Review Hermitage Boutique House Taiping – Penginapan Macam Rumah Sendiri

Bagi traveler yang mencari sebuah hotel yang mungkin dalam kategori rumah yang dibina dari rekabentuk rumah studio dan memiliki kolam mandi persendirian di sekitar Taiping, Perak, inilah sebuah penginapan yang anda perlukan.
Impresi pertama penulis apabila mula parkir di ruang hadapan hotel ini pun sudah agak teruja untuk memulakan daftar masuk (check in), dengan dekorasi luar seumpama memanggil penulis untuk masuk.
Kalau korang tengah cari hotel terbaik dengan vibe rumah sendiri di Taiping, mungkin pernah nampak Hermitage Boutique House. Tapi sebelum booking, jom tengok review penulis melalui pengalaman sendiri menginap di Hermitage Butique House Taiping, Perak.

Ringkasan Pantas (Untuk Yang Tak Suka Baca Panjang)
- Harga semalam: RM 400-500
- Rating: 8/10
- Lokasi: Strategik dengan tempat menarik di Taiping
- Kebersihan: Clean
- Repeat? Yes
Lokasi – Strategik atau Susah Akses?
- Alamat: 1196 & 1197, Lorong Merdeka 1, Taman Tupai Mas, 34000, Tupai, Perak
- Jarak ke tempat menarik: Cukup dekat dengan Taman Tasik Taiping, memerlukan traveler brisk walk dan sedikit jogging sahaja untuk sampai. Tidak sampai 30 minit untuk sampai ke kawasan kaki bukit larut dan kawasan bandar Taiping.
- Parking: Free tetapi limited.
- Akses jalan: Senang dan sedikit mencabar kerana ia berada di Kawasan perumahan dan Kawasan tarikan Utama. Sentiasa berhati-hati kerana kawasan yang agak sesak dari segi laluan yang ada.
Peta Lokasi Hermitage Boutique House
Kesimpulan lokasi: Terletak di dalam Kawasan perumahan yang tersusun dan agak tenang. Apalagi cukup dekat dengan Taman Tasik Taiping. Kedai makan juga tidak begitu jauh, secara kesimpulannya dari segi lokasi cukup terbaik!
Lokasinya memang cukup dekat dengan Kawasan tarikan di Taiping seperti Bukit Larut dan Taman Tema Spritzer, tidak perlu mengeluh dan merembeskan enzim tidak baik menunggu lampu isyarat.
Review Bilik 1 – Bilik Ruang Bawah

- Saiz bilik: Saiz bilik standard mana-mana hotel yang standard namun lebih kecil. Memuatkan katil, almari serta pendingin hawa. Nampak lebih kecil sedikit. Boleh memuatkan pasangan secara selesa.
- Katil: Sebuah katil bersaiz king, boleh memuatkan dua orang dan mungkin bayi berusia 2 tahun dan ke Bawah. Dengan kelengakapan bantal hotel serta selimut tebal tipikal.
- Aircond / kipas: Sebuah pendingin hawa mungkin berkapasiti 1.5hp yang boleh digunakan menggunakan remote. Mampu mencecah 16 darjah Celsius. Tiada kipas ditemui
- View: Memandangkan ia berada di paras Bawah, maka separas dengan perumahan dan boleh lagi terlihat bukit bukau dibahagian belakang, namu puncaknya. Tembok resort memisahkan view. Secara kesimpulannya, bilik ini bukan untuk vibes alam semulajadi.
- Bilik Air: Bilik air yang lengkap, dengan pancuran pemanas, tandas yang bersih dan dilengkapi dengan tab mandi yang jarang ditemui untuk bilik standard begini. Apalagi airnya laju dan pelbagai toiletries tersedia.
- Extra: Meja solek. Laci dan beberapa kondimen minum kopi/teh.
Review Bilik 2 – Bilik Level Atas

- Saiz bilik: Saiz bilik yang cukup besar dan luas, mampu memuatkan dua dewasa dan seorang kanak-kanak secara naturalnya.
- Katil: Selesa katilnya seperti normalnya kebanyakan penginapan berbayar. Dengan tema tipikal putih, tiada sebarang peta minda atau saki baki yang boleh menyebabkan penulis ‘judging’ kebersihannya.
- Aircond / kipas: Pendingin hawa di setiap bilik, namun tiada kelihatan sebarang kipas yang boleh dipusingkan. Ini memberikan ketenangan yang optimum, tiada punca untuk bunyi kriuk kriuk dari kipas.
- View: Bahagian hadapan dengan permandangan kolam mandi kebiruan, bahagian belakang (balkoni) dengan permandangan taman perumahan dan keindahan Bukit Larut. Kadang-kadang jika bernasib baik boleh melihat bunga api yang dipertunjukan dari Taman Tasik Taiping selain dari view paraglider dari Bukit Larut.

- Bilik Air: Bilik air yang lengkap, dengan pancuran pemanas, tandas yang bersih dan dilengkapi dengan tab mandi yang jarang ditemui untuk bilik standard begini. Apalagi airnya laju dan pelbagai toiletries tersedia.
- Extra: Meja solek tersedia. Satu kerusi rehat menghadap cermin. Set entertainment berupa televisyen yang agak banyak siaran. Laci dan beberapa kondimen minum kopi/teh.


Kebersihan – Dealbreaker!
- Bilik: Cukup bersih dan terjaga dengan elok. Tiada penemuan sebarang sampah walaupun secebis balutan gula-gula.
- Tandas: Bersih dan tiada sebarang tinggalan asing dan dalam keadaan teratur dan sedia untuk digunakan serta merta.
- Cadar & towel: Bau yang masih fresh dan berkemungkinan selepas mendapat cucian.
Overall kebersihan: Secara keseluruhan cukup bersih dan teratur, malah jika anda membawa ibu mertua yang agak cerewet tentang habuk atau hama, cortisol anda tidak akan meningkat.
Kemudahan & Fasiliti
- Kolam renang: Dua buah kolam mandi disediakan, khas kanak-kanak dan khas dewasa. Terdapat satu partition lain untuk hiasan pancuran. Kedalaman kolam kanak-kanak sekitar pinggang kanak-kanak berketinggian 100cm dan kedalaman untuk dewasa adalah bahagian dada untuk lelaki berketinggian 171cm.


- WiFi: Wifi agak laju walaupun berada agak jauh dari lobby. Penulis Berjaya menghabiskan filem Transformer One di Netflix tanpa sebarang buffer.
- Breakfast: Breakfast wujud namun dalam versi ala carte, penulis lebih gemar akan versi buffet, namun tiada breakfast versi buffet di sini.
- Extra: Terdapat Gym dan Spa disediakan.
Harga & Value for Money
- Harga bilik: RM440
- Deposit: RM200
- Hidden charges: Tiada
Adakah berbaloi? Yes .Keselesaan pada fizikal dan keselesaan pada mata, apalagi kelengkapan yang ada untuk harga sebegini adalah cukup berbaloi.
Service & Staff
- Check-in/out: Cepat
- Staff: Friendly
- Responsiveness: Fast
Kelebihan & Kekurangan
Kelebihan:
- Selesa di mata dan selesa didiami. Bagi mereka yang inginkan satu percutian selesa, moden dan seumpama berada di rumah sendiri, inilah tempatnya.
- Walaupun seketika, anak penulis berusia 4 tahun sudah mula menjadikan penginapan ini umpama ‘rumah kedua’nya. Belum melepasi plaza tol anak sudah mula rindukan penginapan ini.
- Repeat ? Jika Kembali ke Taiping penulis tidak akan teragak agak untuk mulakan pencarian penginapan bermula dengan hotel ini.
Kekurangan:
- Ketidakhadiran kipas dalam bilik mungkin agak tidak melengkapkan sedikit, kerana ada juga masyarakat seperti warga emas yang kurang gemarkan pendingin hawa sahaja.
- Kawasan pancuran mandi selepas mandi di kolam juga agak sukar di akses.
- Parkir yang agak limited dan muat muat sahaja dengan kenderaan mungkin salah satu sedikit kesukaran.
- Breakfast yang ditawarkan adalah dalam versi hidangan bukan buffet, dan ia sedikit menggagalkan penulis membuat review menu mereka.
Sesuai Untuk Siapa?
- ✔ Family
- ✔ Couple / honeymoon
- ✔ Solo traveler
- ✔ Staycation bajet

Tips Sebelum Booking
- Waktu terbaik datang: Mungkin weekday adalah terbaik namun, penulis menginap Ketika weekend, namun masih memiliki ketenangan dalam penginapan. Mungkin musim public holiday dan cuti sekolah agak berbeza.
- Room terbaik: Bilik yang agak standard pun sudah agak selesa, bersih dan menarik. Apalagi jika bilik yang lebih tinggi standarnya.
FAQ (Soalan Popular)
1. Hotel ni sesuai untuk family?
Jawapan: Yes
2. Ada parking free?
Jawapan: Yes
3. Ada WiFi laju?
Jawapan: Yes
4. Berapa bajet untuk 2 malam?
Jawapan: RM1000
Worth It atau Tidak?
- Rating: [8/10]
- Repeat? Yes
Verdict: Sejujurnya persekitaran sebegini adalah impian penulis untuk bersara nanti, penulis jatuh cinta akan kediaman yang selesa dan tenang sebegini.
Berbaloi dengan Harga ? Ya.
Kalau korang plan nak stay sini, make sure pilih bilik yang betul. Jangan main book je!
Boleh buat tempahan penginapan Hermitage Boutique House ini melalui pautan di bawah:
Hermitage Boutique House
Get cheap and discount trip.com at promo price today.
Nak Lagi Review Hotel Best?
Follow blog ni untuk lebih banyak review hotel, resort & chalet di Malaysia, termasuk hidden gems dan bajet staycation!
![]()
