      itu dari pemahaman penulis, kalau tuan ada definisi lain boleh kongsikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *