Sweet17 Cottage Homestay Port Dickson Inap Desa Selesa Dengan Kolam

Sweet17 20Cottage 20 amp 20Homestay 20Port 20Dickson 1

Port Dickson dari zaman tv masih dengan warna hitam putih lagi merupakan satu kawasan pelancongan berpantai yang agak jarang kosong melainkan terjadinya pandemik, endemik atau kehadiran khemah biru di pantai.

Penginapan Di Port Dickson

Saban hujung minggu Port Dickson akan sentiasa dipenuhi pelancong dan pengunjung. Jika yang datang balik hari atau day trip penginapan bukanlah satu masalah, namun, bagi yang inginkan menginap dan menikmati kehidupan di Port Dickson pastinya sebelum datang ke Port Dickson akan membuat carian penginapan yang kena dengan jiwa.

Homestay Di Port Dickson

Di Port Dickson hal penginapan bukanlah isu besar, janji buat tempahan awal dan memiliki bajet yang mencukupi. Apalagi citarasa pengunjung yang datang inginkan hotel, chalet, kotej, dan inap desa (homestay) Port Dickson mampu menyediakan pilihan-pilihan ini.

Bagi penulis, untuk lebih santai, selesa dan bebas, inap desa atau homestay adalah terbaik sebagai pilihan penginapan di Port Dickson. Apalagi sebuah homestay yang memiliki kolam mandi persendirian, dan dilengkapi dengan semua dekorasi dan kemudahan seperti rumah sendiri.

Sweet17 Cottage Homestay Port Dickson

Dengan jarak yang tidak jauh dari pantai Port Dickson terdekat yang hanya memakan masa dalam 15 minit, apalagi cukup dekat dengan ‘exit’ lebuhraya utama di Port Dickson iaitu Seremban Port Dickson Highway (SPDH) sebuah homestay telah berjaya penulis cuba iaitu Sweet17 Cottage & Vintage Homestay Port Dickson.

Luar 20Sweet17 20Homestay 1

 Sejujurnya untuk sampai ke homestay Sweet17 ini agak mengelirukan aplikasi Google Maps dan Waze yang penulis gunakan. Berkemungkinan pihak pemilik tidak meletakkan ‘pin point’ yang tepat dalam Google Maps. Penulis akan cuba berikan pin point tepat di bahagian lokasi di bawah.

Depan 20Homestay 1

 

Pertama kali membuat parkir di bawah pohon mangga di sebelah kawasan bbq homestay ini penulis mula merasai satu ‘vibes’ kotej (cottage) dikawasan beriklim sederhana, walaupun anda juga pasti suhu Port Dickson bagaimana. Cukup menarik luarannya, ada gaya penjajahan british sedikit. Memandangkan terlihatnya ‘chimney’ rumah orang eropah.

Kolam 20dan 20Depan 20Homestay 1

 

Jika bermula dari susur luar menuju ke pintu homestay, penulis dihidangkan dengan permandangan ‘peripheral’ sudut pandang berbeza, antara hamparan jubin putih dibahagian kiri dan litupan pohon renek dengan teduhan bidai kayu di bahagian kanannya.

Kolam Mandi Persendirian

Impian anak-anak kecil dan juga impian orang dewasa juga apabila kelihatan satu takungan air dengan jubin biru yang juga turut dinamakan kolam mandi dibina di bahagian luar, disempadani dengan pohon renek yang menyejukkan lagi suasana sekitar kolam.

Sweet17 20Homestay 20Pool 1

 

Kolam mandi ini agak luas masih mampu menerima rendaman 6 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak dalam satu-satu masa. Dari segi kedalaman, paras airnya separas pinggang untuk lelaki dewasa berketinggian 171cm. 

Kolam 20Jernih 20Kebiruan 1

 

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, memang airnya tidak tenang, maka tiada buaya, deruan air dari penapis (filter) berjaya membuatkan sistem airnya cukup bersih, jernih dan tiada bau klorin yang kuat.

Perihal Ruang Tamu Homestay

Buka sahaja pintu homestay penulis terus bertemu dengan ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa ‘3 seater’ menghadap dinding, ‘2 seater’ menghadap televisyen. 

Ruang 20Tamu 20Sweet17 20Homestay 1

 

Kelengkapan hiburan yang diletakkan di ruang tamu ini adalah sebuah televisyen bersaiz 32″ dengan program Njoi (dari Astro) didalamnya. Tiada sebarang penemuan gelombang wifi atau internet disini.

Ruang 20Tiada 20Tamu 1

 

Ruang tamu diselesakan dengan satu pendingin hawa dan satu kipas siling, masing-masing menggunakan ‘remote’.

Ruang Bilik Tidur

Sweet17 Cottage & Homestay menyediakan tiga buah bilik dengan rekabentuk yang tipikal di mana-mana inap desa atau rumah anda sendiri.

Bilik 20Utama 1

 

Bilik utama yang pastinya memiliki satu bilik air persendirian dan dua buah bilik lagi akan membuat perkongsian menggunakan bilik air di bahagian dapur. 

Bilik 20Tengah 20Kedua 1

 

Setiap bilik dilengkapi dengan kipas siling dan pendingin hawa. 

Walaupun berada di bilik yang kecil di hujung menghadap dapur, keselesaanya masih terasa mungkin menyebabkan sedikit kelewatan untuk menunaikan solat fardhu subuh di dinihari.

Bilik 20Ketiga 1

 

Dapur yang Lengkap

Dapur tidak banyak yang boleh penulis jelaskan, seumpama Mas Idayu sedang cuba mengkritik persembahan dari Duo Tomok dan Sharul dalam Famili Duo.

Ruangan 20Makan 1

 

Segala kelengkapan memasak dan penyediaan makanan minuman lengkap. ‘Water dispenser’ berjenama Coway, dapur gas beserta dua gas memasak, peti sejuk, kabinet yang dipenuhi pinggan dan gelas semua ada.

Malahan periuk juga ada disediakan di dalam kabinet dapur, namun, jika diletakkan plastik sampah lebih cun dan lengkap untuk ruangan dapur.

Kelengkapan 20Dapur 20dan 20Bilik 20Air 1

 

Risau pakaian basah lencun selepas bermain air di kolam dan masa daftar keluar sudah menghampiri ? Jangan risau, dibahagian belakang homestay diletakkan satu mesin basuh separa automatik untuk bilas air secara ‘spin’. Walaupun kadang-kadang akan diuji dengan kesakitan hasil gigitan semut gatal yang bermegah tinggal di bawah pohon mangga. 

Oh! jangan risau, ada disediakan ‘aerosol’ untuk mematikan serangga kecil disediakan.

Homestay yang Selesa dan Lengkap

Sweet17 Homestay ini boleh dikatakan cukup strategik kawasannya, kedai makan pagi di hadapan, sebelah kiri ada kem askar, dibelakangnya pula adalah hardware store. 

Apalagi mahu ke pantai dalam 15 minit sahaja.

POV 20Ke 20Luar 1

Dengan kelengkapan yang lengkap dan agak terjaga inap desa ini, ia merupakan homestay yang boleh direkomendasi apabila ingin mendapatkan inap desa dengan kolam mandi di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan.

Rating Penulis: 4.8/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Penginapan

Tidak begitu jauh dari ‘exit’ SPDH, terletak di sebelah kanan jika dari SPDH dan Plus Highway. Warung nasi lemak di hadapan, hardware di belakang . Dapatkan Jalan Bahrudin lebih tepatnya. Pastikan carian melalui Google Maps dan Waze yang betul.

Sweet17 Cottage Homestay PD,
Kampung Baru Sirusa,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan

Peta Lokasi Sweet17 Cottage Homestay Port Dickson


Harga Penginapan

S17 Cottage: RM450/RM550 – 3 rooms

Security Deposit : RM100 (dikembalikan selepas check out)

Ruang Tidur

  • 1 Bilik utama : aircond + kipas syiling (katil queen) + tandas
  • 2 Bilik Standard : aircond + kipas syiling (katil king)

Bilik Air

  • 1 Bilik Utama
  • 1 Dapur

Fasiliti & Kemudahan

  • Smart TV (Njoi Astro)
  • Tempat Masak (termasuk pinggan/mangkuk/sudu/garfu)
  • Tempat BBQ
  • Kolam Mandi

Kelengkapan Tambahan

  • Tuala
  • Sejadah
  • Seterika (termasuk bod)
  • Mesin Basuh
  • Peti Sejuk
  • Water Dispenser
  • Bantal Extra

Liputan Data Internet/Komunikasi

  • Umobile – 5G
  • Celcom – 5G

Polisi & Peraturan

  • Check In : 3.00 p.m
  • Check Out : 12.00 p.m

Hubungi

010-4072717 (untuk tempahan)

Travel Vacuum Backpack Business Multifunctional

Travel Vacuum Backpack Business Multifunctional
Multifunctional Computer Bag Vacuum Compression Bag Large Capacity.

Buy Here

Loading

Snapbackpacker

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

9 Responses

  1. Mulan says:

    Menarik homestay ni ada pool.

  2. Mama Zharfan says:

    wahh thanks for sharing. tq jugak sbb drop komen kat my blog yer 🙂 nanti i letak ur blog kat my blog list. senang nak refer sini utk info2 cuti2 ni

  3. mrhanafi says:

    menarik dan harga juga berpatutan…saya suka tengok kolam dia…nampak elegan dengan waran biru

  4. Mznimnwr says:

    Luas rumah dia, siap ada pool. Kalau budak2 sukalah ni

  5. pool tersebut berjaya menarik ke rumah ini hehe

  6. terima kasih mama..sama sama bersharing maring

  7. kolam elegan rugi kalau tak duduk dalam pelampung sambil minum air oren perah

  8. boleh tahan luas…duduk 3-4 famili masih muat apalagi ada buat event

  9. sedang enak mandi di pantai port dickson…tiba-tiba hujan lebat…balik ke homestay sambung mandi dalam pool di homestay…

    sama sama kecut seharian…datanglah sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *