Review Yeob Bay Hotel & Resort Teluk Senangin: Percutian Tenang Lokasi Private

Review Yeob Bay Hotel Resort Teluk Senangin Percutian Tenang Lokasi Private

Yeob Bay Hotel & Resort Teluk Senangin, Perak

Jika anda sedang mencari lokasi percutian santai bersama keluarga yang dekat dengan laut tetapi tidak terlalu sesak seperti Teluk Batik, Yeob Bay Hotel & Resort di Teluk Senangin, Lumut merupakan antara pilihan terbaik yang ramai tidak tahu.

Terletak kira-kira 30 minit dari bandar Lumut, resort ini menawarkan suasana damai, harga mampu milik dan akses terus ke pantai yang bersih dan tidak terlalu ramai pengunjung.

Tempahan & Impresi Pertama

Tempahan boleh dilakukan melalui telefon atau laman Facebook rasmi mereka. Proses tempahan mudah dan pantas, dan staf sangat membantu dalam menjawab sebarang pertanyaan. Kami tiba pada waktu tengah hari dan urusan daftar masuk berjalan lancar. Resort ini mungkin kelihatan sederhana dari luar, tetapi suasana kampung dan dekat dengan pantai memberi tanggapan positif dari awal.

environment

Penulis berjaya membuat tempahan melalui aplikasi Whatsapp terus kepada pengurus hotel ini, boleh rujuk ruangan informasi di bawah.

Bilik & Kemudahan

Bilik yang kami pilih adalah jenis Deluxe Queen Sea View, lengkap dengan penghawa dingin, televisyen, bilik air peribadi dan balkoni menghadap laut. Katil selesa dan kebersihan bilik sangat memuaskan. Terdapat juga pilihan bilik family room dan dorm bagi kumpulan besar atau rombongan. Kemudahan asas disediakan seperti tuala, sabun, dan seterika boleh dipinjam.

Katil Yeob Bay

Walaupun bukan bertaraf hotel 5 bintang, kemudahan bilik cukup lengkap untuk percutian bajet yang ringkas dan selesa.

Terdapat beberapa kelengkapan dan fasiliti asas dalam bilik seperti bilik air, almari, dan balkoni. Balkoni mengikut kesesuaian penginap, ada yang menghadap laut, menghadap bukit dan bilik penulis mendapat kedua-duanya sedikit laut, sedikit hutan dan sedikit pantai teluk senangin.

kelengkapan

Yeob Bay Hotel menawarkan ‘view’ atau permandangan yang tertentu memandangkan binaan bangunannya ada segiempat tepat. Ada yang permandangannya laut sahaja, ada yang sukakan panorama hutan juga ada. Terdapat juga bahagian balkoni dua dalam satu.

View Balkoni

Sebagaimana penulis, penulis Berjaya memiliki balkoni yang dikanannya laut (walau view terhad) dan sebelah kirinya adalah laluan Utama dan bahagian hadapannya adalah hutan. Apa yang menarik dari balkoni penulis, Berjaya melihat matahari terbenam diufuk barat.

Kemudahan & Perkhidmatan

Antara kemudahan menarik di Yeob Bay Hotel & Resort termasuk:

  • Kawasan BBQ dan tempat makan terbuka
  • Bilik mandi luar untuk kegunaan selepas mandi laut
  • Aktiviti memancing
  • Tempat letak kereta yang luas
  • Akses terus ke pantai Teluk Senangin

Staf hotel juga ramah dan bersedia membantu jika anda mahu sewaan peralatan BBQ atau ingin tempahan aktiviti laut.

Pool Private

Kolam renang persendirian dengan binaan yang agak besar bewarna biru. Dilengkapi system penapisan (filter), yang beroperasi secara automatic.

Pool Yeob Bay 1

Dua bahagian kolam yang dibina, satunya untuk kedalaman dewasa yang berkedalaman paras dada seorang lelaki berketinggian 171cm.

Kedalaman kolam untuk kanak-kanak pula sekitar paha lelaki tersebut. Sentiasa bersih namun bergantung kepada attitude penginap yang terus masuk ke dalam kolam tanpa menbilas pasiran atau berkelakukan kelas A.

Kolam Mandi Yeob Bay 1

Terdapat beberapa kerusi berjemur disediakan.

Pantai Persendirian

Yeob Bay terletak di sebelah pantai barat semenanjung Malaysia, maka Selat Melaka adalh lautannya. Selat Melaka akan ada masa pasang dan surutnya. Apa yang terbaiknya, Ketika penulis menginap disini, Ketika musim air pasang.

Pantai Yeob Bay

Air laut melepasi tebing. Kurang bernasib baik untuk mereka yang bercadang untuk membuat istana pasir atau bermain carigali Bersama famili kerana pantainya agak terhad Kawasan lapang berpasir, ada sahaja namun agak terhad dan apabila air pasang lagilah agak berkurangan.

Namun, masih sesuai dengan aktiviti pantai yang memerlukan Kawasan lapang dan teduh kerana terdapat pohon besar di gigi air lautnya dan disediakan Kawasan riadah.

Lokasi

Hat Yai – Map

Click to load interactive map and directions (fast & accessible).

Open Map

Resort ini terletak di Teluk Senangin, kira-kira 20–25 minit dari Lumut atau jeti Pangkor. Ia terletak di kawasan pantai yang agak tersembunyi dan lebih tenang berbanding kawasan pelancongan utama. Suasana pagi di sini sangat damai, dengan bunyi ombak dan angin laut yang menyegarkan.

Ia juga berhampiran kawasan memancing dan sesuai untuk aktiviti keluarga seperti berkhemah, main pasir atau BBQ bersama.

Dari jalan utama kedudukannya agak terpencil sedikit, tidaklah begitu jauh, sebelum menghampiri pintu gerbang pantai Teluk Senangin, pengunjung perlu memasuki lorong kecil di sebelah kiri jalan utama ke pantai teluk senangin dan terus menuju ke hotel.

Jika bernasib baik pengunjung boleh disapa oleh beberapa ekor monyet dalam spesis kera yang akan bergayut di sekitar pintu masuk.

Nilai untuk Wang

Dengan harga sekitar RM100–RM160/malam (bergantung kepada jenis bilik dan musim), Yeob Bay Hotel & Resort adalah antara resort tepi pantai paling berbaloi di negeri Perak. Anda mendapat pengalaman tidur berdekatan pantai, suasana privasi, dan bilik bersih pada harga bajet – sesuatu yang sukar ditemui di kawasan tumpuan pelancong lain.

Tambahan pula, tiada caj tersembunyi dan kemudahan seperti BBQ pit, parking dan kawasan rehat disediakan secara percuma.

Pengalaman Penulis Di Yeob Bay Hotel

Kami sangat berpuas hati dengan penginapan di Yeob Bay Hotel & Resort. Ia sesuai untuk:

  • ✅ Percutian keluarga yang tenang
  • ✅ Rombongan kecil yang mahukan aktiviti pantai
  • ✅ Pengembara bajet yang inginkan suasana damai

Jika anda bosan dengan lokasi yang padat seperti Teluk Batik atau Pangkor, dan inginkan tempat yang lebih privasi, bersih, dan santai — Yeob Bay Resort adalah pilihan yang patut anda cuba.

Ketenangan mungkin tidak secara total apalagi penulis perlu berkongsi kawasan pantai bersama satu kumpulan ‘family day’ yang membuat ‘event’ mereka disini. Tetapi masih ada ruang untuk penulis menggunakan pantai yang ada.

Jika anda berkeinginan untuk bermain pasir, boleh rujuk keadaan pasang surut air laut sekitar kerana jika air pasang, kelibat pasir akan agak minima dan agak berselut dasar pantainya

Walaupun pantainya agak kekurangan pasir tetapi dipenuhi batu, perkara positif yang berjaya menarik minat penulis adalah, kehadiran haiwan cengkerang laut seperti kepah dan lala yang banyak boleh didapati disini, menambahkan lagi aktiviti air selain mandi dan merasai bayu laut Selat Melaka. Kepah yang bewarna warni cukup manis dan lala nya juga agak besar.

Kepah Teluk Senangin

Memandangkan hotel ini terletak dikawasan hutan yang agak tebal maka sesekali kehadiran kera (monyet) datang untuk mencuba nasib mendapatkan keperluan mereka. Anjing juga kelihatan, namun tiada sebarang ancaman ketika penulis menginap.

Rating: 4.6/5

Cara Tempahan dan Hubungi Hotel

Boleh sahaja menggunakan aplikasi tempahan seperti agoda untuk tempahan awal dengan pelbagai voucher dan promosi hebat ketika tempahan.

Yeob Bay Hotel & Resort

Yeob Bay Hotel & Resort
Yeob Bay Hotel and Resort boasts a total of 47 well-appointed rooms, each thoughtfully designed to provide maximum comfort and relaxation.

View Deals

Boleh juga membuat pesanan atau pertanyaan awal melalui no telefon ini:

+0613-4540767

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain A part-time travel and foodie blogger since 2015. Sharing experiences from travel destinations and eateries that have been visited. All opinions expressed are solely those of the writer, based on personal experience, and are not associated with any other parties.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *